Selepas kehadiran cahaya mata pertama, pelakon Dazrin Kamarudin mengakui rutin hariannya kini berubah 360 darjah.
Menurut Dazrin, tanggungjawab menjaga dan menguruskan anaknya, Dasuki Dazrin tidak dilepaskan kepada isteri sahaja, sebaliknya dia turut mengambil peranan tersebut bagi meringankan tugas isteri.
“Sejak dah jadi bapa ni lebih sebulan lalu, memang semua rutin saya berubah. Tidur malam pun dah tak macam dulu kerana setiap dua jam saya kena bangun buatkan susu dan menukar lampin anak.
“Isteri tidak pernah menyuruh saya berbuat demikian, tetapi saya sendiri sebagai bapa mahu mengambil tanggungjawab tersebut kerana mahu meringankan beban isteri.
Ads
“Sebelum ini saya tidak dapat bantu sangat kerana terikat dengan jadual penggambaran. Jadi bila dah selesai semua, barulah saya dapat cuti untuk bersama isteri dan anak.
Dalam pada itu, Dazrin turut memberitahu tentang keterbukaannya mendedahkan anak kepada umum. Malah dia juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk orang luar mendekatinya putera sulungnya itu.
“Saya tak kisah dan tak letakkan sebarang syarat kepada orang luar untuk mendekati anak saya. Bagi saya memang fitrah orang sukakan baby, tak kiralah dia baby artis atau orang biasa sekalipun.
“Jadi bila kita bawa baby keluar, memang akan ada orang yang datang tegur atau nak sentuh baby sebab memang baby akan mudah menarik perhatian.
“Mungkin ada sesetengah ibu bapa tak suka anak mereka disentuh orang luar, tetapi saya tak kisah kerana saya percaya mereka tidaklah keterlaluan sehingga boleh memudaratkan baby. Bagi saya mudah saja, kalau tak nak orang pegang-pegang anak kita, baik duduk rumah saja dan tak perlu bawa keluar,” kata Dazrin.
Sumber: Sinar Harian dan ig Dasuki Dazrin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah amanah untuk setiap pasangan. Kelahirannya dianggap penyeri dalam rumah tangga. Malah kehadirannya juga yang akan mengajar diri kita jadi lebih sabar dan faham tanggungjawab.
Mungkin bagi yang sudah berkahwin, perasaan saat pertama kali menimang cahaya mata adalah satu perasaan yang amat sukar digambarkan. Lahirnya satu tubuh berserta roh baru dan bermakna bertambah lagi satu tanggungjawab bagi suami dan isteri.
Bagaimanapun, mungkin ada di antara kita yang tak perasan sebenarnya anak pertama diabaikan setelah anak kedua dan seterusnya dilahirkan.
Perkongsian dari Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini tak bermakna ibu bapa lepaskan anak sulung untuk berdikari sebaliknya pastikan kita terus sayang dan ajar mereka untuk jadi abang dan kakak yang boleh melindungi adik-adik.
Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita tengking-tengking dan marah, kita cubit dan pukul. Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah si kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi….
Ingatlah bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yang pertama menghuni rahim mulia ini.
Sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik. Kita yang salah, kita yang belum pandai.
Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka. Dia permata hati, pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putus, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dengan janji Allah.
Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia takut hanya kepada Allah.
Mohon apa sahaja hanya kepada Allah. Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan
Buat baik Allah sayang, orang yang Allah sayang, akan masuk syurga.
Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik. Rajin belajar, Allah suka. Syukur walau dapat sedikit, orang yang syukur, Allah akan tambah lagi banyak.
Pujuk dia dengan kasih sayang, doakan dia dengan kasih sayang, tegur dia dengan kasih sayang, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit-sakit, tampar wajahnya…Allah….kasihani dia.
Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik-baik, mengapa mudah geram dan marah? Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula??? Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan….?
Wahai ibu & ayah, dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti-henti, lalu memujuk ambil hati semula…Berdoalah dengan doa surah Al-Furqan ayat 74.
Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata…. Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih Tuhan. Uruskan dia dengan sabar. TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu dan bapa mulia yang penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis.
“Saya bersara dari bidang silat untuk anak saya dan demi kesihatan diri sendiri” begitulah luahan pesilat profesional negara, Al Jufferi Jamari apabila ditanya tentang status kerjayanya kini.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi sisi kebapaanya dalam Anugerah Gala Pa&Ma, Best Papa Millennial 2023 menerusi siaran langsung sebentar tadi.
Tambahnya lagi, dia mula diuji apabila dikhabarkan anak keduanya menghidap kanser dan dalam masa yang sama memerlukan perhatian penuh darinya kerana isteri terpaksa menjaga anak yang ketiga yang masih kecil.
“Sewaktu anak saya dikhabarkan ada sakit kanser. Saya tak boleh cuti terlalu lama, waktu PKP. Selama sebulan lebih saya duduk di hospital, anak no.3 pula masih kecil.”
“Ujian saya ketika di hospital, ada yang sudah meninggal. Dugaan tu memang besar.”
“Dan isteri sangat struggle nak jaga anak-anak kalau saya perlu bekerja, isteri ni tulang belakang kita. Dia cuma support kita, yang buat kerja tu kita. Jadi kena faham.. bukan semua benda isteri kena buat”
CARA DIDIKAN ANAK
“Anak no.2 ikut semangat saya. Sejak umur dia 2 tahun dah pandai menendang, menumbuk. Kalau tengok tiga orang anak lelaki, anak no.2 lah yang ikut saya.”
“Saya nak didik mereka ni tak boleh satu method, yang ini dan itu perangainya lain. Ikutkan mak dia garang, tapi kalau saya marah memang diaorang takut. Ada masa saya lembutkan dan manjakan diaorang.”
Ikuti perkongsian penuh Jufferi sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan ‘patah riuk’ jadinya.
Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahuakbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.
FADILAT AMALAN HADIAHKAN AL-FATIHAH
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.
Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.
Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.
Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibu bapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yang berterusan hingga ke jannah.
Kongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT.
RAHSIA AL-FATIHAH
1. Al fatihah – Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah – Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah – Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah – Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah – Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah – Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah – Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah – Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.