Kita hantar anak ke sekolah dengan hati tenang. Tapi jika fasiliti sekolah tak diselenggara contoh tangga licin, pagar longgar, tiang tak kukuh dan bila-bila masa boleh terjadi perkara tak diingini. Artikel ini bantu ibu bapa lebih alert dan ambil tindakan!
KENAPA IBU BAPA WAJIB AMBIL BERAT?
Anak habiskan masa berjam-jam di sekolah, satu kecuaian kecil pun boleh beri kesan besar. Kajian di 923 murid sekolah rendah di Malaysia tunjuk hubungan sangat kuat akan tingkatkan keselamatan bersama tingkatkan kesejahteraan murid (koefisien 0.99). Fasiliti rosak bukan sahaja risiko fizikal tapi boleh ganggu emosi dan prestasi mereka.
Ads
APA ITU FASILITI ‘SELAMAT’?
Aspek Fasiliti
Keterangan
Kondisi fizikal
Bangunan, bumbung, pendawaian yang kukuh dan diselenggara secara berkala
Tandas bersih & sesuai
Mencegah jangkitan, selesa digunakan oleh kanak-kanak
Tempat bermain
Direka mengikut umur, selamat dan tidak membahayakan
Laluan pejalan kaki
Crosswalk yang jelas, terutamanya di kawasan trafik sibuk di luar sekolah
Jalur kecemasan & fire safety
Laluan kecemasan, sistem pemadaman api yang diuji dan mudah dicapai
Pencahayaan & visibility
Kawasan terang, tiada tempat tersembunyi atau blindspot
PERANAN IBU BAPA
Tinjau sendiri: lawat sekolah semasa hantar/ambil anak
Bertanya mesra: “Adakah playground tu licin bila hujan?”, “Tandas bersih tak?”
Gunakan platform komuniti: WhatsApp ibu bapa atau PIBG untuk kongsi pemerhatian
Laporkan segera: kepada guru atau pihak sekolah jika ada risiko
Desak penyelenggaraan berkala: bukan sekali sahaja—tapi Audit keselamatan tahunan
KEPENTINGAN FASILITI SELAMAT
Mental & emosi murid – rasa selamat → lebih boleh fokus & bahagia
Kurangkan kemalangan – tiada terseliuh, jatuh, atau terperangkap
Elak kos sampingan – ibu bapa tak perlu ambil cuti sakit anak akibat insiden yang mudah dielak
Tingkatkan kepercayaan terhadap sekolah – bila kita ambil berat, sekolah juga rasa terdorong lebih bertanggungjawab
Emosi terganggu: anak rasa takut, tak nak pergi sekolah
Tekanan keluarga: rasa bersalah, terpaksa ambil cuti, bayar kos rawatan
Prestasi anak jatuh: risau, kurang fokus—prestasi sekolah boleh merudum
INFO MENARIK
Di Selangor, kajian menunjukkan yang hanya ~41% murid guna jejambat pejalan kaki selebihnya jalan di atas jalan raya, risiko tinggi untuk kemalangan dekat sekolah. Fasiliti keselamatan seperti zebra crossing dan ‘drop-off zones’ sangat meningkatkan keselamatan terutamanya di dalam kawasan bandar.
Cara asuhan sejak kecil menurut Islam memainkan peranan besar dalam membentuk peribadi anak yang seimbang dan berakhlak mulia. Membentuk sikap positif dalam diri anak sebenarnya bermula dari rumah. Anak yang dibesarkan dengan didikan yang baik akan membesar dengan jiwa yang lembut, peka terhadap perasaan orang lain serta sensitif dengan keadaan sekeliling. Sebab itu, Islam sangat menekankan pendekatan kasih sayang dan kesabaran dalam mendidik anak sejak kecil, tanpa perlu menggunakan kekerasan.
Ikuti perkongsian daripada Pakar Motivasi, Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad tentang bagaimana pendekatan didikan positif mampu membentuk anak-anak yang lebih seimbang dari segi emosi dan sahsiah.
Dalam mendidik anak-anak, perkara paling utama dalam Islam ialah pastikan mereka mengenal Allah dan menyembah Allah. Sebab itulah penting ibu bapa memperkukuhkan tauhid anak-anak sejak daripada bayi lagi. Sejak kecil lagi anak-anak perlu didedahkan bahawa setiap ciptaan itu adalah penciptanya iaitu Allah swt. Apabila anak bertanya kenapa hujan turun? Ibu bapa perlu terangkan dahulu dari aspek ketuhanan sebelum aspek sains. Jawablah, “Hujan itu turun kerana Allah yang menciptakan hujan. Ia turun sebagai rahmat Allah kepada manusia. Allah boleh turunkan hujan di bumi mana sahaja yang Allah mahukan. Cuba fikirkan apa yang berlaku sekiranya Allah murka lalu tidak diturunkan hujan? Tiada air untuk diminum, mandi, dan sebagainya.” Bukan setakat faham sahaja, apabila anak sudah tahu dan faham maka Allah sahajanya tempat untuk dia meminta dan menyembah. Allahlah yang patut sentiasa dipuji melalui fikir dan zikir. Oleh itu jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab memperkukuhkan tauhid anak-anak sebelum mereka diserahkan kepada guru-guru di sekolah.
Anak-anak yang terbentuk akhlak dan sikap positif juga akan lebih berjaya apabila masuk alam persekolahan dan pekerjaan. Sikap dan akhlak ini akan mudah terbentuk apabila ibu bapa menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. IQ yang tinggi dan cerdik tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan hikmah dan kebijaksaanan. Ilmu yang tinggi tidak bermakna jika tidak seiring dengan adab. Sebab itulah membentuk adab dan akhlak perlu diberikan keutamaan dalam mendidik anak-anak. Disamping menggalakkan anak-anak menghidupkan sunnah, didik juga mereka dengan adat orang Melayu dulu-dulu yang penuh dengan sopan dan santun. Misalnya, bongkokkan badan meminta izin ketika melintas depan orang, tidak duduk sekali dalam kelompok orang-orang tua yang sedang bercakap, ringankan mulut dengan ucapan salam dan terima kasih, dan banyak lagi. Ia membina rasa hormat dalam diri anak terhadap orang lain.
Dengar percakapan anak-anak dengan teliti. Ada ketikanya mereka bercakap secara kasar atau menggunakan intonasi suara yang tidak sesuai. Didik anak untuk bercakap dengan nada yang lembut terutamanya dengan orang yang lebih dewasa. Anak-anak seawal usia tiga tahun sudah mula pandai bercakap bohong bagi mengelakkan dirinya daripada dimarahi oleh ibu bapanya. Sebab itulah apabila kita tahu bahawa anak telah melakukan kesalahan maka usah bertanya saya ada dia lakukan atau tidak, sebab ia akan mendorong anak berbohong. Misalnya, kita tahu yang adik telah mengambil mainan abangnya laku disorokkan. Kita pula bertanya, “Adik ada ambil barang abang ker?”. Agaknya apa jawapan adik? secara logiknya dia tidak akan mengaku lantar menjawab, “Tidak”. Secara tidak langsung ibu bapa telah mendorong anaknya untuk berbohong. Sepatutnya, ibu terus sahaja mendekti anaknya lalu berkata, “Adik, mak tahu adik ambil barang abang. Sekarang mak cuma nak tahu kenapa adik ambil?”.
Tiada ibadah yang lebih penting daripada ibadah solat. Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti adalah solat. Adalah satu kesilapan apabila masuk sahaja bulan Ramadan ibu bapa lebih utamakan puasa berbanding solat anak-anak mereka. Dalam satu hadis, daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.” Jelas sekali Allah mahukan ibu bapa menjadi contoh dalam bab solat ini dan mesti bertegas apabila usianya masuk 10 tahun.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan mengajak anak bersolat bersama mereka meski pun anak sekadar main-main.
Malah jika anak duduk di tepi memerhati pun sudah memadai. Anak-anak perlu dipaksa untuk solat dan usah ragu-ragu untuk bertegas dalam mendisiplinkan anak-anak pada usia ini.
Dalam mendidik anak-anak bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Bercakaplah dengan anak dengan nada yang sederhana dan tidak meninggikan suara tanpa sebab. Dalam percakapan itu pula lebihkan kata-kata positif, fokus kepada kebaikan dan kekuatan anak dan bukannya menyebut akan kelemahan dan kekurangan mereka. Sebahagian besar daripada didikan dan pengajaran dalam al-quran disampaikan dalam bentuk cerita-cerita. Maka ambillah iktibar dari al-quran ini dengan mendidik anak-anak melalui cerita.
Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah para nabi dan para sahabat. Ceritakan juga tentang pemimpin-pemimpin Islam yang hebat, para huffaz dan ulamak.
Ceritakan juga kisah-kisah kejayaan orang lain untuk anak-anak jadikan ikutan. Dengan selalu bercerita, jiwa anak-anak terbentuk secara positif. Tanpa disedari cerita-cerita ini membentuk watak, karakter dan mindset anak-anak dan menjadi panduan hidup mereka dalam menjalani setiap ujian dan cabaran.
Tiada perkara yang lebih utama kepada anak-anak selain daripada mereka sedar bahawa ibu bapa memang menyayangi mereka tanpa syarat. Oleh itu usah membanding-banding anak-anak sebab setiap anak itu punya rezekinya masing-masing. Keupayaan dan bakat mereka juga berbeza. Jika ada anak yang kurang menyerlah dalam pelajaran maka tidak mengapa. Ingatkan anak itu untuk berikan yang terbaik dalam hidupnya. Yang penting dia menjadi anak yang baik, beriman dan sentiasa doakan kita sebagai ibu bapa. Sebab, semasa hidup anak-anak perlukan doa ibu bapanya untuk berjaya dan setelah kita meninggalkan dunia ini kita perlukan pula doa anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keakraban adik beradik ini sering menjadi tumpuan. Bila Fatimah ke sekolah lain, Ali rasa kehilangan yang teramat sangat. Netizen puji cara didikan ibu ayahnya yang berjaya menyatukan hati anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang positif.
Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik beradik yang sering mendapat perhatian di Instagram. Ketiga-tiganya bijak dan dididik dengan perhatian dan penuh kasih sayang dari seluruh ahli keluarga. Seluruh keluarga ini mempunyai bonding yang sangat kuat antara satu sama lain.
Semenjak Fatimah melangkah ke Reception di Primary School, Ali kerap kelihatan sedih berpisah dengan kakaknya itu. Baru-baru ini ada video yang menunjukkan Ali menangis teresak-esak kerana rindukan Fatimah walau pun sudah seminggu Fatimah ke sekolah berlainan dengan Ali.
Netizen turut bersedihnya melihat Ali menangis. Suara ibunya, Mrs Mom yang memujuk Ali sangat-sangat melegakan.
It’s been a week since school started and Ali is showing no signs of improvement. He has become more and more clingy to Fatimah. You can see clearly how he struggles from their separation. It’s heartbreaking for us to see him like this everyday. Hopefully he will quickly adapt to this change…?
Kemudian, ada juga dimuat naik video Ali yang gembira dan girang untuk menjemput Fatimah dari sekolah. Excited Ali bersiap nak ambil Fatimah!
You’ve seen the tears, now enjoy his smiles…while it lasts! ? This is the sunny side of Ali as he was going to fetch Fatimah from school – his face is glowing!✨ The best part is that Ali is wearing his KULIT JACKET! ?
Miliki kesemuanya anak perempuan? Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda. Sebenarnya anda patut rasa bangga.
Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”dapat anak perempuan, anak semua perempuan, kelebihan anak perempuan, anugerah anak perempuan, keistimewaan anak perempuan
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
sumber: ragamanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.