Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi bijak dan pandai dalam serba serbi. Penyanyi dan juga chef, Dato Dr Fazley Yaakob turut berdepan dengan hal yang sama bila mana anak ketiganya berdepan masalah dalam menguasai subjek matematik.
Namun Dato Fazley yang cukup terkenal sebagai bapa penyayang kepada keempat-empat anaknya itu tidak pernah memaksa anak ketiganya, Fierudz untuk menguasai mata pelajaran untuk dengan sebaiknya.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan Dato Fazley di instagram, ternyata berkat dorongan dan sokongan, Fierudz membuktikan yang dia mampu melakukannya dengan baik.
“Anak saya yang ke-tiga Piyush @fierudzfazley memang mengaku dia lemah dalam mata pelajaran matematik berbandingkan dengan abang-abang dia.
“Namun, saya dan isteri saya @azrene_ahmad sentiasa sokong minat dia dalam seni lukisan, muzik dan mata pelajaran lain yang dia lebih gemar.
“Dia sangat hebat bermain drums! Tapi tu lah bila ada homework maths, dia jadi stress,” ceritanya berkongsi.
Ads
Buktikan pencapaian cemerlang
Pun begitu kata Dato Fazley lagi, anaknya itu sudah pun menunjukkan pencapaian cemerlang dalam subjek itu bila mana memperolehi markah penuh dalam kuiz matematiknya. Benarlah paksaan bukan jalan utama untuk membantu anak-anak kita.
Ads
Kata beliau lagi berkongsi, anaknya itu mendapat markah penuh dalam kuiz berkenaan.
” Hari ini dia tunjuk bukti dalam markah penuh dalam kuiz matematik dia.
“Lepas tu…. dia kata ada yang dia teka je! Hahaha, bertuah punya anak.
Ads
“Dapat semua betul pulak tu. Takpalah Piyush, slowly we will get there! InsyaAllah!,” katanya berkongsi.
Satu pencapaian yang akhirnya membuahkan hasil. Biar lambat asalnya berusaha untuk mencuba yang terbaik. Syabas Fierudz!
Terdahulu, Dato Dr Fazley Yaakob telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah, dan Alayna Selma.
Kredit: @fazleyyaakob & @azrene_ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak musim PKP ni, semua sekolah memang wajib ditutup. Hanya pembelajaran dalam talian sahaja dijalankan. So cikgu-cikgu mula bahagikan tugasan secara online. Nak tak nak mama papa terpaksalah print bahan pembelajaran anak-anak.
Bagi yang ada laptop mungkin bukan satu masalah yang besar. Boleh terus print. Tapi bagi ibu bapa yang hanya memiliki hand-phone mungkin risau macam mana nak print semua bahan yang cikgu bagi. Kedai nak print memang tidak dibenarkan beroperasi.
So mama papa yang kebuntuan bolehlah follow step yang dikongsi oleh Fizie Joeker, salah seorang pengguna facebook. Diharapkan ilmu ini dapat membantu mama papa semua.
Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu..
Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu..jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya..
Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni..
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)
✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)
✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat hp korang,cari kat dalam playstore)
Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting.. Siaapppp!!!
Senang je kan.. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat korang boleh share.. tak payah mintak izin.. dipersilakan.. ermm.
Pejam celik, pejam celik, dah enam tahun anak Linda Rafar (Memen) pergi meninggalkannya. Walaupun tempoh itu dah berlalu agak lama, kerinduan dan kesedihan itu tetap ada kerana pelbagai memori tersimpan.
Menerusi coretan hati Linda Rafar di instagramnya, hingga kini arwah Memen sentiasa bersamanya. Mungkin secara luaran orang nampak dirinya kuat tetapi sebagai ibu, pasti juga air mata jatuh jika benar-benarkan rindukan arwah.
Pada mereka yg mengikuti perkembangan arwah anak Linda sejak tahun 2014.. terima kasih masih follow cerita memen yang sangat sukar dalam diri.
Untuk linda kongsi..Memen yg mengidap cancer (lymphoma) secara tiba2 dlm masa sebulan trus ke Stage 4 memang mengubah hidup linda sekelip mata..Linda hampir hilang arah seketika namun linda masih ingat wajah2 family, kawan dan followers yg hadir pd mlm memen pergi.. itu la kekuatan linda
Hari pertama memen di diagnose stage 4 jatuh pd hari pertama MH370 hilang dari rada.. namun memen sempat lukis picture kapal terbang di sebelahnyaa.. (mama mh370 tak hilang tp allah ambik ke syurga) tangan memen juga melambangkan yg memen juga ke syurga..Allahukakbar
Bila teringat situasi ni, memang benar-benar buatkan hati kecil ini rindu pada arwah. Tapi janji Allah siapa kita untuk menidakkannya. Sekarang hanya doa yang tak putus untuk arwah sentiasa dititipkan.
Terus kuatkan semangat
Kehilangan orang tersayang bukan senang untuk dihadapi kerana sakitnya itu memang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Tapi andainya kita reda, itulah kekuatan yang boleh buatkan diri terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Menerusi perkongsian hati Linda Rafar itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat padanya untuk terus kuat dan memahami perasaan seorang ibu kehilangan anak.
Malah ramai yang mendoakan arwah Memen dan percaya, tiba suatu hari nanti, arwah yang akan sambut Linda dan suami di pintu syurga.
Menunggumu Di Pintu Syurga
Sebagai bukti cinta buat arwah Memen, sebelum ini Linda telah pun menghasilkan satu novel yang cukup menyentuh hati dan mendapat sambutan hangat bertajuk Menunggumu Di Pintu Syurga.
Karya pertama ini telah berjaya membuatkan hati pembaca tersentuh dengan perkongsian Linda kerana banyak memorinya bersama arwah diceritakan sehinggalah saat dijemput ilahi.
Telah sampai janji Tuhan kepada saya, Memen yang Dia pinjamkan hampir 12 tahun, Dia ambil kembali pada 5 Julai 2014. Saya bukan ustazah, saya masih lagi berterusan belajar tentang agama, tetapi saya tetap sama seperti ibu-ibu yang lain, mahu anak-anaknya ke syurga. Inilah saya, mahu berkongsi tentang Memen, tentang seorang anak yang memberikan saya banyak kejutan semasa hayatnya, dan tidak saya tahu, selepas dia sudah tiada, kejutan yang diberikannya ternyata lebih besar.
Kejutan-kejutan yang datang dengan bentuk cerita daripada mereka yang mengenalinya, tentang siapa sebenarnya Memen. Mahu saya berkongsi kisah Memen ini dengan banyak maksud yang baik, dan maksud paling utama adalah, didik dan sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka. Al-Fatihah.
Alhamdulillah karya pertama itu telah berjaya menambat hati orang ramai dan Linda kongsikan novel kedua akan diterbitkan tak lama lagi khusus buat yang sentiasa mengikuti kisah perjalanan arwah Memen.
Sumber: ig Linda Rafar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang jemaah haji lelaki mencuri perhatian ramai apabila membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah sebagai cenderahati untuk cucu-cucunya. Kisah menyentuh hati ini bukan sahaja mempamerkan kasih sayang seorang datuk dan ayah, malah turut menyerlahkan sifat pemurah yang menjadi teladan dalam masyarakat.
Anaknya, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, memaklumkan bahawa ayahnya yang juga seorang usahawan katering di Melaka sangat dikenali dengan sikap pemurah, suka bersedekah, dan tidak pernah berkira dengan sesiapa, apatah lagi anak serta cucu.
“Ayah memang terkenal dengan sikap suka bersedekah kepada pelanggan dalam perniagaan, jadi tidak hairan kalau layanan terhadap cucu-cucu jauh lebih mesra dan bermakna,” ujar Shyrull.
Shyrull turut berkongsi bagaimana anak-anak kecil begitu teruja menyambut kepulangan datuk mereka di lapangan terbang. Menurutnya, cucu-cucu melompat kegembiraan apabila melihat kelibat datuk yang sudah lama tidak mereka temui.
“Suasana mulanya agak sebak kerana sudah lama tidak bersua muka, tetapi terus berubah ceria apabila ayah keluar dari balai ketibaan dengan membawa unta mainan,” katanya.
Kejutan berupa 15 patung anak unta pelbagai warna yang digantung pada tali dan disandang di bahu menjadikan kepulangannya luar biasa istimewa.
Selain anak unta mainan, datuk penyayang ini turut membawakan pelbagai cenderamata lain seperti coklat, kurma dan tasbih. Tidak seorang pun cucunya ketinggalan menerima buah tangan. Momen menyentuh hati ini dilengkapkan lagi dengan pelukan penuh rindu antara datuk dan cucu-cucunya.
“Cucu-cucu memang sangat rapat dengan ayah dan sebelum ketibaan pun mereka sudah tidak sabar menanti,” tambah Shyrull.
Menurut Shyrull, sikap mulia ayahnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak kecil, ayahnya sudah menanamkan nilai-nilai murni seperti pemurah, kesederhanaan dan pentingnya membantu sesama insan.
“Sebab itu hubungan kami sangat rapat. Ayah sentiasa mengutamakan keluarga dan sifat kasih sayangnya tak pernah berubah,” katanya.
Sumber:- Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!