Usahawan terkenal, Datin Shahida berkongsi beberapa keping gambar dan video di laman Instagramnya di mana mereka sekeluarga sedang melancong di Seoul dan Kepulauan Jeju, Korea selama 6 hari sempena meraikan pekerja-pekerja mereka.
Namun beberapa keping gambar anak sulung, Ammar Ahyyan bersama ayahnya, Dato Aliff Syukri curi tumpuan ramai.
Mana tidaknya, sebelum ini selalu melihat perkongsian gambar ketika dia sedang membesar. Alih-alih dah jadi anak bujang dan lebih tinggi daripada kedua ibu bapanya.
Antara komen warga maya:
harraznufail Dulu npk kechik2 jer skrg cpt membesar alhamdulilah
Ads
ctfatimahjusoh Tgk dato tu mcm dh tggi … Tp abg lg tinggi dari abah dia😆😆😆
dannyrenny69 Hensome boy.
norazifahabidin Dh makin hensem kalah ayah ni😂😂
Ads
Menurut Datin Shahida, Ammar sekarang lebih tinggi berbanding Dato Aliff dan agak sukar untuk mencari saiz kasut anak bujangnya.
“Bila anak bujang lagi tinggi dari abah dia..jenuh tau saiz kasut je dah saiz 47…:satu hari makan 7 kali..banyak nau modal besarkan #ammarahyan…lepas ni nak marah kena dongak la tinggi dia dah 182 cm”
Walaupun kini sarat hamil, Datin Shahida masih aktif bekerja dan melancong bersama keluarga.
“Kali ni saya sekeluarga serta staff berkesempatan melancong selama 6 hari 4 malam di Seoul dan juga Jeju. Nak juga menghargai staff yang dah lama berkhimat bertungkus lumus sama sama menaikkan syarikat. So apa lagi , ini lah masa yang sesuai untuk bersemut dengan @aliffsyukriterlajaklaris walaupun sedang membawa perut”
Sempat meminta ibu membancuh minuman coklat, rupa-rupanya ia adalah sajian air tangan ibu terakhir yang dipinta sebelum pergi buat selama-lamanya.
Sebelum ditinggalkan untuk keluar berniaga, Muhammad Azfar Qayyum Md Said, 6 tahun kelihatan sihat dan tiada siapa menjangka yang dia bakal dijemput Allah. Pemergiaan secara mengejut adalah ujian yang berat buat keluarga ini.
Si kecil ini dikatakan bermain bersama bapa saudaranya di rumahnya di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling. Bagaimanapun pada tengah hari mangsa tidak sedarkan diri sebelum bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital.
BERMAIN DAN BERGURAU
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman berkata, mangsa sebelum itu bermain dan bergurau dengan bapa saudaranya berusia 16 tahun yang dikategorikan ‘Sindrom Down’ di rumah mangsa.
“Keluarga mangsa memberitahu pada 7.30 malam Muhammad Azfar bermain ‘tumbuk-tumbuk’ dengan bapa saudaranya yang dikenali dengan panggilan Mi di bilik.
“Melihatkan keadaan itu, kedua-duanya ditegur daripada bermain sebegitu menyebabkan mereka berhenti sebelum menyambung semula,” katanya hari ini.
SIHAT SEBELUM DITINGGALKAN, CUMA LEBAM DI MUKA
Beliau berkata, berdasarkan percakapan ibu dan bapa mangsa, anak mereka berada dalam keadaan sihat meskipun terdapat kesan lebam pada muka pagi ini.
“Ibu mangsa kemudian keluar bekerja sehinggalah dimaklumkan suaminya anak mereka tiba-tiba tidak sedar diri 12 tengah hari.
“Muhammad Azfar kemudian dikejarkan ke Hospital Baling sebelum disahkan meninggal dunia 2.15 petang,” katanya.
LEBAM DI KEPALA & BADAN
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala dan badan mangsa.
“Berikutan itu polis menahan bapa saudara mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan keluarga mangsa tidak berjaya kerana mereka enggan ditemu bual.
ADIK TAK BERNIAT CEDERAKAN AZFAR
“Adik saya tidak ada niat mendatangkan kecederaan ke atas mangsa sehingga meninggal dunia.”
Begitulah luahan Nur Maizatul Akmar Abd Aziz, 27 yang juga ibu saudara kanak-kanak Muhammad Azfar Qayyum Md Said, 6, yang meninggal dunia semalam selepas bermain bersama bapa saudaranya yang juga adik kepada Maizatul di rumahnya di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling, Jumaat lalu.
Menurutnya, dia percaya adiknya berusia 16 tahun yang juga penghidap Sindrom Down itu tidak mempunyai niat untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.
SAYANGKAN KANAK-KANAK
Difahamkan adik mereka yang dikenali sebagai Mi menyukai kanak-kanak dan sebelum ini tidak pernah menyebabkan kecederaan.
“Selama ini adik saya dan mangsa biasa bermain bersama dan mereka amat rapat jadi saya kenal sangat kelakuan adik saya.
“Walaupun dia mempunyai Sindrom Down tetapi dia amat sayangkan kanak-kanak malah sebelumnya ketika mereka bermain bersama tidak pernah terjadi apa pun,” katanya.
ALLAHYARHAM SEMPAT MINTA IBU BANCUH MINUMAN
Nur Maizatul berkata, pagi semalam mangsa sempat meminta ibunya membancuh minuman sebelum ibunya keluar berniaga.
“Pagi semalam, sebelum kakak saya (ibu mangsa) keluar berniaga nasi lemak, arwah ada minta padanya untuk membancuhkan minuman coklat panas.
“Arwah juga sempat melambai tangan kepada ibunya yang ketika itu sedang memakai tudung sehinggalah keluar rumah,” katanya.
TRAGEDI AMAT MENYEDIHKAN
Katanya, sehinggalah pada tengah hari semalam, ayah mangsa menyedari Muhammad Azfar berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus membawa mangsa ke Hospital Baling.
“Tragedi itu amat menyedihkan kami sekeluarga namun kami reda dengan apa yang berlaku. Kami benar rasa kehilangan Muhammad Azfar sehingga kini,” katanya.
HENTAKAN OBJEK KERAS, BUKANNYA MAIN TUMBUK-TUMBUK
Nur Maizatul berkata, mangsa berkemungkinan terkena hentakan objek keras ketika sedang asyik bermain ‘pedang-pedang’ dan bukannya ‘tumbuk-tumbuk’ seperti diperkatakan.
Jenazah Muhammad Azfar akan dikebumikan di Kampung Banggol Durian, Sungai Taka, Serdang, Bandar Baharu
Aksesori pam susu sebenarnya ada tempoh hayatnya sendiri. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini kerana tanggapan kita terhadap pam susu adalah gajet penyusuan yang selagi fizikalnya elok, selagi itulah kita akan pakai.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom berkongsi tentang tempoh hayat plastik dan aksesori pam susu yang perlu kita semua ketahui dan ‘take note’ supaya tidak memberikan kesan buruk kepada bayi. Ikuti perkongsian ini.
TEMPOH HAYAT PLASTIK
Tahu tak ibu-ibu, botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna bertahun-tahun lamanya walaupun fizikal nampak elok sahaja.
Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.
Melainkan jenis termosplastik yang berkualiti dan tahan haba serta UV yang lebih lama seperti tritan, PPSU, PES. Itu pun biasanya dalam tempoh setahun sahaja.
Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.
Kalau jumpa botol atau corong yang bersentuhan dengan susu tapi bila guna steam sterilizer terus melebur, hati-hati. Bahan plastik yang digunakan mungkin tidak selamat untuk bayi kita.
Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.
Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer. Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.
Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.
Sebab itu, jika ibu ada peluang menyusukan bayi secara terus, manfaatkan sebaiknya peluang ini. Tak perlu risau terdedah dengan bahaya plastik ini.
Tapi sebagai ibu bekerja (seperti saya), gunakanlah secara berhemah dan tahu tentang tempoh hayat plastik. Walaupun BPA free, ia tidaklah 100% selamat.
Masih lagi ada bahan pengeras lain yang digunakan untuk menggantikan BPA yang dibimbangi kesannya kepada kesihatan anak (antaranya kanser).
Sama-sama kita cakna dan sebarkan tentang ilmu ini kepada ibu-ibu yang tidak tahu.
Seorang wanita di Korea Selatan ditahan selepas dipercayai membunuh dan menyimpan mayat kedua-dua bayi yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk.
Bunuh Bayi Akibat Masalah Kewangan
Pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita berusia 30-an itu selepas suspek mengaku membunuh dua bayinya akibat dilanda masalah kewangan selain terpaksa menjaga tiga lagi anaknya yang berusia 12, 10, dan lapan tahun.
Kejadian yang menggemparkan penduduk di daerah Gyeonggi Nambu itu hanya disedari pada Mei lalu selepas Lembaga Audit dan Pemeriksaan Kerajaan mendapati kelahiran dua bayi wanita itu tidak pernah didaftarkan secara rasmi meskipun terdapat rekod kelahiran di hospital.
Bunuh Selepas Sehari Dilahirkan
Menurut laporan media, suspek membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 sebelum mayatnya disimpan di dalam peti sejuk.
Wanita ini juga dilaporkan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelima pada November 2019.
Suami Tak Tahu Isteri Bunuh, Ingat Gugur
Sementara itu, suami suspek memaklumkan tidak mengetahui tindakan kejam dilakukan isterinya kerana menganggap dua anak mereka meninggal dunia akibat keguguran.
Kredit: CNN
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.