Budak 1 Tahun Tidur Bersama Landak Raya Jinak, Ramai Luah Terkejut!

Share

Ramai tak sangka, seorang budak perempuan berusia setahun tidur lena di sisi seekor landak raya. Nampak macam bahaya, tetapi tidak bagi anak perempuan ini. Malah, dia menjadikan landak raya itu sebagai ‘rakan’ sepermainannya bersama adik-beradiknya yang lain. Perkongsian tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Khairul Johari, 42, beliau memuat naik gambar anak bongsunya sedang tidur bersama seekor landak raya yang dinamakan Blacky. Aksi comel itu tular di media sosial dan meraih lebih 34,000 tanda suka, lebih 2,000 komen dan lebih 3,000 perkongsian daripada warganet yang rata-ratanya teruja melihat sisi lembut haiwan eksotik itu.

Landak Raya Jinak dan Sesuai Dijadikan Haiwan Peliharaan

Dalam perkongsian tersebut, Khairul menjelaskan bahawa niatnya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa landak raya sebenarnya boleh dijadikan haiwan peliharaan, asalkan dijaga dengan betul dan mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa.

“Ramai takut sebab tengok durinya tajam, tapi sebenarnya landak raya ini jinak seperti kucing,” tulisnya di Facebook.

Persepsi Negatif Dan Positif Tentang Landak Raya

Selepas perkongsian itu tular, pelbagai  persepsi negatif terhadap landak raya kerana fizikalnya yang berduri tajam dan sering disangka garang.

Namun hakikatnya, landak raya sebenarnya manja dan tidak agresif. Malah, jika dibela dari kecil, haiwan ini mudah jinak dan selesa bersama manusia.

Landak Raya Sebagai Terapi dan Haiwan Kesayangan

“Di rumah, saya ada tujuh ekor landak raya  setiap satunya ada nama sendiri seperti Blacky, Dino, Tuah, Daisy, Dina dan Dini. Semua ini saya pelihara sejak lapan tahun lalu sebagai haiwan kesayangan.

Anak saya pun suka bermain dengan landak raya sebab karakter haiwan ini memang manja dan suka dilayan oleh pemiliknya,” katanya

Khairul menjelaskan, walaupun kelihatan garang, landak raya hanya akan mengembangkan durinya apabila berasa terancam. Jika ia daripada baka peliharaan, haiwan itu sudah biasa dengan manusia dan tidak membahayakan sesiapa.

Kesedaran Tentang Lesen dan Penjagaan Landak Raya

Sejak perkongsian itu tular, Khairul menerima ratusan mesej daripada individu yang berminat membeli landak raya. Namun, katanya, dia tidak menjual haiwan tersebut, sebaliknya hanya ingin mendidik masyarakat mengenai penjagaan yang betul dan undang-undang berkaitan haiwan eksotik.

“Saya nasihatkan sesiapa yang nak bela landak raya supaya beli daripada pembiak baka berdaftar dan dapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk elak masalah undang-undang,” jelasnya.

Ikatan Kasih Antara Manusia dan Landak Raya

Bagi Khairul, pengalaman memelihara haiwan unik itu bukan sekadar hobi, tetapi satu bentuk terapi dan kasih sayang yang berbeza. Melihat anak kecilnya begitu selesa tidur di sisi landak raya peliharaan membuktikan bahawa ikatan antara manusia dan haiwan tidak pernah mengenal rupa atau bentuk  yang penting, kasih dan rasa percaya.

Sumber: Khairul Johari

 

Published by
Nor Yusoff