
Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.
Menerusi muat naik di facebook, Faridah Mohd Fatah berkongsi mengenai kejadian menyentuh hati apabila kehilangan ahli keluarga. Redha dengan takdir, dia juga berkongsi kronologi situasi arwah.
Tujuan perkongsian itu adalah untuk memberi kesedaran kepada wanita hamil mengenai kepentingan menjaga kesihatan ketika hamil.
Perempuan BMI tinggi dan berusia 30an dan mengandung atau nak mengandung sila baca ini.
Sharing ni saya buat atas rasa tanggungjawab untuk sy beri kesedaran selepas apa yg sudah berlaku pada arwah kak Dewi.
Tanggungjawab sy utk sampaikan supaya ramai celik mata dan atleast mungkin dpt selamatkan nyawa ibu mengandung atau bakal mengandung yg lain. Since kes arwah kakak sy rare dan jarang berlaku.
Untuk yang bertanya kenapa boleh berlaku ?
✅ Arwah kakak sy takde darah tinggi, takde kencing manis yang teruk, takde any issue sepanjang 8 bulan beliau mengandung.
Dalam masa beberapa minggu berat arwah naik mendadak 4.3kg. Dan disebabkan berat naik mendadak secara tiba-tiba pada Isnin checkup tu, dr nasihatkan arwah untuk jaga makan supaya berat tak naik terlalu banyak.
Just that.
Saya sempat borak dgn arwah seminggu sebelum arwah pergi dan selepas checkup tentang bahaya tak jaga makan, tak jaga kencing manis & darah tinggi boleh bawa maut. Sy ceritakan kisah2 yang Dr sy pernah sampaikan pada sy waktu sy mengandung dulu.
Arwah balas pada saya :
“Yeka eda, kalau kita tak jaga boleh sampai macamtu sekali ? Aku taktau pun. Okay lah aku nak jaga makan mula harini. Aku takut lah da.”
Saya ralat.
Sy ralat sebab sy lambat bagi kesedaran pada arwah. Sy ralat sbb nurse & dr di KK tak tekan kan pada patient apa bahaya nya. Bahaya yang boleh bawa maut pada ibu & anak. Arwah innocently taktahu risiko nya.
UPDATE TERKINI:
Mohon semua sedekahkan al-fatihah buat bidadari syurga kami yang syahid melahirkan Sata Dewi Ningsi & doakan semoga baby arwah baby Safwan yang masih di ICU kembali sedar, baik sihat spt sediakala & dipanjangkan usianya. Amin 🤲🏻
Updated :
Baby Safwan dah meninggal 14 hari selepas arwah ummi dia bertarung nyawa lahirkan dia. Kuat semangat baby Safwan nak berusaha hidup, tp Allah lebih sayangkan dia.
Al-Fatihah buat bidadari & wildan syurga kami ❤️
Sata Dewi Ningsi Binti Mohd Fatah
Ryaz Safwan Bin Irawan Rizwan
Sumber: Faridah Mohd Fatah