Bahayakah kalau anak tertelan ubat gigi? Bilakah sepatutnya ubat gigi harus digunakan si manja? Ini kata doktor gigi.
Banyak persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa. Malah menimbulkan kekeliruan apabila
Berikut ialah perkongsian Dr Iqbal Rosali mengenai penggunaan ubat gigi untuk anak.
Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
MEMILIH UBAT GIGI UNTUK ANAK KECIL
“Adakah perlu ubat gigi?”
–Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.
-Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush’.
Perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi.
GUNAKAN UBAT GIGI WALAU PUN ANAK MASIH KECIL
American Dental Association (ADA) mencadangkan supaya menggunakan ubat gigi berflourida walaupun anak masih kecil. Untuk pemahaman dan bahasa yang lebih mudah, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.
UBAT GIGI MANA?
“Ubat gigi yang mana perlu digunakan?”
ADA mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida. Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Hat ni, ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa punya.
BAHAYA TAK KALAU TERTELAN?
Ads
“Tidak bahaya ke kalau tertelan ubat gigi?”
Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri. Nasihat secara general ialah hanya gunakan ubat gigi berflourida apabila anak sudah pandai meludah.
Walaubagaimanapun, American Dental Association menggalakkan untuk menggunakan ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi flourida untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.
PEMANTAUAN & KUANTITI AMAT MUSTAHAK
Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak tanpa flourida dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan?
“Macam mana tak nak bagi tertelan?”
Pertama, yang paling penting kena pantau. Please. Pantau.
Kedua, Gunakan kuantiti yang betul. Ini juga penting. Please.
KUANTITI UBAT GIGI UNTUK ANAK
Bagaimana tahu kuantiti yang betul? Sila rujuk gambar rajah diberikan.
Ads
Kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.
Untuk 3-6 tahun, sebesar kacang pis. Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih. Kalau cuma sebanyak itu, tak payah berkumur.
BOLEH TAK KALAU ANAK TAK GUNAKAN UBAT GIGI?
“Boleh tak kalau tak guna ubat gigi?”
Boleh. Tapi pastikan gigi anak dibersihkan ke semua permukaan. Dan seperti yang telah diberitahu awal-awal, lebih baik perkenalkan ubat gigi dan biasakan lebih awal.
UBAT GIGI PEDASLAH MAMA!
“Anak tak suka ubat gigi ‘mint’ sebab rasa pedas.”
Ubat gigi kanak-kanak tak ada mint. Yang ada mint cuma ubat gigi orang dewasa. Janganlah digunakan pada kanak-kanak. Belilah ubat gigi yang sudah dikhaskan untuk kanak-kanak. Ia ada rasa yang lebih ‘kena’ dengan citarasa anak-anak kecil.
“Anak saya guna ubat gigi dewasa.”
Ads
Kandungan flourida dalam ubat gigi dewasa tak sama dengan yang untuk kanak-kanak. Ia wajib dielakkan, lebih-lebih lagi jika anak tidak pandai meludah.
UBAT GIGI ANAK MANIS?
“Berus gigi anak saya bersemut. Adakah kerana ubat gigi manis?”
Ubat gigi kanak-kanak dirumus supaya sesuai dengan citarasa mereka. Mungkin sedikit manis tetapi bukan gula seperti dalam masakan yang digunakan. Itu tanggungjawab ibu bapa lah untuk pastikan berus gigi dibersihkan selepas digunakan.
“Anak saya tak mahu gosok gigi kalau tak ada ubat gigi.”
Ya. Memang digalakkan memberus dengan ubat gigi. Tetapi pastikan ciri-ciri ubat gigi seperti yang diceritakan dari atas dan gunakan kuantiti yang sebetulnya.
“Boleh cadang jenama apa yang sesuai?”
Sebagai seorang professional, adalah melanggar etika mencadangkan jenama tertentu. Secara amnya, semua ubat gigi di pasaran adalah baik. Paling utama, pastikan ubat gigi mengandungi flourida untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan.
MULA UBAT GIGI DEWASA
“Bila sepatutnya tukar ubat gigi kanak-kanak kepada ubat gigi dewasa?”
Apabila gigi kekal pertama tumbuh iaitu sekitar umur 6 tahun. Keperluan gigi kekal adalah berbeza dengan gigi susu. Oleh itu lebih flourida diperlukan. Dan pastikan cuma gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja.
Anak yang bijak dan cerdas menjadi idaman setiap ibu bapa. Tahukah anda bahawa bayi dilahirkan dengan lebih daripada 100 bilion sel-sel otak? Semasa dilahirkan, sesetengah sel tersebut telah bercantum dengan sel-sel lain bagi mengawal degupan jantung dan pernafasan, tindakan refleks dan fungsi-fungsi badan yang lain.
SEL OTAK
Anehnya, kebanyakan sel-sel otak hanya bercantum selepas anak anda dilahirkan. Sel-sel otak hanya membentuk perhubungan dengan kebanyakan bahagian di dalam otak pada bulan-bulan dan tahun-tahun pertama di dalam kehidupan. Pembesaran dua pertiga daripada otak ini berlaku dalam tempoh 0 hingga 8 tahun pertama kehidupan. Fokus pada menstimulasikan otak pada tempoh ini adalah sangat kritikal. Percantuman sel-sel ini adalah komponen-komponen kompleks yang membentuk pemikiran, perasaan dan tabiatnya.
Pada masa dahulu, sesetengah para saintis menyatakan yang perkembangan otak ditentukan secara genetik. Perkembangan otak terjadi mengikut haluan biologi yang telah ditentukan lebih awal lagi. Pengalaman awal boleh mempengaruhi perkembangan otak dan merangsang cara-cara tertentu di mana komponen-komponen ini disambungkan. Otak si manja sentiasa bekerja. Dunia di sekelilingnya mempengaruhi pembentukan perkembangan otaknya melalui pengalaman yang dirasai oleh deria- melihat, mendengar, menghidu, menyentuh dan merasa.
STIMULASI
Paling baik, rangsangan otak dilakukan sejak daripada alam rahim lagi dan diteruskan selepas kelahiran.
Usia 0 hingga 6 tahun adalah waktu kritikal di mana sebarang stimulasi yang dilakukan pada otak dalam masa ini akan menggalakkan percantuman antara sel-sel yang bermula dari bawah ke atas. Jika rangsangan tidak dilakukan, sel-sel ini akan mati.
Jika perkembangan tersebut tidak disusuli dengan rangsangan yang betul, maka bersedialah membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar anak anda ke pusat-pusat terapi atau tuisyen dalam membantu memulihkan perkembangan tersebut. Justeru, apa sahaja yang dilakukan pada peringkat umur ini akan memberikan impak kepada perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.
PANDUAN RANGSANGAN OTAK ANAK
Komunikasi
Kerapkan berkomunikasi dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala. Misalnya berbual, bercakap dengannya mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling. Komunikasi tidak formal ini akan memberikan impak positif dari segi perkembangan bahasa dan pembinaan perbendaharaan kata (vocabulary). Minta pendapatnya dalam pelbagai situasi untuk membina pemikiran kritis dan lontaran idea spontan. Jangan abaikan suara kecil ini kerana kelak segala memori yang diperolehinya akan disimpan di lexical database pada otak. Info-info ini akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti. Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil menambah tatabahasa dan perkataan baru.
Sebab-akibat
Sentiasa menghuraikan tentang sebab-akibat kepada si manja. Hal ini akan memberikan info-info baru kepada si manja. Info tersimpan di lexical database akan dipanggil semula tanpa sedar dan membantu pembinaan skema pengetahuan yang tersimpan.
Sebagai contoh, si manja belajar tentang ‘awan’. Skema yang membentuk ‘awan’ antaranya adalah (i) titisan air, (ii) pelbagai bentuk seperti awan cirrus, awan cirrostratus, awan cumulus, (iii) warna awan dan pelbagai lagi. Dalam tidak sedar, si manja anda membina ilmu pengetahuan mereka.
Minda bawah sedar
Jangan main-main dengan minda bawah sedar. Waktu sebelum tidur adalah waktu yang kritikal yang mampu memberikan kesan kepada pembangunan minda bawah sedar. Untuk membantunya berkembang sihat, elakkan si manja daripada melihat imej negatif seperti filem kejam, seram, mendedahkannya kepada situasi negatif seperti memarahinya atau keadaan yang tertekan.
Setiap kali terdedah kepada perkara negatif, sejenis bahan kimia yang berkait rapat dengan stres akan di rembes dan kekal di dalam badan. Hal ini kerana khuatir akan menjejaskan pembinaan otak, karakter dan pemikiran si manja.
Rangsangan deria
Rangsangan deria atau sensori penting dalam merangsang minda si kecil. Bawa si manja ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh menerokai bermacam-macam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna.
Misalnya ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, padang dan sebagainya. Benarkan anak anda untuk menyentuh dan merasa setiap tekstur tersebut dengan jari mereka. Setiap benda yang di sentuh oleh jari si manja secara tidak langsung sebenarnya juga merangsang otak mereka. Begitu jugalah pentingnya peringkat merangkak. Anak-anak yang tidak melalui peringkat ini berkemungkinan besar akan ada masalah yang berkaitan dengan sensori.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak ayah bagi anak main dulu sebelum usia 7 tahun, bukan paksa belajar, rugi terlepas fasa ini. Dalam dunia yang semakin kompetitif, ramai ibu bapa merasakan bahawa anak-anak perlu memulakan pembelajaran formal seawal mungkin untuk memastikan mereka berjaya di masa depan.
Mak Ayah Bagi Anak Main Dulu Sebelum Usia 7 Tahun, Bukan Paksa Belajar, Rugi Terlepas Fasa Ini
Fenomena ini membawa kepada kebimbangan yang semakin meningkat apabila kanak-kanak seawal usia 3 atau 4 tahun sudah dihantar ke kelas tambahan, tadika yang fokus kepada akademik, dan program-program pengayaan. Namun, pendekatan ini sebenarnya boleh merugikan anak-anak dalam jangka masa panjang jika aspek perkembangan yang lebih penting seperti bermain diabaikan sebelum usia 7 tahun.
Fasa bermain ini bukan sahaja penting dari segi keseronokan semata-mata, tetapi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif, sosial, dan emosi kanak-kanak. Oleh sebab itu ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak belajar terlalu awal dan mengapa bermain sebelum usia 7 tahun adalah fasa yang tidak boleh dilepaskan.
Namun sebagai ibu bapa, kita perlu faham fasa perkembangan anak kecil adalah BERMAIN. Memang betul akademik penting tapi mestilah seimbang dengan sosial anak agar mereka lebih tahu erti kehidupan.
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca. Usia 4 tahun dah kena kenal huruf dan nombor. Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting! Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi dan fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar
Sebab itu lah masa anak 1 hingga 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain dan bergerak aktif. Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia dan menyihatkan badan dia.
Serius! Tak ada istilah lambat belajar akademik. Jika otak cerdas, emosi stabil dan fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Dalam proses pembelajaran bahasa, kosa kata (vocabulary) merupakan elemen yang sangat penting. Kosa kata bermaksud, perkataan bermakna yang difahami dan dihasilkan oleh kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kosa kata yang kanak-kanak perlu pelajari, contohnya seperti
Kata nama (orang, objek, tempat)
Kata kerja (perbuatan)
Konsep (saiz, warna, sifat)
Preposisi (kedudukan)
Menurut Terapis Pertuturan, Aishah Kassim kosa kata ini adalah perkataan asas bagi kanak-kanak untuk berkomunikasi secara berkesan. Ia juga merupakan asas kepada pembentukan ayat untuk kanak-kanak berbual dan bercerita. Kanak-kanak akan mempelajari perkataan secara berperingkat, sedikit demi sedikit setiap hari. Bilangan perkataan yang mereka pelajari adalah bergantung kepada jumlah rangsangan yang diterima oleh mereka.
Apabila anda mengajar perkataan pada kanak-kanak, ada beberapa perkara dan steps yang anda boleh ikuti:
1: PILIH PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK DIAJAR
Apabila anda mengajarkan perkataan kepada kanak-kanak, adalah lebih berkesan jika anda fokus kepada perkataan-perkataan penting dan akan digunakan oleh kanak-kanak untuk waktu semasa.
Contohnya, untuk kanak-kanak berusia 2 tahun, apakah perkataan yang akan digunakan oleh mereka. Sudah semestinya lah objek-objek yang mereka akan guna, makanan yang mereka suka, pakaian mereka, mainan mereka, orang-orang yang rapat dengan mereka, perbuatan yang merka lakukan setiap hari. Jadi itulah perkataan yang patut diajarkan pada mereka. Jadi mereka boleh menggunakan perkataan tersebut untuk perbualan harian mereka.
Sebagai contoh, anda ingin anak anda untuk meminta makanan yang dia mahu, jadi anda boleh mengambil nama makanan yang disukainya (cth: roti, nasi, ayam, susu etc) dan dijadikan perkataan target anda. Perkataan inilah yang akan anda ulang sebanyak mungkin untuk kanak-kanak faham dan ingat.
2: BANTU ANAK ANDA UNTUK FAHAM DULU
Sebelum anda ingin anak anda untuk menyebut perkataan/bercakap, pertama sekali anda mesti pastikan anak anda faham terlebih dahulu perkataan tersebut. Bagaimana caranya?.. Mudah sahaja, anda boleh meminta anak anda untuk menunjuk/mengambil objek yang anda sebutkan. Berikut adalah beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan anak anda untuk faham:
Tunjukkan objek dan sebut nama objek bila-bila sahaja.. contoh ada kucing lalu di jalan. Tunjukkan kucing pada anak dan sebutkan “tengok tu kucing, ada kucing, kucing”. Atau di rumah ada buku atas meja, tunjukkan pada buku dan sebutkan “tu buku, ada buku”. Ulang perkataan tersebut untuk memudahkan anak ingat dan faham.
Letakkan 2/lebih objek di depan kanak-kanak dan tanyakan “mana ____ ?”. Puji anak dan beri ganjaran (cth: mainan) jika mereka menunjuk dengan betul. Mulakan dengan bilangan objek yang sedikit dulu, kemudian baru naikkan bilangan objek
Baca buku, atau cetak gambar dari google. Tunjukkan gambar dan anda namakan.
Bila mengajar anak untuk faham, pengulangan mesti banyak kali. Barulah anak akan ingat dan simpan untuk digunakan nanti.
3: AJAR UNTUK SEBUT KOSA KATA
Apabila anak sudah faham (contoh boleh menunjuk kepada objek yang diminta, melakukan aksi yang diminta), sekarang tibalah masanya untuk menyebut pula. Berikut adalah beberapa aktiviti untuk anda menggalakkan anak anda untuk menyebut perkataan:
Untuk permulaan anda boleh meminta anak anda untuk meniru sebutan anda terlebih dahulu. Tunjukkan objek/gambar dan sebutkan pada mereka. Berikan sedikit masa untuk mereka meniru sebutan anda. Jika anak meniru (walaupun bunyi tidak sama dengan anda), berilah pujian atau hadiah seperti mainan atau makanan yang mereka suka.
Bila anak dan banyak meniru sebutan anda, langkah seterusnya adalah untuk anak menyebutnya secara spontan pula. Tunjukkan gambar/objek pada anak dan tunggu sebentar/tanyakan “apa ni?”. Jika anak tidak menjawab, anda perlu beri jawapan dan biarkan anak meniru sebutan anda.
Jika anda ingin anak anda menghasilkan perkataan atau nama objek yang mereka suka dan sangat inginkan, anda boleh meletakkan objek tersebut jauh dari capaian mereka. Minta mereka menyebutnya terlebih dahulu sebelum anda memberikan objek tersebut. Sebagai contoh, perkataan susu. anda boleh memberi bantuan pada anak anda dengan memberi bunyi awal perkataan seperti “su__”.
Ulang proses ini sehingga anak anda dapat menyebut secara spontan. Tapi perlu diingat, jangan terlalu fokus untuk anak anda menyebut sahaja, anda juga perlu meningkatkan bilangan kosa kata mereka untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan baik especially bila nak buat ayat nanti.
Kadang kala, sebagai ibu ayah yang bekerjaya, kita memang perlukan ruang untuk berehat dan lari seketika daripada rutin yang memenatkan. Menguruskan anak-anak, kerja, rumah...