top anak

Setiap anak-anak memang mempunyai perwatakan dan sikap yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa pastinya anda lebih mengenali mereka berbanding orang luar. Ada yang perangainya lain macam, keinginan dan keazamannya luar dari kebiasaan dan anak sebegini sememangnya lebih menguji kesabaran mak ayah.

Namun itu semua bukan tiket untuk ibu ayah marahkan mereka secara membuta-tuli. Respon yang tepat dapat menghindarkan anak-anak daripada membesar menjadi seorang anak yang bermasalah.

Jika anda ingin kenali apakah antara anak anda merupakan si kecil yang mempunyai keazaman tinggi, boleh lihat tanda-tanda seperti yang dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi ini. Turut disertakan solusi untuk ibu ayah berdepan dengan anak-anak sebegini.

Bukan Degil Tapi Punya Keazaman Tinggi, Ada Potensi Besar Dalam Diri Anak!

5 Tanda-tanda Anak Kita Seorang Yang Berazam Tinggi.

Anak yang berazam tinggi ni, selalu disalah-ertikan sebagai DEGIL. Mana tak nya. Mereka selalu buat kita pening dengan tingkah laku mereka yang tak selari dengan kehendak kita.
Samalah seperti seketul Spongebob ini. Beliau adalah anak sulung saya.

Kalau dia nakkan sesuatu, ia harus sebijik macam yang dia expect dalam kepala.

Hanya kerana tayar kereta mainan senget sikit dari sportrim, dia akan gigih membetulkan. Kalau tak dapat betulkan, bukan mood dia je boleh hilang. Kepala mak dia yang sedang menolong pun boleh nyut-nyut .

IKLAN

Melarang dia buat sesuatu yang dia nak, hanya membuatkan momen indah mak dan anak berakhir drama.

Kita perlu BERHATI-HATI untuk beri respon kepada mereka. Kalau kita hilang sabar, kita mudah bertindak kasar dan melabel mereka sebagai degil dan jahat. Hasilnya, mereka BERISIKO MENJADI SEORANG ANAK YANG BERMASALAH.

Mencabar kan!

Tapi, kalau betul caranya, keazaman mereka yang kuat ini akan menjadikan mereka seorang DEWASA YANG TAK MUDAH MENGALAH.

Bukan Degil Tapi Punya Keazaman Tinggi, Ada Potensi Besar Dalam Diri Anak!

IKLAN

Tanda-tanda anak yang strong-willed :

1. MUDAH MARAH
Terutamanya bila mereka tak berjaya buat sesuatu. Expectation mereka tinggi. Segalanya nak perfect. Kadang-kadang tak logik. Dan tak selari dengan kemampuan orang nak membantu.
Kalau tak berjaya, mereka jadi mudah mengamuk.
Solusi :
– Validate feeling dengan cara menyebut emosi yang mereka rasakan.
“Mama tau, Ammar FRUST tak dapat betulkan benda ni.”
“Benda kecik tu pun nak nangis.”
– Elak menidakkan emosi mereka. Ia tidak membantu perkembangan emosi yang sihat.
– Untuk yang dah dewasa, ajar anak untuk ber”Terima kasih” sebelum memberi komen.

2. SUKAR MENDAPATKAN KERJASAMA.
Sebelum meminta atau melarang, kita perlu rajin untuk explain SEBAB-MUSABAB & KENAPA.
Selagi tidak dapat penerangan yang memuaskan hati, merka akan argue dan sukar untuk memberi kerjasama.

Solusi :
– Jelaskan kepada mereka secara ringkas
“Kita tak boleh pergi ke taman sebab cuaca panas. Bahaya panas ni. Kita boleh demam dan sakit kepala.”
– Instead of menyuruh, beri mereka pilihan,
“Nak letak mainan ni kat dalam bekas ni, atau bekas tu.”

3. BOSSY
Anak yang strong-willed ini tau apa yang perlu dilakukan. Mereka mempunyai visi yang jelas dan tak teragak-agak menyuruh sesiapa saja.
Geram je kan bila kita maknya pun disuruh sekali.
Solusi :
Ajar mereka meminta tolong dengan cara yang beradab.
“Bukan macam tu cara nak minta tolong. Try again in a nicer way.”

IKLAN

4. TEGAS DENGAN PENDIRIAN
Saya pernah pening dengan perangai Ammar yang suka pakai swimming suit dalam rumah. Selesa katanya. Dia sanggup tak pergi ke taman, asalkan saya tak minta dia tanggalkan simming suit tu.
Solusi :
-Oleh kerana mereka jenis suka menang, kaedah reward berkesan untuk mereka.
Mereka puas apabila mereka dapat sesuatu hasil dari mendengar cakap kita.
– Kaedah ini boleh dilakukan dengan sistem star chart atau pun reward kecil seperti PUJIAN dan PERHATIAN.
“Lepas abang pergi buang sampah, datang kat mama untuk dapatkan cium dan
peluk.”

5. TAK TAKUT DENGAN AMARAN
Mereka tak mudah didominasi dengan amaran dan ugutan. Terutama sekali bila dia tau yang kita takkan sampai hati buat apa yang kita warningkan tu.
Solusi :
– Jangan ugut dengan perkara yang kita takkan buat.
“Gaduh lagi, ayah turunkan korang kat tepi jalan ni.”
“Mama call polis nanti.”
– Stick to your word. Cakap serupa bikin.
Kalau kita cakap, “Kalau taknak berbincang, ayah akan ambil mainan tu. Tak ada sesiapa boleh main benda tu selama seminggu.”
– Berjaga-jaga ketika memberi amaran. Jangan sehingga ia berbentuk UGUTAN.
Ini kerana, anak-anak akan belajar untuk mendominasi orang lain dengan cara ugutan juga.

Bukan Degil Tapi Punya Keazaman Tinggi, Ada Potensi Besar Dalam Diri Anak!

Sabar ya ibu dan ayah.
Walaupun membesarkan anak strong-willed ini amat mencabar, tapi dengan didikan dan kesabaran kita, mereka berpotensi besar menjadi seseorang yang sangat berjaya.

Kuncinya adalah, meraikan sifatnya dan salurkan dengan cara yang betul. Bukan mengikut rasa geram kita sehingga menghancurkan semangatnya.

Bekas budak strong-willed, bukan bermasalah.

Sumber: Wawa Shauqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI