
Awal 2000-an dulu, drama Filipina Pangako Sa’yo pernah jadi kegilaan ramai. Watak lakonan Kristine Hermosa waktu tu memang melekat di hati peminat. Mana taknya, dengan wajah manis, rambut panjang mengurai, Kristine jadi simbol kecantikan Asia yang sederhana tapi memukau.
Kini, selepas lebih dua dekad berlalu, aura Kristine masih kuat, malah makin terserlah sebagai isteri dan ibu mithali.
Kristine dan suaminya, pelakon Oyo Boy Sotto, kini hidup bahagia bersama keluarga besar mereka. Paling istimewa, kehadiran si comel Isaiah Timothy, anak keenam mereka yang dilahirkan September 2024, melengkapkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga pasangan ini.
Siapa sangka, di sebalik wajah cantiknya, Kristine kini memegang ‘jawatan’ paling besar iaitu ibu kepada enam orang anak. Tak semua orang mampu, tapi Kristine buktikan, dengan cinta dan sabar, semuanya boleh diharungi bersama suami tercinta.
Untuk yang belum tahu, Kristine mula kenal Oyo Boy Sotto sekitar tahun 2004 ketika mereka sama-sama berlakon dalam drama Enteng Kabisote. Dari rakan set kerja, hubungan mereka semakin rapat dan akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri pada Januari 2011.
Oyo pula bukan calang-calang orang, dia merupakan anak kepada pelakon komedi popular Filipina, Vic Sotto. Walaupun datang daripada keluarga selebriti, mereka memilih kehidupan yang lebih tenang dan fokus membesarkan anak-anak.
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat, diberi nama Kristian Daniel Sotto, yang kini sudah pun mencecah usia 15 tahun.
Mereka kemudian dikurniakan:
👧 Ondrea Bliss Sotto
Meriah sungguh rumah tangga mereka dengan anak-anak yang comel dan bijak! Kristine sendiri pernah berkongsi, walaupun penat urus rumah tangga dan anak-anak, kasih sayang keluarga buat semua kepenatan itu hilang sekelip mata.
Ramai kagum tengok Kristine yang tetap kekal awet muda walau dah bergelar ibu kepada enam anak. Rupanya, Kristine mewarisi kecantikan ibunya yang berdarah kacukan Sepanyol, manakala bapanya pula berketurunan Filipina-Cina. Patutlah wajah Kristine sentiasa manis, lembut dan natural beauty!
Kristine juga merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mula terlibat dalam dunia seni sejak tahun 2000. Walaupun kini dia lebih memilih untuk beri tumpuan kepada keluarga, Kristine masih jadi inspirasi ramai, terutama ibu-ibu yang membesarkan anak sambil jaga penampilan diri.
BACA LAGI : ‘Dia Okay Saya Pregnant, Tapi Bersalin Dia Cuak!’ – Siti Kongsi Momen Datuk K Fobia Tengok Isteri “Berjuang”