Boleh dikatakan anak-anak kalau nampak Nutella depan mata, senyap-senyap memang habis licin dikerjakannya. Jadi apa kata kali ini mama buatkan menu istimewa ini, Nutella Butter Cake.
Rasanya enak, bukan sahaja akan memikat selera anak-anak malah kita orang dewasa juga menggemarinya. Jika tidak percaya, kenalah cuba buat sekali menu yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila. Memang puas hati!
NUTELLA BUTTER CAKE
BAHAN A :
120g gula
3biji telur
10g ovalette
1/4 tsp garam
BAHAN B :
120g tepung self-rising
20g susu tepung
Ads
1tsp vanilla powder
BAHAN C :
70g butter (cairkan)
BAHAN D :
Strawberry emulco
Pandan emulco
Pewarna ungu
Ads
CARA-CARA :
1.Satukan kesemua BAHAN A & BAHAN B.
2.Kemudian putar menggunakan kelajuan yang laju sehingga adunan gebu dan kembang.
3.seterusnya masukkan BAHAN C dan kacau kaup balik sahaja cukup sekadar adunan sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kemudian letakkan BAHAN D dan kacau sebati. Nak letak pewarna sahaja pun boleh.
5.Alaskan loyang saiz 7” dengan baking paper.
Ads
6.Tuangkan adunan secara berselang-seli dan letakkan juga nutella disetiap layer.
7.Bakar pada suhu 150c selama 40minit. Bergantung pada oven masing-masing.
8.Akhir sekali tuangkan topping nutella di atas kek. Boleh hiaskan mengikut citarasa masing-masing.
Ekstra tip : Nak dapatkan nutella cair sebegini, tambahkan dengan sedikit minyak jagung.
Anak-anak memang suka sangat makan ayam gunting yang banyak dijual di food truck. Memang happy mereka dapat makan ayam gunting. Yang pasti memang tak cukup satu.
Jadi lebih jimat untuk ibu buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tidaklah susah untuk didapatkan. Caranya juga mudah dan cepat untuk disediakan. Buat untuk minum petang anak-anak mesti tak sabar nak makan.
Ini resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni.
Memang mudah dan nampak sedap serta menyelerakan!
RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH
Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.
Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.
Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.
BAHAN-BAHAN
Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
– Basuh bersih dan potong nipis
Bahan perap
– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam
Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.
Bahan saduran
Tambahan
Kalau nak senang boleh terus beli bahan-bahan dari Sini
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.
Roti antara menu paling menjadi kegemaran anak-anak. Biasanya roti sosej yang jadi pilihan tetapi kalau nak beli anak-anak tak puas makan. Jadi bagi ibu yang anak-anak suka sangat makan roti sosej, boleh buat sendiri je.
Resepi oleh Cikgu Azlina Ina boleh ibu cuba. Hanya uli guna tangan sahaja tak perlu beriya nak guna breadmaker ke mixer. Tetap jadi gebu dan lembut elok.
Roti sosej gebu uli tangan
Bahan-bahan:
500g tepung gandum mak guna sauh
1 biji telur
Garam sikit
1 1/2 sb yis kering
2sb majerin
5 sb susu tepung(nak skip pun tak apa)
1sk double action baking powder(kat bakery ada)
Ok gaul-gaul sampai jadi macam serbuk roti
Tambah 1 cawan dan +1/2@3/4 cawan air sejuk dari peti atau dari penapis air janji sejuk gaul-gaul kan sebati. Gaul agak-agak jadi doh lembut
Total air sejuk dalam 1 1/2 cawan@3/4 cawan +-
2 sb gula tambah air suam sikit bancuh sampai gula larut
Doh tadi buat lekuk dan isi gula tadi.
Uli sambil tabur-taburt sikit tepung bagi jadi doh. Tak payah beria pun uli sikit-sikit je tak payah elastik pun tak pe.
Ok dah jadi doh kita biar kan dia 1 -2 jam bagi kembang. Mak nak cepat tutup permukaan dia pakai tuala basah masuk oven letak suhu 60 darjah 30 minit kembang dah.
Ok macam ni dah kembang elok dah ya..Tumbuk-tumbuk sampai doh penyek.
Lepas tu tabur2-tabur sikit tepung mak uli kejap dalam 5 minit ala uli macam basuh kain tarik gulung tarik gulung gitu je. Kalau melekat tambah tepung tabur-tabur sikit-sikit ok je.
Bentuk kan ikut citarasa masing-masing. Mak buat doh uli memanjang sosej tu mak dah rebus awal2 ya.
Dah kembang sikit dalam 20 minit sapu atas dia dengan sebiji telur+susu full cream+ pewarna kuning sikit ha sapu kan. Pastu biar kejap lagi.
Bakar suhu 180-1200. Masa 25-30 minit tengok oven masing-masing. Nak goreng pun boleh ya. Teksturnya memang lembut elok.
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.