Biasa tengok situasi bila anak menangis, ibu ayah akan beri gajet untuk senyapkannya. Tanpa sedar ini adalah bahaya zaman sekarang yang boleh merosakkan anak-anak.
Ia adalah perkara normal yang selalu berlaku di kalangan ibu bapa muda zaman sekarang.
Selain bertujuan untuk senyapkan anak ramai beranggapan dengan mendedahkan si kecil pada gajet sejak kecil ia membantu anak lebih cepat belajar dan menjadi bijak. Betulkah?
Seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, Puan Dianna Razalli mempunyai pandangan yang berbeza tentang hal ini dan sama sekali tidak bersetuju dengan cara mendedahkan anak kecil kepada gajet.
Apa yang berlaku ni?
Merata-rata stroller with tab berkeliaran di Malaysia?
Ads
Paling sedih anak-anak yang duduk dalam stroller sambil melihat tab adalah bawah setahun.
Tahukah bahawa gejala ini BAHAYA!
Atau rata-rata yang tidak tahu keburukan gadget bagi anak-anak berusia 2 tahun ke bawah?
Jangan lupa kesan bahaya pada perkembangan anak
Ni belum lagi di meja makan, semasa di rumah, perjalanan pulang iaitu semasa di dalam kereta, semasa di rumah rakan-rakan. Anak berkepit dengan tab bagi mendiamkan mereka.
Ada yang bertanya pada Teacher Dee “habis tu nak buat apa Teacher Dee anak-anak menangis, menghentak-hentak bila bagi HP/tab terus senyap?
Kena check kenapa anak begitu, jika dari lahir dah dimulakan dengan segala bagai teknologi inilah salah satu akibatnya.
Ads
Ada yang kata “im not agree with u”. “Anak i pandai macam-macam semua disebabkan hp n tv”
what?
Teacher Dee tak nak halang, terpulanglah pada ibu bapa yang bijaksana dan lebih arif yang mendidik anak-anak.
Namun jangan kata Teacher Dee tak payung. Jangan sampai satu hari nanti tiba-tiba:
Ads
kena tambah kos beriban untuk hantar terapi pada anak-anak
menangis orang tak nak terima anak kita di sekolah biasa
Terasa stress kerana anak tak seperti anak orang lain
Dan finally menjawab kerana tak menjaga amanah dengan baik
Ibu bapa yang bijak mencari ilmu atau mencari orang yang boleh bantu diri kita menjadi ibu bapa yang terbaik.
Berapa ramai yang habiskan masa dengan teknologi tanpa sedar anak dah besar?
Jangan kata saya ada duit nak hantar anak terapi. Jangan bongkak dengan kata-kata kerana nanti termakan sendiri.
Pilihan di tangan kita. Kita yang mencorakkan. Jika pernah tersalah langkah pulanglah ke pangkal jalan. Mohon pada Allah, kerana semua yang berlaku dengan izinya. Allah mengikut sangkaan hambanya.
Jom audit diri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya membuatkan anak berasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah mahal atau percutian menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak rasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang sedih. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian sehingga menyebabkan dia berasa bersalah. Pada saat-saat seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari pejabat atau apabila keluar bekerja di luar daerah. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibu bapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibu bapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, “Mama gembira sebab abang mahu berkongsi biskut ini dengan adik” atau “Rajin anak papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti “Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?” Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, “Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang.” Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah.
Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, “Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu.”
Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibu bapanya.
Sumber: Jamilah Samian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersunat, atau khatan, bukan sekadar satu amalan keagamaan atau budaya. Ia kini menjadi satu keperluan kesihatan yang diiktiraf secara perubatan. Video “Sunat Macam Kena Gigit Semut?” oleh Bintang Kecil bersama Hospital Islam Az-Zahrah memaparkan pendekatan moden dan mesra kanak-kanak dalam membantu ibu bapa memahami proses bersunat yang selamat, pantas dan tidak menyakitkan – sekaligus membuang rasa takut dalam kalangan anak-anak.
Dalam video tersebut, doktor menjelaskan bahawa teknologi terkini seperti laser (diathermy) digunakan menggantikan kaedah gunting atau pisau tradisional. Kaedah ini:
💡 Tip untuk ibu bapa: Terangkan kepada anak bahawa alat moden digunakan dan ia tidak menyakitkan seperti yang dibayangkan. Tonton bersama video seumpama ini untuk bantu mereka lebih bersedia.
Doktor menyatakan bahawa sunat membantu mencegah pelbagai penyakit seperti:
💡 Tip untuk ibu bapa: Gunakan bahasa mudah untuk terangkan kepada anak bahawa bersunat membantu menjaga “kebersihan anggota sulit agar tak gatal dan busuk”.
Ramai anak-anak takut untuk bersunat kerana stigma “sakit” yang diwarisi dari cerita orang dewasa. Video ini menekankan:
💡 Tip untuk ibu bapa: Galakkan anak menonton watak kegemaran seperti Upin Ipin atau Ejen Ali yang ‘berani bersunat’. Jadikan ia pengalaman berani yang membanggakan.
Walaupun teknologi kini sangat selamat, tetap ada risiko kecil seperti:
💡 Tip untuk ibu bapa: Pantau anak selepas prosedur. Pastikan mereka rehat, tidak berlari, dan diberi ubat seperti diarahkan doktor.
Sunat tidak lagi perlu ditakuti. Dengan sokongan ibu bapa, pendekatan mesra kanak-kanak dan teknologi moden, anak-anak kini boleh menjalani proses ini dengan senyuman – bukan tangisan. Jadikan sunat satu momen keberanian dan kematangan buat mereka, bukan satu trauma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang tahu cara didikan yang diterapkan oleh Datin Shahida pada anak-anaknya sangat bersederhana terutama soal agama walaupun mereka ini dikatakan mampu memiliki segala-galanya.
Bukan itu sahaja, Datin Shahida juga antara ibu yang tak terlalu memanjakan anak-anak dan sentiasa memastikan amanah yang diberikan padanya dijaga dengan baik.
Terbaru melalui entri di instagram Ibraheem Adham iaitu anak ketiganya, Datin Shahida ada berkongsi video Baem menangis kerana cemburu dengan abangnya, Ammar yang dah boleh hafal 1 juzuk al-Quran.
Dalam video tersebut, Datin Shahida memujuk Baem supaya berusaha lebih lagi. Semasa dipujuk, Baem yang berusia 6 tahun itu terus menangis teresak-esak dan seolah-olah faham apa yang diberitahu ibunya.
Video itu telah mendapat respon positif dari orang ramai yang terharu dengan semangatnya.
Bagus Baem, Membesar Jadi Anak Soleh
Malah ramai yang memuji sikap Baem yang nampak dah faham dalam bab agama walaupun masih kecil.
Selain itu, ada yang kagum dengan sikap Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri yang begitu menitikberatkan didikan sempurna pada anak-anak tanpa melihat pada kemewahan semata-mata.
Semoga impian Datuk Alif dan Datin Shahida nak lahirkan anak-anak pejuang al-Quran dipermudahkan kelak dan menjadi contoh buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pola tidur bayi sering membuat ibu bapa risau apabila anak sukar tidur malam. Ketahui tempoh tidur bayi mengikut usia serta cara melatih pola tidur bayi supaya anak tidur lebih lena.