Anak yang terlalu aktif sering disalah anggap sebagai anak yang nakal dan buas. Kita yang melabelkan anak kita begitu, walhal anak yang aktif sepatutnya menjadi kebanggaan kita kerana mempunyai tubuh badan yang sihat.

Hakikatnya anak yang sihat sedang mengalami tumbesaran yang pesat dan ini sememangnya cukup baik untuk perkembangan seorang anak. Jangan tersalah melabel anak kita. Jadi biarkanlah dia aktif, itu tanda tumbesarannya berkembang dengan baik. Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, En. Mohd Fhais.

Bukan Anak Buas & Nakal, Tapi Sedang ‘Baik’ Tumbesarannya, Biarlah Anak Aktif!


Anak yang terlalu aktif selalu di salah anggap.
– buas
– nakal
– degil
– lasak
– gasak

Setiap hari kumat kamit mulut mak ayah baca Zikir Ya Latif Ya Khafi nak lembutkan perangai anak. Dengan harapan anak boleh jadi “baik” dengan duduk diam.

IKLAN

Kalau nak ikut fitrah kanak-kanak, mereka tak sepatutnya diam walau pun seminit. Kerana perkembangan mereka berlaku setiap minit.
– sel sel otak bertambah
– neuron berhubung antara satu sama lain
– tulang makin membesar
– otot makin kuat
– mulut semakin petah
– emosi makin stabil

Bukan Anak Buas & Nakal, Tapi Sedang ‘Baik’ Tumbesarannya, Biarlah Anak Aktif!

 

IKLAN

Dan anak yang di anggap sebagai lasak, buas dan gasak ni sebenarnya sedang “baik” tumbesaran dia. Ini kerana “tubuh” mereka adalah Learning Tool utama mereka.

Makin mereka aktif, makin cepat tumbesaran fizikal, emosi dan mental mereka.

Bukan Anak Buas & Nakal, Tapi Sedang ‘Baik’ Tumbesarannya, Biarlah Anak Aktif!

IKLAN

7 tahun je kena sabar. Masuk je fasa sekolah nanti anak dah kurang lasak sebab masa tu “buku & pensil” pula jadi teman belajar dia.

Kita pula yang terngiang ngiang memori teringat gelagat masa anak kecil.

Artikel berkaitan: Jangan Rampas Hak Anak Untuk Bermain, Paksa Mereka Belajar, Anak Bawah 5 Tahun Lumrah Bermain & Meneroka!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI