Menyambut hari kelahiran anak yang sudah kembali ke rahmatullah seakan menjadi satu trend buat mak ayah yang menyambutnya di tanah perkuburan. Hal ini sudah semestinya mendapat perhatian dari para ulamak.
Adakah hal ini tidak menyentuh mana-mana sensitiviti dan dibolehkan? Berikut merupakan penjelasan dari Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai masalah yang semakin menular ini.
Telah sampai kepada kami satu soalan berkenaan ibu bapa yang telah membawa kek ke kubur anaknya yang sudah meninggal dunia, di samping menyanyikan lagu “Happy birthday.”
Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
Untuk menjawab masalah ini dengan lebih terperinci, kami noktahkan kepada beberapa noktah. Kematian merupakan hal yang pasti berlaku kepada setiap manusia yang bernyawa.
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”-(Surah Ali ‘Imran: 185)
Dan kita sudah tentu akan kembali kepadanya kerana kita adalah milik-Nya.
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”- (Surah al-Baqarah: 156)
Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka kewajipan kepada yang hidup adalah untuk memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan, bahkan ia menjadi fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup untuk melakukannya.
Manakala bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita, ketika itu mereka berada dalam hukum alam barzakhiyyah yang berbeza dengan alam dunia ini.
Justeru, cara untuk kita berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur, telah diajar oleh Rasulullah SAW. Di antara adabnya ialah, mengucapkan salam kepada mereka; penghuni kubur dengan lafaz:
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.”
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.”
-Mendoakan si mati seperti mana nas doa dan salam di atas. -Sebahagian ulama mengharuskan untuk bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti yang disebutkan dalam sebahagian riwayat.
Ads
Justeru, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.
Berdasarkan nas di atas, kubur merupakan tempat yang luar biasa. Oleh itu, Islam menggalakkan umat islam untuk menziarahi kubur dengan tujuan untuk mengingati mati.
Kesimpulannya, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.
Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan langkah tegas dengan menyenaraikan 12 kategori makanan dan minuman yang tidak lagi dibenarkan dijual di sekolah. Langkah ini berkuat kuasa mulai 23 September, hasil kerjasama bersama Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan.
Tujuan utama? Tidak lain tidak bukan untuk memastikan anak-anak kita, terutamanya murid sekolah rendah, dibiasakan dengan tabiat pemakanan yang lebih sihat seawal usia.
Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Apa yang Diharamkan?
Antara makanan dan minuman yang kini berada dalam senarai hitam ialah:
Makanan terproses seperti kentang goreng, burger, sosej, nugget, bebola ikan dan daging.
Makanan ringan seperti kerepek, keropok udang, dan pelbagai jenis snek bergoreng.
Gula-gula & coklat yang tinggi kandungan gula.
Makanan berkrim atau bergula, termasuk aiskrim dan produk manisan.
Mi segera serta produk seumpamanya.
Minuman berperisa seperti sirap, minuman tenaga, isotonic, minuman berkarbonat dan minuman berherba.
Produk tamat tempoh atau menyerupai mainan juga dilarang sama sekali.
Teh & kopi hanya boleh dijual untuk guru, bukan murid.
Kenapa Penting Untuk Anak Kita?
Ibu bapa sering risau bila melihat anak pulang dari sekolah dengan makanan ringan di tangan, atau mengadu sakit perut kerana terlalu banyak makan makanan berminyak. Malah, ada juga murid yang sukar fokus belajar kerana terlalu banyak mengambil gula yang memberi tenaga segera tetapi cepat hilang.
Kajian menunjukkan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan tumbesaran, perkembangan otak, dan tahap tumpuan pelajar. Bagi anak-anak sekolah rendah yang sedang membesar, badan mereka perlukan nutrisi yang betul untuk kekal cergas, aktif, dan pintar di dalam kelas.
Peranan Ibu Bapa & Guru
Langkah KPM ini bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata, tetapi juga perlukan sokongan daripada ibu bapa di rumah.
Sediakan bekal sihat seperti nasi dengan lauk ringkas, buah potong, atau roti gandum.
Kurangkan pemberian jajan di rumah agar anak-anak tidak terbiasa dengan makanan tinggi garam, gula, dan lemak.
Galakkan air kosong sebagai pilihan utama berbanding minuman manis.
Guru pula boleh membantu dengan mendidik murid tentang pilihan makanan yang baik, sambil memberi contoh melalui kantin sekolah yang menyediakan menu lebih seimbang.
Demi Masa Depan Anak-Anak Kita
Sebagai ibu bapa, kita pasti mahu melihat anak-anak membesar dengan sihat, cerdas dan ceria. Apa yang mereka makan hari ini akan membentuk kesihatan mereka pada masa depan.
Langkah ini mungkin dirasakan ketat oleh sesetengah pihak, namun hakikatnya ia adalah pelaburan besar untuk memastikan anak-anak kita dijauhkan daripada risiko obesiti, kencing manis, atau masalah kesihatan sejak kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau korang ingat Enot, pelawak yang pernah meletup dengan gaya comel dan lawaknya yang spontan tu, mesti terbayang figura dia yang berisi tapi penuh keyakinan. Tapi sekarang… wow! Enot yang dulu 105kg, sekarang dah tinggal 70kg je.
Bukan calang-calang turun berat ni—tanpa potong usus, tanpa jalan pintas. Semua sebab dia nekad nak ubah hidup.
Setahun Tak Sentuh Gula Dan Karbo, Bukan Biasa-Biasa
Bila ramai sangka Enot buat pembedahan atau ambil shortcut, dia terus betulkan persepsi. Tak ada potong usus, tak ada produk magik. Enot cuma buat satu benda yang orang selalu takut nak buat—disiplin. Dia buang terus gula dan karbo dari hidup dia. Takde lagi air manis, takde lagi nasi lemak tengah malam. Yang tinggal? Tekad.
Melalui perkongsiannya juga Enot memberitahu yang dia perlu melakukannya dengan cara sihat dan bukan melalui pembedahan kerana dirinya pernah menghidap kanser.
Sebab itulah pembedahan potong usus bukan pilihan yang terbaik untuknya dan dia harus disiplin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
Dulu Jalan 5 Minit Pun Dah Mengah, Sekarang Dah Boleh Bergaya
Dia sendiri mengaku dulu nak jalan sikit pun rasa macam nak pitam. Tapi bila badan makin ringan, hidup pun rasa makin lapang. Enot boleh pakai baju cantik-cantik balik, dah tak malu nak ambil gambar, dan yang paling penting—dia rasa sihat. Itu yang tak ternilai.
Kurus Bukan Untuk Orang, Tapi Untuk Diri Sendiri
Apa yang buat cerita Enot ni inspiring sangat adalah dia tak buat semua ni sebab nak impress orang lain. Dia buat sebab dia sendiri penat. Penat rasa berat, penat rasa malas, penat rasa semput. Jadi dia bangkit. Dan sekarang, bukan je badan dia yang berubah, tapi mindset dia pun totally upgrade.
Nak Ubah Hidup? Jangan Tunggu Sampai Sakit
Enot share satu benda yang padu—kalau nak mula, jangan tunggu sampai doktor kata “kita ada masalah”. Buat sebab sayang diri sendiri. Buat sebab nak hidup lama dan happy. Enot dah buktikan, dari 105kg ke 70kg, semua boleh jadi kalau ada kemahuan. Tak kisah siapa kita, umur berapa, kerja apa—semuanya bermula dengan satu keputusan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruam Lampin: Punca, Pencegahan dan Cara Mengatasinya Dengan Selamat
Ruam lampin atau diaper rash merupakan masalah kulit yang kerap berlaku dalam kalangan bayi, terutamanya yang berumur bawah dua tahun. Ia berpunca daripada keradangan pada kulit di kawasan yang tertutup lampin, dan sekiranya tidak dirawat dengan betul, boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius kepada bayi.
Apakah Punca Ruam Lampin?
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab utama ruam lampin, antaranya:
Pendedahan kepada kelembapan secara berterusan – kulit bayi yang bersentuhan lama dengan air kencing atau najis akan menjadi lembap dan mudah teriritasi.
Geseran antara lampin dan kulit bayi – ini boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan, terutamanya jika kulit bayi sangat sensitif.
Reaksi terhadap produk tertentu – sesetengah bayi mungkin mengalami alahan terhadap bahan kimia dalam lampin pakai buang, tisu basah, sabun, atau pencuci pakaian.
Jangkitan bakteria atau kulat – jika ruam tidak dirawat dengan baik, kawasan lembap itu boleh dijangkiti, menyebabkan ruam menjadi lebih serius.
Cirit-birit yang kerap – keadaan ini mempercepatkan kerengsaan kulit dan meningkatkan risiko ruam.
Tanda-Tanda Ruam Lampin
Kulit kemerahan, terutamanya di kawasan punggung, celah peha dan alat sulit
Kawasan kulit kelihatan melecet atau menggelupas
Bayi menunjukkan tanda tidak selesa ketika dibersihkan atau ditukar lampin
Kadangkala terdapat biji-biji kecil atau ruam yang meluas
Cara Merawat dan Mencegah Ruam Lampin
Untuk merawat ruam lampin dengan selamat dan berkesan, ibu bapa boleh mengamalkan beberapa langkah berikut:
1. Menukar lampin dengan lebih kerap Elakkan kulit bayi daripada terdedah terlalu lama kepada air kencing atau najis. Tukar lampin setiap 2-3 jam, atau sejurus selepas bayi membuang air besar.
2. Membersihkan kawasan lampin dengan lembut Gunakan air suam dan kapas atau kain bersih. Elakkan tisu basah yang mengandungi alkohol atau pewangi yang boleh merengsakan kulit.
3. Biarkan kawasan lampin ‘bernafas’ Selepas membersihkan, pastikan kulit bayi benar-benar kering sebelum memakai lampin baharu. Boleh juga biarkan bayi tanpa lampin selama beberapa minit setiap hari.
4. Sapukan krim pelindung Gunakan krim berasaskan zink oksida sebagai lapisan perlindungan antara kulit bayi dan kelembapan. Pastikan sapuan tidak terlalu tebal.
5. Elakkan penggunaan produk yang boleh mengiritasi kulit Gunakan sabun bayi yang lembut dan pencuci pakaian yang bebas pewangi serta bahan kimia keras.
6. Kenal pasti dan tukar jenis lampin jika perlu Sekiranya ruam berlaku berulang kali, cuba tukar jenama atau jenis lampin yang digunakan.
Ruam lampin bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun penjagaan yang tidak rapi boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa peka dengan kebersihan dan keselesaan bayi, serta mengamalkan rutin penjagaan kulit yang sesuai. Tindakan awal dan penjagaan berterusan dapat memastikan kulit bayi kekal sihat dan bebas daripada ruam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.