Positif hamil adalah berita paling gembira kepada semua wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Penjagaan diri dan janin dalan kandungan sepatutnya menjadi tumpuan utama seorang ibu.
Bakal bergelar ibu, ibu perlu sentiasa peka dan melengkapkan diri dengan semua aspek tentang kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak dalam kandungan.
Berikut antara tip kehamilan sihat yang disaran untuk dilakukan oleh ibu hamil.
#1: KEBERSIHAN
Apabila diri hamil, kebersihan diri ibu perlu dipertingkatkan terutama di bahagian sulit perlu dijaga sebaiknya untuk mengelakkan masalah keputihan. Keputihan disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Jika tidak dirawat semasa hamil, dibimbangi boleh memberi risiko kepada janin yang dikandung.
#2. RUTIN PEMERIKSAAN ANTENATAL
Ads
Bila ada seseorang membesar di dalam rahim, ia perlu dipantau. Tahap ksihatan ibu juru sangat mustahak untuk menyokong perkembangannya.
Sebaik sah hamil, buat janji temu untuk menjalani pemeriksaan antenatal ibu hamil. Pemeriksaan ini penting dilakukan mengikut jadual kerana ia memantau perkembangan ibu dan anak, keadaan rahim ibu, kandungan gula dalam darah, tekanan darah, air kencing, berat ibu.
Pemeriksaan ini tidak patut diabaikan. Ia penting untuk memantau serta mengesan sebarang kelainan atau penyakit yang dihidapi oleh ibu hamil.
#3. AKTIF & GAYA HIDUP SIHAT
Ads
Walaupun sedang hamil, ia tak bermakna anda hanya berbaring sahaja. Jika anda seorang yang aktif bersukan sebelum ini, masih boleh lagi aktif tetapi perlu mengikut nasihat doktor. Ibu hamil juga boleh melakukan senaman ringan seperti kerap berjalan, berenang, yoga dan lain-lain yang bersesuaian.
#4. ASPEK PEMAKANAN
Sememangnya pemakanan seimbang sepatutnya menjadi amalan walau pun belum hamil lagi. Tetapi selepas hamil, ia perlu dipastikan konsisten. Kadangkala ibu hamil memang ada teringin atau mengidam makan sesuatu makanan.
Bukan tak boleh makan tetapi cukuplah dalam kuantiti yang sedikit. Pastikan jadual pemakanan seharian terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan cukup memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil.
Ads
#5. EMOSI STABIL, POSITIF & GEMBIRA
Secara psikologinya emosi turut memainkan peranan penting terhadap kesihatan ibu sepanjang hamil. Elakkan stres berlebihan, kesedihan dan kemurungan kerana ia boleh mempengaruhi emosi anak dalam kandungan dan mengganggu kesihatan badan ibu sendiri.
#6: MEMPERBANYAKKAN PEMBACAAN & MENDAPATKAN ILMU KEIBUBAPAAN
Bukan semua kehamilan dilalui penuh keindahan dan kegembiraan kerana ada ibu hamil yang menghadapi pelbagai jenis komplikasi ketika hamil. Ibu hamil perlu mendapatkan pelbagai info tentang komplikasi kehamilan sebagai persediaan pada situasi tidak dijangka.
Ikuti komuniti ibu hamil Pa&Ma Mom To Be, membaca pelbagai artikel keibubapaan yang merangkumi pelbagai tajuk di www.www.majalahpama.my dan menerusi artikel di dalam majalah Pa&Ma. Ibu juga disarankan mengikuti perkembangan semasa dunia keibubapaan menerusi Facebook Pa&Ma Instagram Pa&Ma serta Twitter @majalahpama_
Berminat untuk menyertai komuniti Pa&Ma Mom To Be, boleh mendaftar disini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita mengandung akan mengalami macam-macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi. Lebih-lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan. Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi.
Dari awal mengandung dengan alami alahan, seterusnya mengidam, perubahan fizikal sehinggalah tiba waktu hampir tarikh jangkaan bersalin. Kebanyakkan ibu mengandung akan rasa tidak selesa, tidur malam tak lena, sakit belakang dan sebagainya.
Bagi yang ingin tahu punca kenapa sakit belakang sering dialami oleh ibu hamil, perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad bakal rungkaikan persoalan tersebut dalam perkongsian di Facebook miliknya.
PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Bayi & rahim ibu semakin membesar
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.
Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.
Bagi mengimbangkan pusat graviti itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.
Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda. Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, bukan saja di bahagian pinggang tetapi juga di bahagian kedua belah kaki.
Perubahan hormon boleh sebabkan sakit belakang
Selain perubahan pada saiz bayi dan rahem yang semakin membesar, perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana perubahan hormone ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Dengan banyak melakukan pergerakan membongkok puan akan merasa sakit terutama berjalan atau berdiri terlalu lama, duduk untuk tempoh yang lama, menukar pergerakan dari duduk kepada berdiri dengan cepat, membongkok atau mengangkat benda yang berat.
Jangan risau jika sakit belakang puan hanya bersifat sementara dan merasa lega selepas berehat. Berjumpalah doctor jika sakit belakang puan sangat kuat dan tidak kurang selepas berehat.
Selalunya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.
Seperti yang diulaskan oleh Dr Zubaidi, sakit belakang ketika hamil adalah bersifat sementara dan akan hilang setelah berehat. Namun jika ia menyebabkan kesakitan yang kuat sebaiknya rujuk kepada doktor segera yang mungkin. Paling penting ikut saranan doktor dan jangan terlepas pemeriksaan berkala yang dijadualkan untuk ibu hamil.
Jangan ambil mudah soal keselamatan. Biarpun anda sedang hamil dan perut sudah besar jangan jadikan ia alasan untuk tidak memakai tali keledar keselamatan. “Perut dah besar, pakai belt jadi senak. Tak naklah pakai.” Tidak kiralah sebesar mana pun perut anda, sebenarnya masih ada cara yang betul untuk mengenakan tali keledar ini.
Jika berlaku kemalangan, tali keledar keselamatan dapat menyelamatkan ibu hamil dari tercampak ke depan yang akan mengakibatkan kecederaan kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Ada juga yang malas untuk memakai tali keledar keselamatan, dengan alasan tidak selesa dan takut mencederakan anak dalam kandungan. Tapi jika ibu tidak memakai tali keledar, ia akan lebih memburukan keadaan jika berlaku sesuatu yang tak diduga. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, menjelaskan tentang cara pemakaian tali keledar untuk ibu mengandung.
Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?
Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :
– Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
– Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg
duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
– Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
– Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
– Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
– Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
TAK PAYAH beli pelbagai produk atau span untuk COVER perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai jugak. Jangan la terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak Polis atau JPJ.
Soal keselamatan tiada kompromi. Jangan ambil mudah. Dengan pemakaian tali keledar yang betul, ibu akan berasa selesa. Paling penting, ia mungkin menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soalan yang selalu kerap ditanya oleh ibu hamil, apakah makanan yang baik sepanjang kehamilan dan bagus untuk ibu dan anak? Walaupun dah ada pengalaman sebelum ini pun, kebanyakan ibu masih nak tahu juga info ini sebagai persediaan awal.
Memang kalau diikutkan banyak makanan tambahan ada di pasaran untuk ibu hamil ambil. Namun sebaiknya digalakkan ibu mengambil dari sumber yang semulajadi kerana ia terbukti lebih selamat.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad beliau mencadangkan beberapa jenis makanan ini elok diambil sepanjang kehamilan sekiranya tiada apa-apa masalah kesihatan lain yang memerlukan diet tertentu.
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al-Quran) dan sangat bernutrisi. Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah. Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mengimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat. Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem. Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini. Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.