Dalam usaha kita semua memerangi wabak COVID-19 ini, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Ada yang terpaksa berpisah dengan pasangan dan anak-anak. Begitu juga yang harus bekerja tanpa henti semata-mata demi menjayakan misi untuk memutuskan rantaian virus jahat ini. Ia tidak mudah, tetapi tak mustahil dilakukan jika setiap orang memainkan peranan masing-masing.
Ikuti luahan seorang isteri kepada salah seorang frontliners negara kita yang terpaksa berjauhan. Suaminya kini bertugas di Shah Alam manakala dia dan anak-anak berada di kampung mereka di Pahang.
Min tolong siarkan luahan hati saya ni ya. Saya nak berkongsi dengan harapan, mungkin boleh dapat sikit kekuatan semangat dari pembaca-pembaca yang lain. Terima kasih andainya disiarkan.
Saya perkenalkan diri. Nama saya Ida. Saya nak berkongsi pengalaman bagaimana sekarang saya terpaksa berpisah dengan suami kerana dia terpaksa bertugas sepanjang tempoh PKP ini. Sedih memang sedih, tapi saya faham situasi ini. Inilah pengorbanan yang terpaksa kami sekeluarga lalui.
Anak-anak sudah letih bertanya di mana ayah mereka. Puas saya pujuk, beritahu kenapa ayah mereka tak ada di rumah. Sekarang saya dan anak-anak terkandas di kampung. Asalnya saya mahu jemput anak-anak dari kampung selepas cuti sekolah.
Ads
Bila saya nak balik semula ke rumah saya di Shah Alam, PKP telah dilaksanakan. Jadi, saya tak dapat balik. Masih di kampung bersama anak-anak sedangkan suami berseorangan di sana. Hidupnya pula hanya kerja, bila balik ke rumah hanya untuk berehat.
Kalau nak kata rindu, memang rindu. Anak-anak lagilah rindu Sejak cuti sekolah yang lepas, memang tak ada langsung berjumpa. Hanya panggilan video yang menghubungkan kami. Kadang-kadang anak menangis juga bila dapat bercakap dengan ayahnya, saya pun jadi sebak.
Of course sebagai isteri, saya juga terkesan dengan situasi ni. Sedih juga, stres pun ada sebab berjauhan. Tapi saya kuatkan hati sebab saya fikir, dugaan ini bukan hanya kami sahaja yang melaluinya. Banyak lagi isteri lain yang terpaksa berpisah dengan suami mereka. Anak-anak yang berjauhan dengan ibu ayah di kampung. Semua ini pengorbanan.
Setiap hari, saya tidak melepaskan peluang untuk menonton berita dan sentiasa ambil tahu update terbaru tentang wabak COVID-19 ni. Manalah tahu ada harapan, dapatlah kami pulang ke rumah sendiri. Alhamdulillah, walaupun masih dalam tempoh PKP dapat dilihat usaha keras kerajaan dan KKM untuk memeranginya. Tahniah semua!
Suami saya bukanlah doktor yang bertugas di hospital, dia seorang anggota polis yang terpaksa turun operasi road block untuk memantau pergerakan masyarakat. Menurut suami, masih ada yang keluar tetapi kebanyakan mempunyai sebab untuk melakukannya.
Ads
Tidak dinafikan masih ada segelintir orang yang berdegil, menganggap tempoh PKP ini sebagai gurauan. Tidak diambil serius. Suka-suka hati keluar rumah, melepak. Tak fahamkah mereka virus ini sangat bahaya, tak nampak dek mata kasar? Tahu-tahu sudah berjangkit. Janganlah selfish sangat!
Anda semua mungkin bergembira, berseronok dapat cuti duduk di rumah. Lepas tu keluar rumah tak kira masa walaupun sudah diberitahu banyak kali untuk Stay At Home. Tapi fikirkanlah frontliners kita. Para doktor, jururawat, polis, tentera dan semua yang terpaksa bertugas ketika ini. Posmen dan penghantar makanan juga, terima kasih!
Dalam dugaan ada hikmahnya. Bila dah tempoh PKP ni, memang dapat duduk dengan ana-anak dan habiskan masa bersama mereka. Duduk dengan ibu ayah di kampung pun puas hati. Boleh tengok mereka depan mata. Happy orang tua dapat duduk dengan cucu-cucu. Boleh dibuat kawan bermain, seronok masak macam-macam untuk cucunya. Punyalah manja.
Untuk kami suami isteri yang terpaksa berjauhan, buat kita rasa lebih menghargai. Kalau depan mata kadang-kadang bergaduh mulut juga, bila dah jauh ni barulah sedar betapa pentingnya pasangan kita. Time inilah kita saling berhubung, bertanya khabar dan saling merindui.
Bersyukurlah. Esok dah masuk hari pertama berpuasa. Ambil peluang untuk fokus ibadat. Waktu inilah sesuai nak mengaji, buat solat sunat. Punya banyak masa untuk kita kumpul pahala. Inilah kebaikannya. Bila kita dalam tempoh PKP ni, tak boleh keluar. Satu lagi hikmahnya, kita dapat berjimat. Tak adalah nak membazir berbelanja terutamanya bila nak beraya kan. Kita menyambutnya secara bersederhana, yang penting kita hayati bulan ibadah ini sebaiknya.
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKM dan semua frontliners yang bertungkus-lumus untuk melawan serangan virus COVID-19. Kepada yang senasib dengan saya, semoga kita terus kuat dan tabah melalui saat getir ini bersama-sama. Untuk seluruh rakyat Malaysia, terus #staysafe #stayhome #kitajagakita ya! Terima kasih kerana sudi membaca coretan seorang isteri ini.
Sekiranya anda mahu berkongsi sebarang cerita atau pengakuan, boleh klik KONGSI CERITA.
Kami di NU Ideaktiv menyokong kempen duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini. Teruskan menghargai setiap perkara terbaik dalam hidup anda!
#syukur bersama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kereta Proton Saga ini bukan sekadar kenderaan biasa, tetapi simbol kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak-anaknya.
Walaupun bapa sudah memiliki kereta lain yang lebih moden dan selesa, anak-anak tetap sepakat untuk membaik pulih semula kereta lama yang penuh nostalgia ini sebagai tanda penghargaan atas segala jerih perih dan kasih sayang yang telah dicurahkan.
Kereta ini bukan sekadar besi dan enjin, tetapi menjadi saksi bisu setiap perjalanan hidup mereka dari menghantar anak ke sekolah, membawa mereka ke hospital saat sakit, hingga menjadi pengangkutan utama dalam menempuh pelbagai cabaran hidup. Bagi mereka, Proton Saga ini lebih daripada sekadar sebuah kenderaan, ia adalah lambang cinta seorang bapa yang tidak ternilai.
Menurut Wan Kamarul Wan Salim yang merupakan menantu kepada keluarga berkenaan, kereta itu berada di bengke selama tiga bulan bagi merealisasikan impian menjadikan kereta lama itu dibaikipulih.
Alhamdulillah, Setelah 3 bulan lebih kereta ayahanda di bengkel cat, akhirnya menampakkan rupa.
Katanya lagi, kereta jenama proton saga itu adalah antara kereta awal ayah mertuanya dan menjadi kenderaan untuk membesar anak-anak seramai 10 orang.
“Antara kereta terawal abah kami. Abah dah ada kereta lain yang lagi selesa. Cuma abah sayangkan kereta ini. Ada sentimental value di situ. Jadi sebab itu kami baikpulih.
“Kereta ini menceritakan segala kesusahan beliau dulu membesarkan dan mendidik anak-anak 10 orang sehingga mereka mampu jadi manusia yang berguna. Saya hanya menantu.”
Meninjau di ruangan komen wargamaya turut tersentuh dengan kisah ini, mengatakan bahawa kereta ini mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi kerana menjadi saksi bagaimana seorang ayah bertungkus-lumus membesarkan kesemua 10 orang anaknya dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.
Kini, setelah anak-anak berjaya dalam kehidupan, mereka ingin membalas jasa dengan menghadiahkan kembali kenangan paling berharga dalam bentuk yang mereka tahu pasti akan menyentuh hati bapa tersayang.
Jarang-jarang bercuti dek kerana kesibukan bekerja, Fazura dan Fattah Amin kali ini meluangkan masa sebaiknya bersama puteri tercinta mereka.
Baru sahaja kembali dari Pulau Langkawi, pasangan ini kini terbang ke Bangkok pula bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti.
Menariknya banyak perkongsian video dan gambar percutian keluarga ini yang dikongsikan Fazura di Instagramnya. Begitu juga dengan akaun rasmi mereka, @fattzuralovelife.
Paling menarik kata Fazura, berkunjung ke Bangkok setelah sekian lama membuatkan dirinya terkenangkan momen ketika dia mula mengandungkan Fatima dua tahun lalu.
Kongsi Fazura lagi, percutian itu adalah yang pertama kali buat Fatima. Sebelum ini Fatima pernah sama-sama mengikuti mereka ke Bangkok tetapi ketika itu rupanya masih dalam perut lagi.
Rupanya ketika itu kata Fazura, dia sudah pun hamil tetapi masih tidak menyedari akan kehamilan dirinya.
“Teringat last time we were in Bangkok 2 years ago, Faz dah pregnant with Fatima tapi belum tahu.
“Alhamdulillah.. her first time in Bangkok out of mommy’s tummy today.
“Tak dilupakan yang masih mengharap dan berdoa dikurniakan zuriat. Semoga hari itu tiba tak lama lagi buat kamu, mudah mudahan. Amin,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, beberapa gambar dan video percutian Fazura dan keluarga pastinya mencuri tumpuan ramai.
Sepanjang berada di sana, Fazura turut sama membawa Fatima ke Dream World, khusus untuk menggembirakan Fatima yang ahli keluarga yang lain.
“Fun day out bersama Fatima dan keluarga di Bangkok baru-baru ini.
“Kami pergi ke Dream World pada hari kedua. Memang panas tapi menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memanjakannya dengan barang kegemarannya (termasuk gula-gula lolipop),” tulis Fazura ringkas di kapsyennya.
Biarpun berpanas, namun semuanya digagahkan jua demi buah hati tersayang mereka.
Melalui beberapa perkongsian Fazura di Instagramnya, banyak momen menarik yang dikongsikan Fazura untuk Fatima. Malah sifat keibuan Fazura terserlah dengan menyiapkan kelengkapan awal Fatima.
Beberapa pek makanan dan bekalan snek untuk Fatima turut dikongsikan serta disiapkan lebih awal. Semuanya demi untuk memastikan Fatima cukup makan dan mood yang baik sepanjang percutian.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.