Tular sebuah video dimana seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dijemput oleh pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut kenyataan di media sosial tersebut, kanak-kanak itu telah disahkan positif Covid-19.
Difahamkan, kes tersebut berlaku di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Kanak-kanak itu dijemput oleh sebuah ambulans untuk dibawa ke pusat kuarantin.
Namun, video tersebut mengundang sebak ramai kerana suara perakam menangis mengucapkan selamat tinggal. Wanita tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pegawai kesihatan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah rezeki, jodoh dan ajal semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak dalam kandungan lagi. Semua itu rahsia Allah yang semua orang tak tahu melainkan sudah tiba masanya.
Siapa sangka hubungan percintaan yang dijalinkan oleh pasangan ini tetapi terlerai beberapa tahun lalu kini kembali berakhir dengan ikatan perkahwinan yang cukup memberi kebahagiaan buat suami isteri ini.
Namun apa yang menjadi tumpuan ramai, foto pengantin perempuan mendukung suaminya sewaktu majlis persandingan membuktikan pasangan ini ikhlas terima satu sama lain. Rata-rata memuji pasangan ini sweet dan sporting!
Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana kisah percintaan ini bermula sehingga direstui orang tua dan menjadi pasangan suami isteri.
Mengenali ketika di tingkatan 4
Menerusi perkongsian OHBULAN!, Nurasyidah memberitahu dia sudah lama berkenalan dengan suaminya, Farid Alias yang kini bekerja sebagai askar di Kem Gemas.
Pasangan ini mula berkenalan di bangku sekolah lagi ketika berusia 16 tahun. Boleh dikatakan percintaan jarak jauh kerana Syidah berada di Pahang manakala Farid menetap dan bersekolah di Kelantan.
Saya dapat nomber telefon dia dari contact kawan saya ketika berada di asrama. Ketika itu, saya cuba untuk hubungi dia dan kami tak pernah lihat muka masing-masing. Saya pernah kata yang fizikal saya ini gempal. Tapi dia kata tidak kisah, cuma mahu berkawan dengan saya. Lama kelamaan kami mula jadi rapat.
Dia juga pernah pos sekeping gambar ke rumah saya, dan saya juga mula pos gambar ke alamat rumahnya. Dari situ kami mula melihat wajah masing-masing. Ketika itu belum wujud lagi telefon pintar, kami hanya pakai telefon bimbit saja.
Dia dan keluarganya juga pernah datang ke Pahang melawat arwah ibu saya yang terlantar di hospital. Dari situ juga hubungan kami sekeluarga mula rapat dan kenal antara satu sama lain.
Block akaun media sosial
Syidah juga berkongsi kisah selepas membuat keputusan untuk berpisah dan dari detik itu dia mula berjinak dengan aktiviti mendaki serta melakukan aktiviti lasak bersama rakan-rakan. Segala aktiviti yang dilakukannya itu adalah untuk melupakan bekas kekasihnya.
Kami berpisah pada awal tahun 2015 hingga 2019 kerana dia memiliki orang lain ketika itu. Saya buat keputusan untuk melepaskan dia. Dari peristiwa itu, saya bawa diri dengan mula aktif aktiviti hiking dan pernah ke Australia selama dua tahun. Saya juga blocked akaun media sosialnya. Semua ini hanya untuk melupakan dia ketika itu.
Dia mula mencari saya semula dengan menggunakan akaun Facebook milik ibunya. Mulanya, saya ingatkan mesej tersebut dari ibunya. Sehinggakan saya telah memberi nombor telefon dan dia mula hubungi saya. Kami mula berkawan semula.
Allah buat cantik dan sempurna, kita kena positif
Bercakap mengenai foto yang viral di media sosial, dia sama sekali tidak menyangka foto perkahwinan itu akan dikongsi ramai. Dia juga bersyukur dan ingin memberi inspirasi kepada wanita-wanita berfizikal besar untuk terus tampil yakin dan positif.
Gambar itu kawan yang suruh posing seperti itu. Kami hanya melayankan saja dan tak sangka ramai cakap aksi itu comel. Sebelum ini juga saya tak pernah pakai pakaian berwarna cerah disebabkan fizikal, hari pernikahan itu juga saya risau tetapi memikirkan pernikahan itu hanya sekali seumur hidup.
Saya juga ingin memberi inspirasi kepada golongan wanita yang senasib dengan saya. Semua ciptaan Dia dilahirkan cantik dan sempurna. Masing-masing cantik dengan diri sendiri. Kita perlu sentiasa positif dan saya berada dalam kelompok rakan yang positif. Saya tidak mahu golongan wanita seperti saya ini merendah diri atau down grade diri mereka sendiri.
‘Mungkin saya kelakar dan periang’
Malah, dia juga tidak tahu keistimewaan yang terdapat pada dirinya sehinggakan suami menerima dan melamar sebagai isteri.
Saya rasa sebab saya sentiasa happy, ceria dan lawak. Mungkin sebab itu yang menjadi faktor suami berkenan dengan saya. Saya bersyukur dan yakin dengan aturan dariNya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Industri hiburan tanah air kita baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian Arwah Abam Bocey dan selepas itu Arwah Ashraf Sinclair pula yang pergi buat selamanya. Kedua-duanya sangat terkenal dengan sikap ‘family man’ mereka yang sangat sayang dan utamakan keluarga.
Pemergian mereka sangat dirasai seluruh negara. Banyak jasa mereka dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Sedikit demi sedikit kebaikan mereka semasa hayat tersebar.
Benarlah kata orang, orang yang baik pemergianya sangat dirasai oleh semua. Seorang pengguna twitter berkongsi bagaimana rasanya tidak sanggup berpisah dengan suami yang sangat baik.
Kalau suami seorang yang baik, kehilanganya sangat dirasai
Sebabtu bila tak ada tiba-tiba tu yang hilang separuh nyawa
Macam aku ni hari-hari siang malam dengan laki aku
Saya taknak kehilanganya
Antara kata-kata terakhir daripada isteri arwah Ashraf Sinclair;
“Terima kasih selalu memberikan yang terbaik untuk membahagiakanku dan anakmu. Tenanglah di sana Ashraf Daniel Sinclair…” – Bunga Citra Lestari
Kredit: EK
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa antara usia empat hingga 30-an melecur apabila belon helium yang menjadi ‘prop’ untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu meletup.
Mereka yang terjejas dalam insiden 11.30 pagi itu adalah peserta dan pengunjung ke program kecergasan Kementerian Pendidikan.
Lima mangsa dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun masih dirawat di wad Hospital Putrajaya kerana kecederaan melecur tahap dua dan yang lain telah dibenarkan pulang.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan, kejadian dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang dewasa yang cuba memutuskan benang ikatan belon dengan pemetik api yang kemudiannya menyambar belon helium berkenaan.
“Polis menjumpai pemetik api yang disyaki di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas program kecergasan itu selesai kira-kira 11 pagi iaitu sewaktu sedang berkemas.
Program kecergasan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sebelah pagi berjalan lancar. Pada program itu, Teo turut mengambil bahagian melakukan aktiviti kecergasan.
Rosly berkata sehingga kini, masih belum ada pihak tampil untuk membuat laporan berhubung insiden itu.
Beliau berkata wakil penganjur atau mangsa boleh membuat laporan untuk membolehkan polis memulakan siasatan.
“Setakat ini belum ada sesiapa yang ditahan untuk siasatan,”katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan berkata tiada mangsa yang kritikal.
“Mangsa mengalami luka terbakar tahap pertama dan tahap kedua. Kecederaan yang dialami mangsa berbeza ada yang dikening, rambut dan tangan. Tidak ada yang cedera satu badan,”katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya.
Dr Wan Azizah ketika ditemui berkata ada mangsa kanak-kanak yang ditemuinya trauma dengan kejadian itu sehingga tidak mampu untuk bercakap.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dari segi kaunseling kepada mangsa.
“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,” katanya.-BERNAMA
Kredit Foto: BH Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!