Mungkin ramai yang menggunakan baby walker untuk meletakkan bayi sebentar. Malah ada yang menjadikannya pengganti kehadiran ibu bapa untuk menenangkan bayi hingga terbiasa sebagai rutin bagi bayi menggunakan walker. Awas, lambat laun boleh mengundang menyebabkan bahaya!
Perkongsian daripada Uswatun Hasanah, Baby Language ini boleh dijadikan panduan bagi mama papa. Didik dan membesarkan si kecil perlukan ransangan dan penggunaan walker untuk melatih si kecil berjalan adalah sama sekali tidak sesuai. Berikut ialah perkongsian Uswatun;
Kita ‘straight forward’ saja. ‘Baby walker’ tiada manfaat langsung dalam membantu bayi berjalan. Malah boleh MAKIN MELAMBATKAN perkembangan anak berjalan. Jika anda tak puas hari dengan kenyataan ini, saya tiada masalah. Fakta bukan milik saya. Saya sampaikan sahaja.
‘Pengalaman peribadi semata-mata’ bukan hujah ilmiah terpakai di page Baby Language ini, sejak dahulu.
FAKTA #1 OTOT + AKAL = PANDAI JALAN
Baby walker hanya menguatkan otot kaki bawah tetapi tidak menguatkan otot kaki atas, pinggul dan torso (bahagian atas badan).
Untuk menguasai kemahiran berjalan, otot KESELURUHAN BADAN wajib berkerja secara bersama (terkoordinasi), (Dr Green Alan, MD).
Untuk boleh berjalan, bukan hanya perlu otot, tetapi akal yang memahami proses berjalan. Berikut adalah CONTOH siri perkembangan otak yang berlaku bagi MENYEDIAKAN anak untuk berjalan:
a) Seawal usia 8 minggu (2 bulan): Dunia Corak Anak nampak, sedar dan rasa kehadiran corak, bentuk dan tekstur di sekeliling DAN DI DALAM BADANNYA. Contohnya lekuk hidung manusia, ruas antara 5 jari dan sendi antara lengan dan kakinya.
b) Seawal usia 12 minggu (3 bulan): Dunia Peralihan Lancar Pergerakan anak kini lebih lancar dan tak lagi bagai ‘puppet’ (patung) seperti sebelum ini. Anak mampu menoleh dengan elok, mula cuba hisap jari dan menginjak-injak kakinya ketika cuba di berdirikan.
Ads
c) Seawal usia 24 minggu (6 bulan): Dunia Hubungan Anak faham konsep ruang (dalam, luar, di antara), posisi (atas, bawah, depan, belakang), jarak (tinggi, rendah), kedalaman (cetek, dalam) dan keseimbangan. Juga, anak faham konsep jarak antara 2 objek (dekat, jauh).
Semua ini memerlukan anak menggunakan kedua belah otak kiri dan kanannya. Hasilnya? Anak belajar konsep penyelesaian masalah misalnya ‘Bagaimana saya mahu masuk ke bawah meja ini? “Pengetahuan ini membolehkan ramai bayi mula merangkak di usia ini.
d) Seawal usia 46 minggu (11 bulan): Dunia Turutan Anak sedar setiap kejadian ada proses/ langkah demi langkahnya. Seperti, membuka pintu itu di mulakan dengan memasukkan kunci –memusing kunci- memulas tombol. Anak juga faham asas struktur binaan seperti kereta mainan Lego itu terdiri daripada beberapa blok segiempat tepat, segiempat sama dan roda bulat.
Ia bermaksud, anak telah pandai berfikir idea untuk menjayakan sesuatu hal. Pernah anda lihat video bayi menjatuhkan bantal demi bantal untuk membina ‘laluan’ dia merangkak turun dari katil dengan selamat? Pengetahuan ini membolehkan anak memaut di kerusi, dinding dan kaki ibu dalam proses bergerak dari titik A ke titik B.
FAKTA #2: NAMPAK KAKI + KENAL KAKI + RASA KAKI = PANDAI JALAN
Baby walker menghalang anak dari dapat melihat kakinya setiap kali dia ‘menapak’. Pentingkah kena nampak kaki untuk berjalan ni? Untuk kita orang dewasa yang dah mahir berjalan, ia tak begitu penting.
Tapi, paling penting buat bayi yang baru nak kenal berjalan. Sama kesnya dengan orang dewasa yang terpaksa melalui terapi untuk belajar berjalan semula selepas kemalangan misalnya. Cuba anda tanya mereka, susah atau senang jika harus belajar tanpa nampak kaki?.
Ads
Dalam bahasa Inggeris, anak yang sedang/baru belajar/baru boleh berjalan di panggil ‘toddler’. Anda tahu sejarah perkataan ini? . ‘Toddler’ di ambil dari perkataan Scottish iaitu ‘toddle’.
Maksud awal penggunaan perkataan ini bermaksud ‘to play’ (untuk bermain). Maka,seorang ‘toddler’ selayaknya ber ‘toddle’ (bermain-main) ketika berjalan. Iaitu pada peringkat awal: mereka kangkangkan kaki, teragak-agak untuk menapak, terumbang-ambing dan ambil masa untuk menyusun langkah. Mungkin cuba beberapa kali berjalan, kemudian ‘dah malas’.
Kira-kira 6 bulan selepas kejayaan langkah pertama, rentak jalan anak kini telah lebih stabil. Kedua tangannya lebih banyak berada di sisi berbanding mendepa ke sisi luar badan seperti awal-awal dulu. Dalam beberapa bulan anak berlatih berjalan ini, ya, mereka akan mengalami episod terjatuh.
Ia sebahagian dari proses yang tak dapat di elak dan lebih penting TAK PATUT dihalang sepenuhnya dari berlaku. Jatuh dan bangun akan beri peluang anak mengagak dan ‘merasa’ titik silap mereka untuk di perbaiki pada cubaan mendatang .Ibubapa cuma pastikan tiada alatan bahaya dan tajam di sekitar laluan anak.
Ads
Seterusnya, kita bakal melihat anak yakin berjalan hingga boleh berhenti tunduk mengambil objek di pertengahan jalan atau boleh berjalan sambil membawa barang. INILAH PROSES SIHAT LAGI SEMULAJADI untuk mahir berjalan (Mary L Gavin, MD)
BAGAIMANA SEORANG ANAK YANG BANYAK MENGHABISKAN MASA DI DALAM WALKER BOLEH MENDAPAT PELUANG MENJALANI KEDUA-DUA PERKARA YANG SAYA SEBUT DI FAKTA #1 DAN #2?
Mungkin ada yang berkata, “Saya cuma letak anak dalam walker sekejap-sekejap dan sekali-sekala je ” . Faktanya, malang tak berbau dan BAHAYA walker itu terletak pada 2 hal ini:
1. Ia meningkatkan mobiliti (kebebasan bergerak) dan kelajuan anak selaju 4 kaki/1 saat. 2. Anak berada di aras kedudukan lebih tinggi dari ketinggian asalnya maka mudah untuknya mencapai objek bahaya.
Kedua inilah punca begitu banyak kes tulang patah, tengkorak retak, konkusi, melecur dan lemas di rekodkan. Tak hairan, Canada mengharamkan baby walker sejak 15 tahun lepas manakala banyak negara lain di Eropah memasuki fasa akhir penggubalan akta pengharaman alat ini.
Malaysia? Ibu bijak tak perlu tunggu akta. Gunalah ilmu untuk membuat pilihan.
Kesan kekuningan pada pengisar disebabkan banyak mengisar herba seperti kunyit dan sebagainya membuatkan pengisar menjadi kekuningan. Bagaimana cara tepat membersihkannya?
Perkongsian petua dari saudara Norhasbul Md Nor ini mak-mak kena cuba. Hasilnya mesin pengisar kembali jadi putih bersih tanpa sebarang kesan kekuningan lagi.
*Tak perlu lagi beli mesin pengisar yang baharu kan? Pengisar yang lama dan nampak seperti baru beli!
Bahan-bahan:
Beras satu genggam
Limau nipis – 2 biji
Sedikit garam
Air sedikit
1.Campurkan kesemua bahan ini di dalam pengisar/blender.
2.Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga hancur.
3.Menariknya, selepas kisaran pertama dah boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas mesin pengisar tersebut.
Selain dari petua menggunakan bahan-bahan di atas, ada juga cara lain bagi menghilangkan kesan kuning dan bau dalam pengisar dengan menggunakan garam, sabun pencuci pinggan seperti Sunlight dan cuka.
Anak kita puasa dari Subuh 6 pagi hingga Maghrib 7 malam. Tidur dari jam 9 malam sampai 5 pagi. Ada 3 – 4 jam je sehari untuk anak kita makan bila berpuasa. Jadi, penting kita pilih makanan yang baik-baik je untuk masuk ke tubuh anak.
Makanan ni, bukan je untuk beri tenaga pada anak. Tapi untuk anak sihat dan boleh belajar puasa penuh, boleh jugak beri kesan pada hati untuk anak belajar ibadah.
Jom kita tengok apa 5 makan minum anak kita kena jaga masa Ramadhan:
1. Hidrasi badan kena cukup
– Pastikan anak kita banyak ambil air putih untuk kekal hidrasi.
– Hidrasi yang cukup, penting untuk sistem badan anak bekerja dengan baik.
2. Elakkan terus junk food, makanan tinggi proses
– Makanan tanpa zat, sangat tak sesuai untuk anak.
– Makanan tinggi proses, tinggi kandungan garam, akan buat anak cepat dahaga bila berpuasa.
3. Karbohidrat kompleks, protein dan lemak baik
– Ini semua sumber tenaga berpanjangan buat anak.
– Contoh; nasi, keledek, ayam, telur, minyak sapi, minyak kelapa.
4. Elakkan makan minum tinggi gula
– Cereal tinggi proses tak sesuai untuk sahur, air coklat 3 in 1 pasaran pun tak sesuai jadi air tenaga.
– Hadkan air manis kita buat sendiri waktu berbuka.
5. Probiotik dan fiber kena cukup
– Risiko sembelit sangat tinggi kalau air tak cukup, makanan probiotik dan fiber tak ambil.
– Contoh probiotik; yogurt, madu, teh kombucha
– Contoh fiber; semua sayur dan buah tak boleh lupa hidang waktu berbuka tau.
Kita cuba sama-sama ya korang. Moga tabiat pemakanan macam ni, kita dapat buat sebulan Ramadhan, dan kemudian kita teruskan lagi untuk 11 bulan yang lain.
Moga dilapangkan rezeki kita semua, untuk sediakan makanan yang baik-baik buat tubuh dan hati anak-anak.
Jangan dilihat pada kekurangan, tapi fokuslah pada kelebihan yang ada pada isteri. Allah sudah kurniakan kita pasangan yang baik, bersyukurlah, tidak ada wanita yang sempurna. Setiap manusia ada lebih ada kurangnya.
Kalau ingin semuanya sempurna, itu bukan manusia lagi, itu Malaikat namanya!
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini cukup kena dengan persoalan yang sering merisaukan golongan wanita selepas bergelar isteri dan ibu.
Kesetiaan dan kasih sayang bukan pada paras rupa tapi pada ikhlasnya hubungan itu untuk sama-sama bahagia hingga akhir hayat.
Suami yang telah bergelar ayah lagilah perlu memahami, isteri yang melahirkan anak kebiasaannya akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.
Isteri makan banyak sebab dia bimbangkan anak dalam kandungan semasa hamil, dan selepas bersalin, isteri perlukan makanan yang banyak untuk menyusukan anak pula.
Berterima kasihlah sebab dia telah mengandungkan anak kita selama 9 bulan lebih, itu juga akan membuatkan perutnya mula melebar, hingga mudah buncit selepas selamat melahirkan.
Begitu juga, bila anak sudah membesar, bila anak-anak tidak habis makanan, isteri kita jugalah ‘mangsa’ menghabiskan makanan anak-anak kerana tidak mahu menjadi sahabat Syaitan yang suka membazir.
Teman nyatakan beberapa manfaat Isteri yang kelihatan gemuk:
1. Isteri yang gemuk merupakan petanda yang dia seorang yang bahagia.
2. Isteri yang gemuk menjadikan suami lebih aman sebab selamat duit poket suami daripada kos-kos kecantikan diri. Wanita yang takut gemuk pasti memerlukan kos kecantikan diri yang tinggi.
3. Suami tidak perlu pening kerenah isteri yang terlalu memilih makanan. Wanita yang takut gemuk terlalu takut memilih makanan hingga menyebabkan suami menjadi stress.
4. Isteri yang gemuk tidak terlalu obses dengan penampilan dirinya sebab dia hanya perlu tampil hebat untuk suaminya sahaja. Jadi suami tidak perlu takut dengan pandangan lelaki luar terhadap isterinya.
5. Isteri yang gemuk akan memberikan pelukan yang lebih hangat kepada suaminya. Bersyukurlah kerana kehangatan cinta semakin bertambah.
6. Isteri yang gemuk selalunya seorang yang lucu dan mudah dibawa bergurau kerana banyak tempat yang boleh dicubit manja oleh suaminya.
Apapun, bukanlah bermaksud isteri yang kurus itu tidak romantik. Isteri yang kurus juga banyak kelebihannya.
Bagi isteri yang sudah berisi, jagalah kesihatan dan penampilan diri juga. Buatlah kerana untuk kebahagiaan suami, sebab mata lelaki Allah jadikan suka melihat kepada wanita yang cantik, berusahalah untuk jadi cantik pada pandangan mata suami, ianya akan beroleh pahala buat isteri. Kesihatan amat penting untuk terus bahagia! Tak terkecuali juga untuk suami ya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.