Buah lai mungkin sudah biasa dengan kita namun Singo Pear yang juga dikenali sebagai Golden Pear atau Korean Pear sebenarnya cukup baik untuk anak-anak kita. Jika anda perasaan, sejak akhir-akhir ini semakin ramai ibu-ibu yang berkongsi resipi berasaskan buah yang satu ini. Apa kelebihannya?
Buah Singo Pear dikatakan baik untuk membantu bayi yang batuk serta anak-anak yang mengalami masalah penghadaman atau sembelit. Jadi tidak salah jika anda mencubanya untuk sajian anak-anak yang demam atau mengalami sembelit.
Menu perkongsian Puan Norlaila Mohd Yusoff ini boleh juga mama cuba untuk rendahkan suhu anak yang demam atau batuk. Bubur nasi dengan singo pear ini mudah sahaja. Campurkan sahaja kesemuanya sekali. Mudah!
Irfan masih demam lagi hari ni. Tapi mulut riuh macam selalu. Aktif. Demam cari akal. So hari ni bubur nasi Irfan Ibu letak bawang putih lebih. Ibu tak tumis pun. Terus letak je.
Buah singo pear pun Ibu letak sekali. Buah singo pear ni katanya bagus untuk budak batuk, selsema dan demam. Ibu campur jelah sebab memang ada stok dalam peti ais. Buah ni manis. Bubur nasi rasa manis-manis sikit. Harap Irfan cepat sihat. Aamiin.
Beras frozen
Isi ayam
Bawang putih
Buah singo pear
Lobak merah
Bayam
Sediakan bahan-bahannya.
Hiris buah singo pear dan lobak tetapi tak perlu terlalu kecil saiznya.
Ibu tumis bebawang dulu (tumis asing) sebab ELB tak boleh untuk menumis. Lepas tu terus masukkan dalam periuk ELB dan biarkan masak.
Ni hasilnya bila dah campur semua. Cukup-cukup untuk lunch dan dinner Irfan.
ELOK UNTUK BATUK BERKAHAK
Anak pada usia 2 tahun ke bawah kurang sesuai mengambil ubat batuk dan selsema. Ada baiknya ibu usahakan mencuba Singo Pear ini yang memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh.
Buah ini juga dikatakan mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak. Secara tak langsung, ia membantu lendiran kahak untuk keluar melalui najis.
Jadi tidak salah untuk kita berusaha. Jom cuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI