Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Ads
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Ads
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim hujan dan cuaca tidak menentu sering menjadi punca anak-anak mudah diserang batuk serta sakit tekak. Lebih-lebih lagi selepas pulang daripada percutian panjang, sistem imun mereka mungkin sedikit lemah, menjadikan tubuh lebih mudah terdedah kepada jangkitan.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita risau bila melihat anak batuk berpanjangan dan tekak mereka perit. Selain rawatan moden, ada juga petua tradisional mudah yang boleh dicuba di rumah untuk membantu meredakan gejala ini secara semula jadi.
Menerusi perkongsian seorang ibu di Instagram @nurul_razali, beliau mengamalkan resipi ringkas menggunakan buah pir singo yang dikukus bersama ramuan lain. Katanya, ia bukan sahaja membantu melegakan tekak anak, malah mengurangkan rasa tidak selesa akibat batuk.
Cuci bersih buah pir singo, potong bahagian atas dan buang bijinya di tengah.
Boleh pilih untuk buang kulit atau biarkan sahaja.
Masukkan hirisan halia, beri goji, sedikit air dan gula batu/madu.
Tutup semula bahagian atas buah pir.
Kukus 40–50 minit hingga lembut dan boleh dimakan.
Petua ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa yang mengalami masalah batuk dan sakit tekak juga boleh mengamalkannya.
Pir singo tinggi kandungan air, bagus untuk elak dehidrasi dan menyejukkan badan.
Halia mempunyai sifat antiradang, membantu melegakan batuk dan menguatkan imuniti.
Beri goji kaya dengan antioksidan, baik untuk kesihatan keseluruhan dan menenangkan tekak.
Petua tradisional ini boleh dijadikan alternatif semula jadi untuk ibu bapa yang mahu mencuba cara mudah dan selamat di rumah. Walaupun begitu, jika batuk anak berpanjangan atau semakin teruk, sebaiknya segera bawa mereka berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kesihatan anak adalah keutamaan. Apa pun cara yang dipilih, yang penting ibu bapa sentiasa peka dan tidak mengambil mudah gejala batuk serta sakit tekak pada si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu, si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen (Major Omphalocele), ginjal dan usus berada di luar badan (Cloacal Exstrophy), kekurangan hormon tiroid (Hypothyroidism) dan pembentukan organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna.
Disebabkan itu, Raihan yang merupakan anak kedua kepada pasangan Abdul Rahim Razak, 26 dan Nurul Suhada Che Mahmud, 25 memerlukan pemantau rapi kerana penyakit-penyakit yang dihidapi.
Menurut Abdul Rahim, ketika usia kandungan isterinya 7 bulan doktor ada memaklumkan tentang keadaan bayi yang bermasalah.
“Ketika kandungan isteri berusia tujuh bulan, doktor ada memaklumkan bayi di dalam perut mengalami masalah pada bahagian pusat.
“Namun, kami tidak dimaklumkan secara terperinci dan apabila Abdul Raihan dilahirkan, keadaannya tidak seperti bayi normal kerana ususnya di luar perut manakala salah satu pinggangnya gagal berfungsi.
“Tipulah kalau katakan tidak sedih lebih-lebih lagi isteri kerana dia yang melahirkan tetapi kami kuatkan hati untuk reda dengan ketentuan ini,” katanya Abdul Rahim yang menetap di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Terengganu berkata, setakat ini, Abdul Raihan berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.
Menurut Abdul Rahim, anaknya itu juga tidak banyak meragam dan kebiasaannya hanya menangis apabila lukanya dicuci setiap dua jam sekali serta lampin pakai buang ditukar mungkin kerana sakit di bahagian berkenaan.
“Doktor meminta saya dan isteri membawa Abdul Raihan menjalani pemeriksaan susulan pada April dan Jun nanti bagi melihat keadaannya.
“Difahamkan, akan ada pembedahan tetapi belum ada tarikh yang muktamad namun saya bersyukur kerana ramai prihatin rakan berkongsi gambar Abdul Raihan di laman sosial.”
Abdul Rahim yang hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM700 sebulan mengakui jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan bayinya itu apatah lagi mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Nurul Auni Safiya yang berusia setahun empat bulan.
Ketika ini, pasangan tersebut perlu membawa Abdul Raihan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali seminggu untuk pemeriksaan susulan.
Sementara itu, Nur Suhada berkata mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan bayi itu dapat membesar dengan sempurna seperti individu normal yang lain termasuk melakukan beberapa pembedahan seperti yang disarankan pakar perubatan.
“Pada hari kedua selepas lahir, Abdul Raihan telah menjalani pembedahan untuk memasukkan ususnya yang terkeluar dan menebuk lubang di bahagian abdomen kerana bayi ini tidak mempunyai dubur.
“Pembedahan seterusnya adalah untuk memasukkan buah pinggang yang terkeluar namun doktor belum menetapkan tarikh yang sesuai dan kemungkinan pembedahan itu akan dibuat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan,” katanya.
Kisah Raihan yang tular mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu yang turun padang menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut. Selain JKM, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menziarahi keluarga bayi malang itu semalam.
“Terima kasih kepada JKM yang memberi sumbangan susu dan lampin pakai buang serta barangan makanan. Saya dan isteri juga lega apabila dimaklumkan akan menerima bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan.
“Kami juga ditawarkan bantuan daripada kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman serta Maidam untuk meringankan beban kewangan kami dalam rawatan perubatan bayi istimewa kami ini,” katanya ketika ditemui pemberita
“Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami terutama saya kerana buat masa ini tidak dapat bekerja serta terpaksa meminjam duit daripada rakan serta saudara mara untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya lagi.
Sekalipun tidak pasti kemungkinan yang akan berlaku, Abdul Rahim tetap menaruh harapan untuk melihat Abdul Raihan kembali sihat dan membesar seperti bayi lain.
“Kalau boleh, saya mahu dia (Abdul Raihan) hidup seperti bayi normal, bebas daripada penyakit dan dipanjangkan usia.
“Saya dan isteri juga akan menjaganya serta berikhtiar mencari jalan untuk merawatnya selagi diberi kudrat oleh Allah,” katanya.
Untuk sebarang bantuan boleh terus salurkan ke akaun: 1110041000174344 (BSN) NURUL SUHADA. Orang ramai yang berhasrat membantu Abdul Rahim juga boleh menghubungi beliau di talian 014-8242823.
Kes kanak-kanak dijangkiti COVID-19 dalam kategori 4 dan dirawat di wad PICU hospital mengalami peningkatan drastik, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi kenyataan KKM di laman Facebook rasminya, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori tiga hingga lima
“Peningkatan paling ketara untuk kategori empat iaitu sebanyak 200 peratus dan diikuti kategori lima sebanyak 125 peratus,” menurut kenyataan KKM.
KKM menjelaskan golongan kanak-kanak kini merupakan kelompok yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajaranya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.
Justeru itu KKM menasihatkan ibu bapa supaya melindungi anak-anak mereka dengan pengambilan vaksinasi bagi mengelakkan jangkitan teruk COVID-19.
Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.
Oleh itu, KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Imicron yang boleh membawa maut dan jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!