Bubu Yang Penakut Jadi Berani Demi Uqaira, Luahan Uqasha Senrose Undang Sebak

Share
Kasih ibu memang tiada tandingan. Begitulah yang dapat dirasai melalui perkongsian penuh emosi pelakon terkenal, Uqasha Senrose, di Instagram miliknya. Dalam coretan panjang yang menyentuh hati itu, Uqasha meluahkan rasa syukur, cinta, dan pengorbanannya sebagai seorang ibu kepada anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Bermula dengan ungkapan ringkas tapi sarat makna  “Uqasha is her ibu and Uqaira is my nyawa”  jelas betapa mendalamnya kasih seorang ibu terhadap anak yang menjadi seluruh dunianya. Katanya, dia sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi si kecil, “I’ll do anything and everything it takes to protect you, again if nyawa sekali pun bubu sanggup.”
Dia sedar bahawa suatu hari nanti, anaknya akan membesar, mempunyai kawan, masa remaja, masa untuk diri sendiri dan kehidupan sendiri, malah akan meninggalkannya. Namun, Uqasha menegaskan bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk membesarkan, melindungi, mencintai, dan menjaga Qeyaa.
“Someday you will have your friends, your teenage time, your ME time, your life, and found the right person and gonna leave me. But remember, I did all I could and the very best to raise you, to love you, to care for you… and I’m sorry if I’m not a perfect mother.”
Coretan itu menjadi lebih menyayat hati apabila Uqasha menceritakan perjalanan kehamilannya  penuh ketenangan tanpa alahan, tanpa mengidam, tapi diselubungi kekuatan luar biasa yang lahir semata-mata kerana cinta terhadap anak yang dikandungnya.
“Jadi anak yang solehah, okay? Kita sama-sama mengaji, solat. My bestfriend, thank you Allah. Till now bubu tak percaya bubu ada anak, dan yes, I have 1. Masa bubu mengandungkan Qeyaa, sedikit pun bubu tak mengidam, tak ada morning sickness, LANGSUNG TAK ADA.
Bubu seorang yang sangat penakut dan tak boleh tidur sorang, tapi di moment Qeyaa dalam perut, bubu berani tidur sorang-sorang for 9 months, makan sorang most of the time, actually all the time.
Masa Qeyaa dalam perut, bubu rajin gila masak!! Amazing, alhamdulillah Allah permudahkan. Masa puasa, hari-hari bubu masak-masak dan pack sorang-sorang bawak makanan pergi berbuka rumah Tibibi @nelydiasenrose, because I know I have you with me till now.”
Kini, melihat anak kecilnya yang hampir berusia dua tahun tidur lena sambil memegang tangannya, membuatkan hati Uqasha sebak  antara syukur dan tidak percaya bahawa dirinya kini seorang ibu.
“Dan sekarang, I’m looking at you, sleeping soundly, hugging my hand, dan habit sebelum tidur kena main telinga bubu. Besar dah awak, nak masuk 2 tahun lg 5 bulan. Jangan cepat sangat besar, please. Whatever it is, you will always be my baby girl dan my rezeki.”
Perkongsian ini bukan sekadar luahan seorang selebriti, tapi kisah sejati seorang wanita yang berubah menjadi ibu  yang belajar, jatuh, bangun, dan terus kuat demi insan kecil yang menjadi “nyawa” dalam hidupnya.
Sumber: IG Uqasha Senrose
Published by
Nor Yusoff