Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Ads
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Ads
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Popular, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia nampaknya bakal menimang cahaya mata yang ketiga nya. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan (Nur Afrina Ariana dan Nur Aurora) dan seorang anak angkat perempuan(Darwisyah).
Almy Nadia telah memuatnaik status di instagramnya berkenaan luah hatinya setelah ditegur gemuk. Ikuti perkongian dari beliau;
Harini 2 lelaki cuba tegur kami “Dah makin gemok dan besor” 1st suami jawab dia mengandung. 2nd kami jawab salah ka mengandung gemokk!!”
Klu korang jadi tempat kami apa korang rasa yerk!!! Memang zaman skrg semua nak yg kurus mulus,wlpn mengandung lps lps bersalin ka… klu korang di tempat kami apa yg korang akan jawab yerk… kami taktau nak jawab atau ckp apa terkedu sat
Rata-rata netizen yang memberikan pendapat bahawa gemok itu tak salah lagipun Almy sedang mengandung. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Gemuk tak salah, yang salah mulut yang tak beradab tegur
Badan manusia tak sama
Walaupun gemuk tetap cantik
Janji sis bahagia
Sumber: Instagram Almy Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan.
Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam, bahawa pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Menurutnya, kementerian mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
Ketika ini, tidak menjadi satu kewajiban atau mandatori kepada kanak-kanak untuk divaksin sebelum dibenarkan masuk ke sesi persekolahan dan ia terpulang kepada pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan atau pengesahan lanjut.
Pihak Sekolah Boleh Mengeluarkan Surat Kebenaran Supaya Beri Vaksin
Dr Ahmad Shukri berkata, jika ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat kebenaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.
“Ia melibatkan kebenaran ibu bapa, jika tidak, anak mereka akan menyebarkan pelbagai penyakit kerana tidak divaksin sebelum ini. Jika masih lagi tidak mahu memberi kebenaran, maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika ada kematian melibatkan mana-mana pihak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden I-MEDIK Malaysia, Prof Dr Azizi Ayob berkata cadangan supaya mewajibkan kanak-kanak yang ingin mendaftarkan diri di sekolah supaya mengemukakan rekod imunisasi adalah baik kerana ia boleh mengelakkan mereka menjadi ejen penyebar penyakit yang boleh dicegah.
Beliau juga berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunusasi di negara ini supaya ‘herd imunusation’ iaitu 95 peratus komuniti divaksin dapat dicapai.
“Kita tidak boleh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada akta melarang. Kebanyakan mereka berkomunikasi menerusi media sosial. Apa yang boleh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin,” katanya.
Ibu Bapa Antivaksin Lebih Percaya Maklumat Di Internet Berbanding Pakar
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin pula berkata, tindakan ibu bapa yang terdiri daripada kumpulan antivaksin, yang mempercayai maklumat daripada internet berbanding pihak yang layak memberi maklumat mengenai vaksin hanya akan membahayakan masyarakat.
“Jika kita benarkan terlalu ramai individu yang tidak mengambil vaksin, itu bermakna kita membenarkan penyakit untuk terus berjangkit. Apabila kumpulan antivaksin ini menjadi besar, mereka mempengaruhi inidividu lain sedangkan mereka tiada kredibiliti untuk memberi penerangan mengenai perkara itu ,” katanya.
Lima Kanak-kanak Disyaki Positif Jangkitan Difteria
Dilapor, lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baharu dan kesemua kanak-kanak berkenaan termasuk tiga perempuan berusia bawah empat tahun itu, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.
Seorang daripada mangsa yang positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lalu.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bersalin, mungkin si ibu mengalami beberapa gejala yang dianggap tiada apa-apa. Maklumlah, tidak nampak dengan mata kasar. Si ibu sendiri mungkin tidak menyedarinya apatah lagi orang sekeliling seperti suami dan keluarga. Nampak normal, rupa-rupanya ada masalah lain.
Ketika bersalin, ibu akan kehilangan banyak darah serta tenaganya. Tidak kisahlah bersalin normal mahupun melalui pembedahan, letihnya sama sahaja. Bukan sahaja badan mengalami keletihan, minda dan emosi juga mudah terusik. Tambah penat! Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaganya.
Dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!
#Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
#Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin kesan sampingan suntikan epidura, terutamanya duduk atau berdiri.
#Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
#Nafas pendek selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
#Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.
#Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada #
#Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
#Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
#Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.
#Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
#Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
#Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).
#Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.
#Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Jangan ambil mudah sekiranya anda merasakan simptom-simptom ini. Untuk orang sekeliling, jangan dibiarkan si ibu bersendiri dan terasa diabaikan. Bersalin sememangnya memenatkan, si ibu sangat memerlukan perhatian dan rehat yang banyak. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat membantu anda melalui fasa berpantang dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.