Detik tragis seorang datuk yang tidak akan dilupa sepanjang hayatnya apabila menyaksikan cucu kesayangannya disambar buaya di jeti Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, di sini hari ini.

Seorang datuk berdepan detik ngeri apabila melihat cucu kesayangannya, Cicilia Julan Intik, disambar buaya di jeti Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, petang tadi.

Tragedi itu berlaku dalam sekelip mata ketika Cicilia sedang mandi bersama keluarganya sebelum reptilia ganas itu menyerangnya.

Menurut Pegawai Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 7.21 petang.

Buaya Baham Kanak-Kanak 6 Tahun Depan Keluarga

Kejadian itu disaksikan sendiri oleh datuk mangsa sekitar jam 6.30 petang.

“Bertindak atas maklumat diterima, enam anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai,” kata jurucakap PGO.

Pencarian mangsa telah dilakukan di sekitar kawasan jeti dan tebing sungai namun, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 8.30 malam disebabkan cuaca gelap dan demi keselamatan anggota SAR. Pencarian akan disambung semula pagi esok.

Buaya Baham Kanak-Kanak 6 Tahun Depan Keluarga
Lokasi kejadian

Sumber: Utusan Sarawak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI