Limau kasturi yang kita beli biasanya cepat lembik dan busuk jika tidak digunakan sebaiknya. Tak perlu membazir dan terus buang, apa kata kita simpan menggunakan satu kaedah mudah.
Perkongsian Pn Sharifah Nor Hj Abdullah yang mengeluarkan airnya untuk dibekukan ini wajar kita cuba. Lagi senang nak guna dan tahan lama. Paling penting tak terbuang dan membazir.
Bila pokok limau kasturi berbuah lebat, saya akan buat macam ni. Potong buah, perah ambil airnya.
Ads
Nak lebih senang isi penapis terus supaya senang nak buang bijinya. Masukkan dalam petak ais kiub.
Simpan dalam frezer, bila sudah beku keluarkan dan masukkan dalam plastik kecil-kecil. Simpan semula dalam frezer.
Menjadi seorang ibu bukan mudah. Dari pagi hingga malam, fikiran penuh dengan tanggungjawab menjaga anak, mengurus rumah dan pelbagai perkara lain. Tapi percayalah, mencintai diri sendiri bukan satu kemewahan ia satu keperluan untuk ibu kekal kuat dan bahagia.
Kalau ibu tidak sayang diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana mahu memberikan kasih sayang terbaik kepada anak dan keluarga? Cinta diri bukan sekadar manjakan diri dengan spa atau membeli-belah, tetapi lebih kepada menerima diri seadanya, menghargai usaha yang telah dilakukan dan memberi ruang untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Kadang-kadang, ibu rasa bersalah untuk meluangkan masa bagi diri sendiri kerana takut dikatakan mengabaikan anak. Ada juga yang terbeban dengan komen dan tekanan dari orang sekeliling. Namun, apabila ibu sudah letih dan stres, ia boleh memberi kesan kepada anak dan keluarga juga. Jadi, cinta diri adalah cara untuk mengembalikan tenaga dan emosi.
Terima Kekurangan Diri Tiada ibu yang sempurna. Maafkan diri apabila melakukan kesilapan atau kekurangan.
Sediakan Masa Untuk Berehat Jangan rasa bersalah untuk mengambil masa berehat walaupun seketika.
Jaga Kesihatan Mental dan Fizikal Luangkan masa untuk aktiviti yang memberikan ketenangan seperti berjalan-jalan, membaca atau berzikir.
Berani Meminta Pertolongan Jangan malu untuk meminta bantuan daripada keluarga atau rakan-rakan.
Mencintai diri bukan bermakna pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keluarga. Ia adalah proses membina kekuatan dari dalam supaya ibu boleh menjadi versi terbaik untuk keluarga tercinta. Apabila ibu sayang diri, ibu juga mengajar anak dan keluarga tentang pentingnya menghargai diri sendiri.
Ibu, ingatlah, mencintai diri sendiri bukan satu dosa atau keegoan. Ia satu cara untuk terus memberi yang terbaik, bukan sahaja kepada orang lain, tetapi juga pada diri sendiri. Mulakan langkah kecil hari ini untuk belajar cinta diri kerana ibu yang bahagia adalah hati keluarga yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi dan juga juara Master Chef Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob berkongsi gambar anaknya sebelum dan selepas kurus di instagram.
Baru berumur 9 tahun tetapi anak keduanya, Fierudz Fazley berjaya menurunkan berat badan masuk hari ke 29 dalam cabaran keto diet.
Menurut perkongsian Fazley lagi, mereka sekeluarga sepakat untuk melakukan keto diet selama 40 hari. Memang nampak perubahan berat badan yang ketara pada mereka sekeluarga.
Gambar kanan Fierudz sebelum dan gambar kiri selepas. Nampak ketara perubahan berat badanya.
“Ramai juga tanya macam mana dengan Piyush (9 years old) dalam 40 days #Ketodiet Challenge ni. Tengoklah, @fierudzfazley saya dah jumpa leher anak saya yang hilang berbulan2 lamanya. Tersorok di bawah dagu dia rupa-rupanyanya 🤣🤣🤣 #Day29”
Bagi yang tertanya-tanya, apa benda keto diet ni? Menurut Healthline.com, diet ketogenik atau diet keto adalah diet yang memerlukan pengamal mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengantikannya dengan pengambilan protein dan lemak. Ini menurunkan kadar gula dalam darah dan insulin, dan mengalihkan metabolisme tubuh daripada karbohidrat ke lemak dan keto.
Manakala anak sulung Fazley pula berjaya kurangkan berat badan sebanyak 9 kilo. Bukan calang-calang terutama untuk kanak-kanak, pastinya memerlukan disiplin yang kuat.
“Ramai yang tanya saya, selain saya dan @azrene_ahmad yang kurus dalam keto 40 days challenge ni, siapa lagi yang kurus? Ni anak sulung saya, Payish @fariedzfazley hilang 6kg dah alhamdulilah! (he is 12 years old) We have 14 days to go! #keto. Well done baby dida! Im so proud of you!! ❤️❤️❤️ Nak tengok tak before dan after saya dan @azrene_ahmad pulak?”
Rata-rata wargaNet terkejut melihat perubahan berat badan anak-anak Fazley. Ramai yang tak sangka mereka mampu menurunkan berat badan diusia mereka. Malah ada yang meminta tip daripada Fazley bagaimana dia boleh melakukan Diet keto untuk keluarganya.
Apa pun syabas buat keluarga Fazley kerana mengutamakan kesihatan dan berusaha mendapatkan BMI yang normal dan sihat.
Kakak kepada pelakon terkenal Anzalna Nasir iaitu Diana Nasir berkongsi moment yang membanggakan apabila anak sulungnya sanggup memberikan kesemua makanan yang ada ketika itu kepada pengawal keselamatan.
Menerusi video yang dikongsi oleh Diana, jelas menunjukkan Anggun Darleesa berlari menghantar makanan miliknya kerana kasihan melihat pengawal keselamatan letih bekerja.
“My sweet Darleesa sharing her food with the security guard.”
“Darleesa said “kesian uncle guard he must be hungry, l wanna share my food with him”.
“Always so thoughtful of others just like mommy! Tiberrr nak juga!”
Menurut laporan Hmetro, ada beberapa cara untuk mengajar anak secara berkongsi:
1. Melalui pendedahan berulang
2. Melalui akibat tindakan/tingkah laku
3. Secara kaitan – Perkongsian tingkah laku di depan anak Peribahasa ‚bapa borek anak rintik‘ paling tepat untuk mengajar anak berkongsi. Ini kanak-kanak cenderung untuk meniru gaya orang dewasa dan tindakan perkongsian yang mungkin akan dicontohi oleh anak anda. Perkongsian tingkah laku bukan hanya ketika bermain atau makan malam, tetapi dalam aspek kehidupan harian.
Ganjaran perkongsian
Selain itu, apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan tingkah laku perkongsian anda dengan orang lain hendaklah diberi ganjaran dengan hasil yang setimpal dari segi sosial masyarakat kita. Sebagai contoh, apabila seseorang berkongsi sesuatu dengan anda, cuba nyatakan kegembiraan anda dan berterima kasih kepadanya. Lakukan perkara yang sama kepada anak anda dengan memujinya apabila mereka berkongsi apa-apa dengan orang lain.
Berkongsi kegembiraan
Ini menunjukkan perkongsian membawa kesan baik kepada seseorang yang pemurah. Ia dapat mengajar anak anda bahawa seseorang yang pemurah bukan saja dapat memberi manfaat kepada penerima malah turut dirasai oleh pemberi. Anda boleh mengukuhkan perasaan belas kasihan dengan mengajar anak anda mengenai kebahagiaan kepada orang lain dengan berkongsi kegembiraan kebahagiaan mereka.
Kesan riak
Anak anda belajar untuk mengingati detik kegembiraan dalam kehidupan mereka pada usia yang muda dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Anda juga boleh mengajar mereka bahawa ketika orang lain bergembira dengan kemurahan hati anda, mereka akan berbuat baik untuk anda, oleh itu lebih cenderung untuk melindungi anda daripada bahaya kerana mereka menghargai anda.
Apabila perkongsian menjadi kerap dan semakin baik, anak anda akan mempunyai perasaan yang menyenangkan apabila perlu berkongsi. Ini mendorong anak anda untuk lebih kerap berkongsi sama ada mainan atau barang lain yang mereka miliki.
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah
Ini satu lagi bidalan yang memberitahu kita betapa pentingnya untuk kita berkongsi. Mengapa kita katakan perkongsian itu tanda prihatin? Ini kerana kita tidak boleh selalu menyembuh, tetapi kita boleh menjadi individu yang prihatin. Oleh itu, mengajar anak anda untuk mengambil berat atau prihatin terhadap orang lain lebih membuatkan dia menjadi seseorang yang amat berharga.
Seperti yang dinyatakan, perkongsian adalah suatu nilai yang dapat memupuk rasa selamat dan tanggapan disayangi. Oleh itu, ia termasuk dalam idea persahabatan. Sekiranya anak anda berkongsi dengan baik, anda tidak perlu bimbang dia tidak mempunyai sahabat.
Buat baik dibalas baik
Sesetengah orang berpendapat bahawa anda mungkin kehilangan sesuatu yang berharga jika berkongsi terlalu banyak. Pendapat itu tidak tepat kerana sekiranya anda berkongsi dengan bijak dan hormat serta memilih sahabat dengan baik. Jika anak anda dihelat oleh orang lain, anda boleh mengajar anak anda supaya belajar dari kesilapan. Anda dapat membantu dengan mengingatkan mereka untuk bijak memilih kawan yang baik.
Seseorang yang pemurah dan suka berkongsi sebenarnya mempunyai sikap positif. Sikap positif ini memberi banyak manfaat kerana ia membawa kesan kepada masyarakat dan mengurangkan perasaan cemburu, persaingan yang tidak sihat atau niat untuk mencuri.
Perkongsian juga membawa keharmonian dan ia adalah asas penting bagi pembangunan konsep keadilan, keprihatinan dan kerjasama dalam interaksi manusia. Jadi, ajarlah anak anda supaya berkongsi untuk masa hadapan yang lebih baik dan penuh harmoni.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.