Lobak putih sangat bagus bila anak tengah batuk. Antara ejen pencair kahak, natural anti congestion dari real food untuk anak.
Tapi ramai anak-anak kita tak kenal kan? Kalau buat sup ayam, singgang ikan, tomyam ayam masa anak batuk, boleh tambah lobak putih sekali lepas ni.
Kita masuk sekali dalam sup yang ada banyak rempah ratus untuk kurangkan radang, sangat bagus untuk anak-anak yang tak sihat.
Antara vitamin dan mineral dalam lobak putih;
1. Vitamin C
2. Pottasium
3. Kalsium
4. Iron
5. Folate
Ads
Bagus untuk imuniti anak.
Bagus untuk sistem pernafasan anak.
Bagus jugak untuk kulit anak.
Anak 6 bulan dah boleh makan, masuk dalam bubur pun boleh. Jom lepas ni kita jadikan lobak putih stok tak putus kat rumah pulak ya. Potong nipis dan masuk dalam sup. Sedap.
Ads
Kita cuba sama-sama ya, kenalkan pelbagai jenis sayur untuk anak-anak dapat khasiat terbaik dari real food.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Ibu dalam pantang kena betul-betul rehat kerana dalam tempoh ini tubuh dalam proses pemulihan dan badan masih lagi lemah.
Jika tiba-tiba situasi yang tak diingini berlaku memang cukup merisaukan seperti kes tumpah darah atau berlaku jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing kerana tidak menitikberatkan amalan berpantang.
Perlu difahami badan setiap wanita berbeza. Mungkin kita tak boleh nak samakan diri kita dengan ibu lain.
Pengalaman dari Puan Noor Hamidah Mohd Zaki ini boleh dijadikan peringatan untuk semua ibu berpantang yang terlalu aktif.
Walaupun ada yang berbangga, katanya tak pantang sangat pun. Hari ke-3 dah keluar pergi Mydin.
Tapi bagi akak, bab-bab berjalan ni biarlah dulu cukup 44 hari. Duduk dalam rumah dulu diam-diam.. Setakat pergi klinik tak apalah benda wajib kan nak ulang alik bawak baby cek kuning.
Tapi kalau kena, nauzubillah.. Dah ada pengalaman bentan mase anak first. Tu pun bukan pergi mana. Cuma pergi beli pump susu je pun di kedai baby.
Hari ke 13.. Sudahnya malam tu tak berhenti darah keluar sampai 4 5 helai kain batik basah dengan darah. Darah pula pekat sampai tak nampak merah dah tau. Berketul-ketul.
Bayangkanlah.. Dalam ambulans entah berap kali mata terpejam. Sayup-sayup je dengar nurse panggil nama “Hamidah, jangan pengsan! Hamidah, bukak mata!”
Sampai hospital dah tercungap dah. Masuk kecemasan, doktor ni datang seluk, doktor ni datang seluk. Sebab nak cari punca. Dah la tempat luka berjahit belum sembuh sepenuhnya lagi. Perit pedih tak payah cakaplah.
Makin lama makin rasa tak puas bernafas. Dah tercungap-cungap. Muka tangan kaki dah start jadi kuning sebab kurang darah. Badan pun dah lemah longlai.. Doktor minta sign masuk OT, sign.. Doktor minta sign untuk masukkan darah, sign.
Tak fikir apa dah. Baca pun tak. Cuma berharap Allah panjangkan umur je sebab teringat baby kecil lagi kat rumah tu.
Kalau aku mati, kesian anak aku tak dapat minum susu. Bila ingat semua tu la sikit sebanyak bagi semangat nak berjuang untuk terus hidup.
Fuhh ingat balik ngeri sangat..Nauzubillah cukuplah sekali tu je pengalaman ni datang. Buat para ibu atau bakal ibu, sayangilah diri anda. Bukannya pantang ni untuk jadi elok macam anak dara je semata-mata, tapi lebih dari tu. Jaga diri baik-baik. Kalau nak buat kerja rumah, nak masak, buat lah baik-baik, slow-slow.
Beringat kita dalam pantang. Buat sang suami, hargai isterimu. Cuba bantu mana yang termampu. Bukan lama, 44 hari je. Bak kata suami akak, sayang pasangan kita sebagaimana waktu kita bercinta.. Bukan lepas dah dapat, buat-buat lupa.
Pengalaman menyusukan anak sememangnya cukup menyeronokkan. Walaupun hanya seketika, tidak sama seperti ibu-ibu lain yang berpeluang menyusu hingga anak berusia dua tahun, ia sememangnya detik pengalaman yang indah.
Pengalaman digigit anak antara momen yang mencuit hati. Nak marah tak sampai hati, sudahnya ibu bertahan sahaja sehingga proses menyusu selesai. Perkongsian Dr Nurhaya Yacob ini menarik juga untuk kita kongsikan bersama.
Sapa macam ni?
Fuh saya sendiri pun alaminya. Sampai en suami cakap..”wean off je la kalo dah sakit sangat”…kahkahkahkah…
Kenapa anak mengigit?
1. Nak perhatian maknya of course. Dia nak mak tengok je mata bulat comel dia tu.
2. Flow susu yang perlahan, marah dia ha…dia ketap la putting ibunya itu.
3. Flow terlalu laju..kadang-kadang mereka akan tarik dan lepaskan perlekapan, kadang-kadang mereka gigit .
4. Di anggap sebagai satu hal yang funny kerana tengok ibunya menjerit & kemudian belai-belai manja dan cakap ish ish ish adik ni kannnn…geram mummy.☺️
5. Hidung anak tersumbat & tidak selesa maka mereka marah & gigit puting ibu.
6. Mereka dah kenyang & tak mahu lagi menyusu, tapi mummy masih suruh baby menyusu..so depa gigit la. Nak cakap tak reti. Be aware ya tanda-tanda mereka sudah kenyang, stop feeding apabila mereka sudah kenyang.
7. Mak paksa menyusu sebab anak buat perangai. Kadang-kadang kita ingat dia nak menyusu sebab tu dia buat perangai so offer la nenen. Haa di gigitnya puting mak sebab kerana paksa menyusu. Padahal si comel marah & suruh tukar pampers?.
Cara Nak Atasi
So macam mana nak hadapi kes macam ni…silap hari bulan boleh luka puting & wean off awal macam ni.
1. Walaupun kebanyakkan bayi yang SEDANG MENYUSU kebanyakkan tidak menggigit semasa menyusu tapi paling tidak, sekali dalam tempoh penyusuan pasti mak akan alami jua.
2. Ia selalunya terjadi apabila gigi bayi baru nak tumbuh. Tapi bila perlekapan berlaku dengan baik, gigi bayi tidak akan bertemu dengan puting ibu kerana puting ibu berada di belakang mulut baby manakala gigi dan gusi pulak terletak pada areola/tumpuk hitam.
3. Apabila anak menggigit elakkan dari terus tarik payudara dari mulut bayi. Confirm luka puting tu. So mummy cuba rapatkan anak ke dada sehingga mereka rasa sedikit susuh nak bernafas. Maka terlepaslah puting ibu tu.
4. Atau mummy boleh masukkan jari kelingking mummy tu dalam mulut baby dan tarik keluar puting ibu.
5. Elakkan sedaya upaya untuk tidak menjerit walaupun sakit dia macam kena siat. Baby merajuk, nanti merajuk dan menolak penyusuan lagi haru kerana mereka fikir ibu marah padanya.
7. Sebaiknya lepas bayi mengigit, hentikan penyusuan & bagi tahu baby dengan muka yang tegas bahawa ibu sakit so that baby tahu & dapat input untuk tak buat lagi dah. Ingat tau, bukan sekali ja tapi berkali-kali setiap kali buat.
8. Puji mereka bila mereka tak menggigit puting ibu. So mereka pun suka & tahu..I’m a good boy/girl sebab mummy puji bila tak gigit.
Tapi kalau dah buat semua yang di atas and baby still bitting.
1. Stop breastfeeding setiap kali dia gigit.
2. Bagi dia gigit towel bersih yang lembab dan sejuk. Atau alat mainan yang dia boleh gigit seperti teether.
3. Kalau anak suka tarik puting ibu masa menyusu sebab nak toleh kiri kanan untuk tengok suasana, mummy boleh siap-siap jari kelingking kat tepi mulut baby. Bila dia acah-acah nak tarik ja, masukkan jari dan ini dapat elakkan anak menggigit puting. Menyusu di tempat yang lebih tenang dan kurang gangguan seperti suara tv dan sebagainya.
Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk mak-mak yang sedang alaminya. Begitulah jadi mak-maka menyusu, tapi tetap best menyusu kan!
Nota kaki:
Anak-anak tidak mahu menyakiti ibunya dan mereka tidak tahu pun mereka sedang menyakiti kita. Didik mereka kerana mereka fast learner..buat beberapa kali saja mereka dah faham! Jangan putus asa dulu ya mummies.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat aturan dalam mengendalikan susu perahan bermula dari diperah untuk disimpan dan kemudian dicairkan apabila hendak digunakan. Ada tempoh tertentu susu tersebut boleh digunakan. Aturan ini bertujuan supaya bayi mendapat khasiat susu ibu yang paling optimum.
Ketika mengendalikan susu perahan, terdapat panduan yang perlu diikuti. Tujuannya adalah untuk memelihara khasiat susu ibu kerana susu ibu akan kehilangan nutrien kesan daripada proses penyimpanan.
i. Gunakan bekas yang steril untuk menyimpan susu perahan samada menggunakan beg plastik susu (sekali kali kegunaan sahaja) atau menggunakan botol bebas BPA (tempoh guna sehingga enam bulan).
ii. Labelkan tarikh dan masa pada bekas penyimpanan.
iii. Simpan di dalam peti ais di bahagian paling dalam sekiranya tidak dibekukan.
iv. Gunakan susu yang paling lama di simpan. Panaskan susu yang pertama mengikut tarikh disimpan kepada bayi anda.
v. Simpan susu secara teratur jika diletak bersama bahan mentah lain. Pastikan bahan mentah disimpan di dalam bekas bertutup.
Susu segar: Jika hendak berikan bayi susu segar, sejurus diperah boleh diberikan terus kepada bayi dan hendaklah dihabiskan dalam tempoh 1 jam. Tidak boleh disimpan bakinya jika bayi tidak habis minum dan sekiranya bayi belum minum, susu boleh berada di dalam suhu bilik sehingga empat jam tetapi tidak digalakkan kerana suhu di negara kita panas bukan seperti di luar negara.
Susu sejuk: Susu di bahagian chiller peti ais boleh disimpan sehingga lima hari mengikut kekerapan buka dan tutup pintu peti ais. Jika peti sering dibuka, selepas tiga hari susu tersebut hendaklah dibekukan. Jika hendak diberikan kepada bayi, susu boleh disuamkan atau boleh diberikan dalam suhu bilik atau ada bayi menerima susu sejuk dengan baik. Susu hendaklah dihabiskan dalam tempoh sejam dan baki susu tidak boleh disimpan semula.
Susu beku: Jangka susu beku berbeza-beza mengikut peti ais yang digunakan. Bagi peti ais satu pintu, jangka hayat susu beku adalah dua minggu. Bagi peti ais dua pintu pula, jangka hayat susu beku adalah sehingga tiga bulan. Bagi yang menggunakan deep freezer, jangka hayat susu beku adalah sehingga enam bulan. Sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan susu beku, hayat susu tersebut mengikut tarikh susu diperah.
i. Pastikan tangan telah dibasuh sebelum memerah dan begitu juga dengan peralatan memerah.
ii. Setelah susu diperah, simpan di dalam bekas penyimpanan dan susu hendaklah diisi sehingga 3/4 bekas/plastik sahaja kemudian
iii. Tutup bekas penyimpanan dengan rapat dan labelkan.
iv. Simpan di dalam beg yang mengandungi gel ais beku yang cukup untuk memastikan suhu susu tidak berubah berkurang
iv. Setelah sampai di rumah, jika hendak digunakan pada hari esok, boleh di simpan di dalam chiller di bahagian paling dalam. Jika ingin dibekukan, boleh dimasukkan terus ke dalam deep freezer.
Untuk kekalkan kesegaran susu ibu, penting untuk memastikan peti ais diaturkan bahan masakan dengan baik. Ini bermaksud semua bahan masakan termasuklah bahan mentah disimpan di dalam bekas bertutup dan ditutup rapat. Ini kerana susu ibu boleh menyerap bau peti ais dan boleh menyebabkan bayi menolak susu sejuk/susu beku.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.