Bila tiba hari jadi anak, sebagai ibu bapa kita cubalah raikan. Kalau tak ada majlis besar pun, cukuplah sekadar makan-makan dan bagi hadiah simple. Raikan. Ini lah kenangan yang akan mereka ingat sampai bila-bila.

Anggap sahaja ini sedekah untuk anak-anak. Semoga Allah akan lipat gandakan rezeki kita semua. Kalau tak dapat nak jemput ramai disebabkan Covid-19, anda tetap boleh raikan dengan sederhana. Ini idea dambutan hari jadi anak yang kami kongsikan di musim endemik ini.

Bila Tiba Birthday Anak, Cubalah Untuk ‘Celebrate’ Walaupun Sederhana. Mereka Akan Ingat Sampai Besar

Idea sambutan hari lahir anak

Sebagai individu dewasa, anda pasti boleh memahami jika tiada sebarang sambutan sempena hari jadi anda, apatah lagi ketika tempoh amalan jarak sosial ini. Tetapi situasinya berlainan dengan si kecil. Mereka tetap mahu bergembira si hari lahir mereka.

Jadi berikut dikongsikan cara meraikan sambutan hari lahir anak yang boleh dicuba:

Kejutan belon

Jika si kecil gemarkan belon, pastinya cara meraikan dengan kejutan belon adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Anda boleh hiaskan ruang tamu anda dengan sejumlah belon atau mencipta ‘air terjun belon’ di pintu bilik tidur mereka, sebagai kejutan. Tetapi tidak tahu caranya?

IKLAN

Lekatkan pita pelekat di bahagian terbuka plastik beg sampah (pastikan bersih) pada pintu bilik tidur serta pada bahagian siling. Isikan dengan belon dan letakkan pelekat agar belon tidak terkeluar. Apabila mereka ingin membuka pintu, pelekat pada plastik beg akan tertarik dan terjadilah ‘air terjun belon’.

Scavenger Hunt

Sekiranya anda sudah membelikan hadiah buat si kecil, apa kata jadikan ia sebagai 1 sesi pemburuan hadiah. Bagaimana? Anda boleh letakkan hadiah di tempat yang tersembunyi dan meminta mereka mencarinya. Untuk menjadikan ia lebih menyeronokkan, jadikan ia seperti pencarian harta karun (treasure hunt) dengan menyediakan peta sebagai petunjuk. Tetapi pastikan anda tidak meletakkan hadiah di tempat yang berbahaya atau sukar dicapai, okay?

Bila Tiba Birthday Anak, Cubalah Untuk ‘Celebrate’ Walaupun Sederhana. Mereka Akan Ingat Sampai Besar

Family Slumber Party

IKLAN

Cara meraikan ini mungkin sesuatu yang jarang dilakukan tetapi anda boleh mencubanya. Slumber party biasa dibuat di negara barat, yang melibatkan rakan-rakan si kecil berkumpul dan bermalam di rumah anda atau salah seorang rakannya. Anda boleh meletakkan bantal yang banyak dengan selimut di ruang tamu dan berseronoklah.

Menonton filem

Seandainya anda mahukan cara meraikan yang lebih ringkas, menonton filem bersama mungkin pilihan terbaik. Berikan peluang kepada si kecil untuk memilih filem yang ingin ditontonnya dan jangan lupa untuk menyediakan snek ringan untuk dikunyah bersama. Mahu lebih seronok, cuba tutup lampu dan ia memberikan suasana seperti dalam panggung wayang. Anda bukan sahaja menggembirakan anak, tetapi aktiviti sebegini pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Cubalah!

Hari kebebasan

Sempena hari lahir anak, memandangkan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, apa kata berikan ‘hari kebebasan’ buat mereka. Untuk 1 hari yang istimewa ini, beri peluang untuk si kecil lakukan apa yang dia ingini, seperti makan aiskrim ketika sarapan, menonton filem atau kartun untuk tempoh 4 jam tanpa henti atau apa sahaja selagi tidak memudaratkan mereka. Kalau anda ingin membuat pesanan makanan, mungkin anda boleh memberikan si kecil kelonggaran untuk memilih makanan yang diingininya.

IKLAN

Hasilkan kek dan hidangan makanan istimewa

Si kecil suka menolong anda di dapur? Apa kata anda hasilkan kek bersama? Atau mungkin anda boleh memintanya untuk membantu anda menyediakan hidangan makanan istimewa untuk dimakan bersama? Jika sebaliknya, anda boleh hasilkan kek kegemaran dan menjadikan ia sebagai kek sambutan hari lahir anak.

Eratkan ikatan kekeluargaan

Tidak kiralah bagaimana cara meraikan hari jadi anak yang akan anda lakukan, perkara paling utama adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga. Biarlah sambutan secara sederhana namun ia pastinya menggembirakan kerana apa yang si kecil mahukan adalah untuk meraikannya bersama individu yang disayanginya.

Bila Tiba Birthday Anak, Cubalah Untuk ‘Celebrate’ Walaupun Sederhana. Mereka Akan Ingat Sampai Besar

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI