Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin. Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal, rata-ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi sebelum tiba masa mengeluarkan bayi.

Bila Suami Ada Di Sisi Masa Bersalin, Isteri Lebih Tenang & Lega. Cukup Dengan Genggam Tanganya

Selain wanita itu sendiri bersedia daripada segi mental, suaminya juga perlu mengetahui serba sedikit informasi tentang kontraksi yang bakal dialami oleh si isteri. Dengan yang demikian, dapatlah sang suami memainkan peranan membantu isteri melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.

Sakit faraj

Bila memasuki fasa aktif proses kelahiran, serviks akan meregang secara semula jadi. Ketika ini, faraj akan mengalami tekanan kesan gesaan kepala bayi yang cuba melalui saluran peranakan.

Apabila kontraksi semakin kuat dan menjadi kerap, kesakitan semakin dapat dirasai. Dalam keadaan ini suami perlu tenangkan isteri dengan meminta dia mempraktikkan latihan pernafsan yang betul.

Tarik nafas dalam-dalam dengan keadaan mulut tertutup dan hembuskan nafas sambil menyebut fuh dalam hela yang panjang.

IKLAN

Sakit pinggang

Dalam kes tertentu, kedudukan bayi dalam posisi posterior boleh menyebabkan isteri mengalami sakit belakang yang teruk. Sakit itu boleh dirasai sejak daripada awal. Di peringkat awal, kesakitan masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya sukar dikawal.

Lenguh kaki

Bila pinggang sakit, secara tidak langsung kaki pun terasa lenguh. Lebih-lebih lagi jika kantung ketuban sudah pecah. Ketika ini, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu menstabilkan emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit yang dialami.

IKLAN

Sembelit

Disebabkan gesaan kepala bayi yang melalui saluran peranakan, secara tanpa sengaja ia turut memberi tekanan kepada usus. Lalu, membuatkan perut anda terasa memulas seolah-olah mahu membuang air besar.

Apabila rasa tidak selesa, mungkin ada yang kerap ke tandas. Pastikan isteri ada peneman kerana ia adalah salah satu tanda hampir bersalin.

IKLAN

 Seram sejuk

Kontraksi bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan isteri menggigil dan  berpeluh.

Tambahan pula, kesakitan itu tidak dapat dijangka tempohnya. Ada yang cepat bukaan rahimnya dan dapat segera mengeluarkan bayi. Ada juga yang terpaksa menahan sakit berjam-jam sebelum bayi dilahirkan

Bila Suami Ada Di Sisi Masa Bersalin, Isteri Lebih Tenang & Lega. Cukup Dengan Genggam Tanganya

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Bila Suami Ada Di Sisi Masa Bersalin, Isteri Lebih Tenang & Lega. Cukup Dengan Genggam Tanganya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI