Kalau ibu kreatif bolehlah buat sendiri mainan teddy bear untuk anak hanya guna tuala sahaja. Boleh jimat dan menarik untuk dicuba. Alat mainan adalah sebahagian daripada hidup seorang anak kecil.
Tapi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, mainan bukanlah barang keperluan yang mesti dibeli oleh ibu ayah. Maklum sahaja harganya boleh tahan mahal.
Mainan teddy bear antara yang digemari oleh anak kecil tak kira lelaki atau perempuan. Kadang-kala boleh terkejut melihat harga teddy bear bersaiz kecil boleh mencecah sehingga RM40 satu! Terus tak jadi beli tapi si kecil dah ‘excited’ pula.
Sebagai ibu yang penyayang dan kreatif apa kata cuba buat sendiri menggunakan tuala kecil yang ada di rumah. Ikut langkah demi langkah seperti diajar oleh Puan Yatie Eimra ini.
Kat rumah banyak tuala kecik fydh ni punye la, dapat doorgift kenduri kawen la. Dari tak guna, kita transform jadik teddy. Dah comel camni boleh buat idea doorgift/baby shower jugak.
Nak buat teddy ni tak sampai 3 minit pun & tak perlu jahit kecuali mata/hidung (boleh jugak guna glue gun je). Kalau lepas buat teddy nak guna sebagai tuala muka semula, boleh bukak je balik ikatan getah.
Ads
Gunakan tuala muka (segi 4 tepat)
2. Lipat supaya sisi kiri berada lebih dari garisan tengah. Bentuk tuala selepas dilipat tak semestinya jadi segi 4 sama. Bergantung pada saiz & panjang tuala yang anda gunakan.
Fungsi lipatan ni selain untuk berikan ‘volume’ atau bentuk kepala teddy, ia jugak berfungsi untuk tebalkan kaki teddy supaya boleh berdiri.
3. Gulung bahagian bawah & bahagian atas hingga ke tengah. Perhatikan kedudukan jari saya ketika ini. Pegang bahagian ini dengan tangan kiri.
4. Kemudian pintal tuala ditengah-tengah seperti gambar di atas supaya bahagian kanan dalam keadaan terbalik.
Ads
5. Lipat 2 tuala tadi (bahagian berpintal) untuk buat kaki & tangan teddy.
6. Ikat dengan getah untuk buat bentuk kepala.
7. Buatkan 2 ikatan kecil di atas kepala untuk buat telinga.
Ads
8. Dah jadi teddy bear.
9. Jahit mata & hidung teddy bear. Pastikan hanya jahit lapisan kain paling atas/luar sahaja (supaya bila nak bukak balik, mata/hidung tak tercabut). Ikat reben sebagai aksesori. Siap.
Jus buah, adakah bagus untuk anak-anak. Walaupun jus berasal daripada buah-buahan, ia tidak semestinya memberi manfaat yang sama seperti memakan buah dalam bentuk asalnya. Sebenarnya, jus buah boleh dianggap sebagai minuman manis kerana proses penghasilannya menghilangkan serat penting yang terkandung dalam buah.
Bagi bayi yang berusia di bawah satu tahun, tiada keperluan untuk memberikan jus kecuali atas sebab-sebab tertentu yang disarankan oleh pakar. Sebaiknya, elakkan terus memberi jus kepada bayi kerana ia tidak memberikan manfaat yang signifikan.
Memakan buah-buahan segar adalah pilihan terbaik kerana buah dalam bentuk asalnya mengandungi nutrien lengkap, termasuk serat yang penting untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Sebaliknya, jus hanya memberikan gula dan sedikit vitamin tanpa manfaat serat.
Jika ingin menambahkan rasa pada air minuman, air berperisa semula jadi seperti infused water adalah pilihan yang lebih baik. Dengan menambahkan potongan buah ke dalam air, anda boleh menikmati rasa buah tanpa kehilangan serat dan nutrien pentingnya.
Sebagai kesimpulan, makan buah dalam bentuk asal adalah jauh lebih bermanfaat berbanding minum jus. Pilihan ini bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga dapat memastikan anda mendapat serat yang diperlukan oleh tubuh.
Anak susah dengar cakap memang cukup menguji kesabaran ibu bapa. Kalau marah pun anak kadang-kadang boleh buat tak tahu je.
Apa penyelesaian yang boleh dilakukan dalam memastikan anak dapat mendengar kata dan seterusnya kita boleh mendidik mereka tanpa sebarang ugutan. Cuba lihat tiga perkara ini yang mungkin boleh membantu anda.
Ramai ibu bapa tidak ada pemahaman mengenai tahap perkembangan anak-anak mengikut usia.
Oleh kerana tidak tahu, sebab itulah ramai yang cenderung membuat anggapan buruk pada anak dan akhirnya stres.
Contoh : Anak umur 2 tahun – anak ni masih dalam ‘Fasa Individuating’ atau lebih dikenali dengan – Fasa Mengamuk.
Apabila kita memahami fasa yang sedang anak lalui, jadi apabila anak sedang mengamuk, kita berikan ruang untuk dia bertenang dulu.
Kemudian barulah merapati anak itu. Bila dah tenang barulah kita bercakap dan memberikan arahan.
Cakap dengan tenang, tegas dan kasih sayang.
Setiap orang belajar dan menerima maklumat dengan cara yang sangat berbeza.
V- VISUAL
A- AUDITORY
K- KINESTATIC
Contohnya anak faham informasi melalui audio. Jadi bila sebut panas, dia sudah faham.
Manakala dalam situasi sama ada anak yang faham dalam bentuk visual. Jadi apabila ibunya mendemonstrasikan rasa panas, dia boleh faham.
Tetapi, dalam situasi sama ada anak tak faham. Contohnya dengar atau lihat dia tak faham sehinggalah dia perlu pegang sendiri. Sebab dia adalah seorang kinestatik.
Tak ada cara yang lebih baik atau pandai. Ini cumalah cara kita menerima dan menyampaikan informasi ke otak.
Contoh : Anda ingin mengajak anak anda pergi mandi. Masa tu mungkin dia sedang seronok menonton televisyen. Antara mandi dan menonton rancangan kartun kegemaran dia, mana yang lebih seronok?
Tentulah TV tu kan!
Jadi apa yang anda perlu buat ialah, anda perlu tingkatkan tenaga anda dan create excitement.
Anda masukkan elemen emosi dalam arahan anda.
Sekarang, anda perlu mengajak anak anda itu mandi dengan penuh excitement dan seronok!
Bila anda boleh samakan level tenaga dan emosi anda dengan perkara yang anda ingin dia lakukan, supaya anak anda akan rasa teruja nak ikut arahan anda.
Sumber: iburose.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak saya faham je arahan, tapi tak bercakap lagi” Ayat yang biasa disebut oleh ibu bapa bila ditanya mengenai anak faham atau tak.
Ya memang ada kanak-kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap, tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman. Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga membuatkan ibu bapa sangka anak-anak ini faham.
Macam mana tu?
Ok, menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim ada beberapa kriteria ini yang ibu bapa kena perhatikan.
Saya akan terangkan macam mana yang dikatakan kanak-kanak nampak macam faham, tapi sebenarnya tak faham.
MEMBUAT PILIHAN
Bila kita memberi pilihan pada kanak-kanak, mereka biasanya memang akan ambil tak kisah samaada mereka nak atau tak nak.. Ini membuatkan parents percaya yang anak boleh faham dan membuat pilihan. Untuk mengenalpasti samada anak betul-betul faham atau tidak, perhatikan betul-betul perkataan yg anda gunakan.. sebab biasanya kanak-kanak akan mengambil perkataan terakhir yang anda sebut. Oleh itu, cuba tukar kedudukan perkataan setiap kali memberi pilihan.. contohnya “nak lego ke puzzle?” Anak mungkin akan menjawab “puzzle” kerana ia adalah perkataan terakhir yg mereka dengar. Kemudian tanya semula “nak puzzle ke lego?” Sekiranya anak menjawab “lego”, mmg jelas lah anak tak faham soalan tersebut.. tapi hanya menyebut perkataan terakhir yang didengarnya saja..
TUMPUAN BERSAMA
Kanak-kanak mungkin menggunakan tumpuan bersama ini untuk berpura-pura menunjukkan mereka faham. Ini terjadi bila parents melihat ke arah objek dan kanak-kanak juga melihat ke arah objek yang sama. Contoh bila ibu bertanya, “mana kasut” dan tanpa disedari, ibu memang sedang melihat ke arah kasut.
Oleh itu, pastikan anda TIDAK melihat ke arah objek yang anda sebutkan.. contohnya bila anda memberi arahan “bagi mama kasut”, anda melihat ke arah kanak-kanak atau lihat ke arah objek lain.. Jika anak mengambil kasut, bermaksud mereka faham.. tapi sekiranya mereka mengambil objek lain yang anda tengok, itu menunjukkan yang mereka masih tidak faham.
MENGIKUT RUTIN
Kanak-kanak memang bagus dalam mengikut rutin.. ada kalanya kita akan nampak anak boleh mengikut apa yang cikgu di sekolah arahkan. Contohnya apabila cikgu meminta semua kanak-kanak untuk beratur, jika anak anda seorang yang ‘observer’, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dan meniru pergerakan mereka.
Di rumah, mereka akan dapat lakukan sesuatu yang rutin tanpa perlu memahami arahan dari parents.. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan yang diajar oleh parents, lepas makan kanak-kanak perlu meletakkan pinggan ke singki.. atau pun selepas membuka gula-gula, kanak-kanak perlu membuang plastik gula-gula ke dalam tong sampah. Jadi bila parents memberi arahan “buang sampah ni”, anak akan terus bawa ke tong sampah walaupun anak tidak faham arahan kerana situasi itu yang biasa terjadi.
MENGGUNAKAN OBJEK MENGIKUT KEGUNAANNYA
Contoh yang mudah untuk kita faham adalah, anda beri arahan “Baling bola” semasa sedang bermain bola dengan anak. Nampak seperti anak betul-betul faham arahan tersebut kan. Tapi jika difikir semula, memang itu fungsi bola: untuk dibaling. Jika anda beri arahan “duduk atas bola” dan anak boleh buat, boleh kita cakap yang mereka betul-betul faham, sebab sangat pelik bola digunakan untuk duduk.
GUNAKAN KEDUDUKAN DALAM ARAHAN
Biasanya parents jarang atau kurang memberi perhatian kefahaman pada kedudukan, kerana selalunya anak boleh je buat arahan yang melibatkan kedudukan. Sebagai conoth “buang sampah dalam tong sampah” dan anak memang buang dalam tong samaph.. kerana sampah memang kita akan letak di dalam tong.. tapi jika anda memberi arahan “letak sampah di luar tong sampah” mungkin akan berbeza, kerana adalah pelik dan tak biasa untuk kita letakkan sampah di luar tong sampah.
Jadi, untuk bertul-betul kenalpasti sama ada anak faham arahan yang melibatkan kedudukan (atas, bawah, luar, dalam, depan, belakang), anda boleh cuba memberi arahan yang tak masuk akal atau diluar kebiasaan, seperti “letak mainan bawah kotak” atau “letak patung bawah katil”.. Atau untuk periksa samaada anak faham dalam dan luar, anda boleh lakukan aktiviti seperti gunakan kotak atau bas yang boleh dibuka pintu / bumbung.. kemudian letakkan beberapa blocks di luar dan di dalam kotak/bas.. dan beri arahan.. “letak block dalam bas” dan “keluarkan block dari bas”.. jadi kita boleh tahu yang anak betul-betul faham atau tidak konsep tersebut..
Jadi MAKSUDNYA APA?
Maksudnya, kita kadang-kadang “assume” yang anak faham, tapi sebenarnya , mereka sedang melakukan perkara yang biasa dilakukan.. dalam erti kata lain “common sense”. Tapi perlu diingat juga, kita perlu lihat umur anak dan keupayaan untuk mereka memahami arahan.. sebab setiap peringkat umur ada kebolehannya tersendiri..
Tetapi, jika anak sudah melebihi usia 18 bulan tapi masih belum juga bercakap, dan kerap kali parents mengatakan “anak saya faham semua arahan tapi tak bercakap”.. di sini lah perlunya penilaian yang lebih terperinci untuk kefahaman mereka.. Jangan takut dan risau untuk berjumpa Speech Therapist berhampiran anda untuk penilaian.. Tak rugi untuk anda tahu kan.. ?
Anak Salahkan Diri Selepas Bapa Maut menjadi kisah menyayat hati apabila seorang kanak-kanak terus dihantui rasa bersalah selepas bapanya maut ketika keluar membeli buku sekolah untuknya.