Bila anak bercakap kita tak endahkan, kadang-kadang di halaunya anak-anak dengan alasan “papa nak rehatlah”. Anak yang rindukan kita berlalu pergi dengan rasa kecewa. Mungkin kita rasa itu sesuatu yang biasa, namun bagi anak-anak ianya sangat mendera emosi mereka.

Bila Anak Bercakap, Kita Jawab “Oh” Sambil Tengok Phone. Tanpa Sedar Kita Dera Anak Secara Diam

7 JENIS PENDERAAN SECARA DIAM YANG IBU BAPA KURANG PERASAN

Bila anak bercakap kita diam. Kita buat hal kita. Selama ni kita ingatkan perbuatan kita tu tak apa. Rupanya tak. Berikut merupakan perkongsian daripada Adlil Rajiah seorang penulis buku yang terkenal dengan ilmu parenting.

Beliau berkongsi tentang 7 jenis ‘silent abuse’ yang ibu bapa selalu buat kepada anak tanpa disedari.

1. TAK BERI RESPON/REAKSI KEPADA ANAK

Selalu bila anak bercerita kepada kita, kita buat tak tahu saja. Kalau dengar pun sekadar dengar tapi tak beri perhatian. Kita cuma respon; ‘hmm.. ha.. ooo..’ dan sebagainya sambil layan FB, sambil tonton tv dan lain-lain. Jadi anak seolah-olah bercakap sendiri.

2. STONEWALLING/JADI DINDING

Stonewalling ni lebih kurang macam poin yang pertama. 👆🏻 Anak seolah-olah bercakap dengan dinding. Contohnya bila anak bertanya;
“Ibu suka warna apa?” Kita jawab; “Entah. Apa-apa aja lah.”
Beri perhatian ketika anak bercakap atau bertanya. Jangan layan anak secara ‘sambil-sambil’ saja. Sambil skroll FB, sambil tengok tv, sambil bersembang dalam group whatsapp. 😔

IKLAN

Bila Anak Bercakap, Kita Jawab “Oh” Sambil Tengok Phone. Tanpa Sedar Kita Dera Anak Secara Diam

3. MERENDAH-RENDAHKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN

Poin yang ketiga ini selalu terjadi dalam masyarakat kita. Bahkan dah jadi normalisasi pun sejak dari dulu lagi. Bila orang puji anak kita baik, pandai, rajin dan sebagainya terus kita malukan mereka. “Rajin apanya. Pemalas budak ni.” “Pandai apa, duduk kelas nombor dua ja pun.” Kedengaran macam nak merendah diri tapi hakikatnya TIDAK! 🙅🏻‍♀️
Pedih hati anak bila dengar mak ayah mereka cakap begitu di depan orang. Jatuh air muka.

4. MERAGUI /MENIDAKKAN APA YANG ANAK BERITAHU

Bila anak cerita sesuatu perkara yang berlaku kepada mereka di sekolah, kita cuma cakap;
“Tak ada apa-apa lah tu.” “Biasa lah tu, kawan bergurau ja kot.” Kesudahannya anak malas nak bercerita kepada kita sebab kita tak percayakan mereka. Mungkin perkara ini akan melarat sehingga anak menjadi remaja dan dewasa kelak.

5. SUKA KOMPLEN

IKLAN

Itu tak kena. Ini tak kena. Semua nak dikomplen. Anak silap sikit marah. Anak bergurau sikit pun tak boleh. Anak silap pakai kasut pun marah. Anak dapat 1A saja pun marah.
Siap cakap lagi; “Itu ja ka yang mampu dapat?” Allahu. Kecil hati anak bila semua benda mereka buat asyik dapat kritikan daripada mak ayah. Lepas ni anak nak buat apa-apa pun jadi serba tak kena. Tertekan. Kurang keyakinan diri. “Nanti kalau aku buat sekian-sekian, mesti mak aku akan marah, tak suka.”

6. KURANG MEMUJI & TAK MENZAHIRKAN TANDA SOKONGAN

Bila anak dapat sesuatu payah nak ucap kat anak perkataan ‘tahniah’. Jauh sekali. Paling ‘kejam’ kita cuma diam dan tak bagi respon. Anak nak masuk pertandingan lumba lari ka, pertandingan pidato ka jarang sekali nak bagi tanda sokongan. Silap-silap bila besar nanti dan dah berjaya mereka akan ‘balas balik’ seperti mana yang mak ayah mereka ‘layan’ mereka dulu.

Bila Anak Bercakap, Kita Jawab “Oh” Sambil Tengok Phone. Tanpa Sedar Kita Dera Anak Secara Diam

7. DIAM BILA ANAK BUAT KESALAHAN DAN JADIKANNYA SATU KEBIASAAN

IKLAN

Apabila kita dapat aduan daripada pihak sekolah yang anak kita buat sesuatu perkara yang kurang elok seperti buli, mencuri dan sebagainya, kita boleh buat tak tahu saja.
Tak tanya pun anak apa sebenarnya yang berlaku di sekolah. Betulkah dia membuli?
Betulkah dia mencuri? Macam mana nak membentuk anak untuk jadi baik kalau merek buat silap kita cuma diam? 🤔

Kesimpulannya jadilah ibu bapa yang baik kepada anak-anak dari segi fizikal, mental mahupun emosi mereka.

Kita ingatkan tak rotan dan tak maki anak kita dah jadi mak ayah yang baik.
Rupanya ada perkara yang kita terlepas pandang.

Jom sama-sama kita ubah diri kita sedikit demi sedikit demi anak-anak yang kita sayang. 🤗

Sumber: Adlil Rajiah, Penulis buku ‘3 Kertas Krayon 3 Pensel Warna’

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

JOM JOIN CABARAN RM10 SSPN X PA&MA 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI