top anak

Lumrah setiap ibu bapa inginkan anak-anak membesar menjadi bijak dan sihat. Tapi kadang kita ambil lewa tentang pemakanan yang merupakan aspek penting dalam pertumbuhan tumbesaran anak-anak.

Kita memang sedia maklum untuk si kecil menjadi sihat dan bijak, beberapa makanan yang kaya Omega 3 amatlah digalakkan buat anak-anak. Perkongsian oleh Puan Wawa Shauqi menerangkan secara jelas kenapa pentingnya Omega 3 diambil oleh si kecil anda.

Bukan Penting, Tapi Sangat Penting Kalau Nak Pertumbuhan Otak Anak Berkembang Baik.  Ini Makanan Wajib Ambil!

Ikuti perkongsiannya:

Wajib Makan Ni Kalau Nak Anak Pandai!

“Makan ni masa pregnant, bagus untuk budak.”

“Ambik makanan ni, boleh tingkatkan imun.”

Siapa yang kenal mak saya, memang biasa dengar ayat ni. Beliau sejenis yang sukakan supplemen.

IKLAN

Bila beliau semangat sarankan Omega-3 Fatty Acid, saya pun buatlah research sikit mengenainya. Rupanya Omega ni bukan penting. Tapi SANGAT penting, terutamanya dalam pertumbuhan otak anak-anak.

Nak anak pandai kan?

Baca ni :
1. Otak memerlukan Omega-3 & Fatty Acid untuk pembetukan grey matter.
Tapi.. sayangnya, tubuh tak mampu untuk hasilkan Omega tu. Jadi, kita terpaksa dapatkan sumber dari luar. Iaitu melalui pemakanan.
Antara makanan yang ada Omega-3 adalah oily fish, minyak sayur, dan kekacang.

2. Kajian menunjukkan, mereka yang tak cukup Omega-3, berisiko diancam masalah mental. Antaranya adalah (Alzheimer), Attention-Deficit Disorder, Depression, Bipolar Disorder dan Schizophrenia.
Pun begitu, tak ada apa yang nak dirisaukan kalau kita mengamalkan diet harian yang seimbang. Yang risau tu, kalau makan pun banyak skip dan memilih.

Bukan Penting, Tapi Sangat Penting Kalau Nak Pertumbuhan Otak Anak Berkembang Baik.  Ini Makanan Wajib Ambil!

IKLAN

3. Dalam buku Brain Rules For Baby tulisan John Medina ada menyebut tentang satu kajian terhadap 135 kanak-kanak. Kajian membuktikan bahawa, ibu mengandung yang makan lebih banyak ikan sewaktu trimester kedua, prestasi ujian kognitif, memori dan fokus ANAK mereka lebih cemerlang berbanding yang si ibu yang tak banyak makan ikan.

4. Omega 3 ni, dengan jumlah yang mencukupi, menguatkan connection pada saraf otak. Ibarat macam, tenaga cukup kuat untuk nyalakan lampu tu bagi terang. Jadi, otak berjalan dengan lebih pantas.

Bila berjalan makin pantas, sel otak pun jadi susah nak mati. Tak adalah takut nyanyuk bila dah tua nanti.

5. Dekat Netherlands, ada satu kajian dibuat ke atas 8 banduan. Dalam masa 3 bulan, mereka diberi makanan yang seimbang dengan vitamin, mineral dan fatty acid. Supisingly, insiden pergaduhan menurun sehingga 30%.

IKLAN

Institute Psikologi di Universiti Lubeck Germany, Prof So Yong Park dalam kajiannya membuktikan, diet yang tak seimbang mempengaruhi tingkah laku (especially bab kawal marah), pemikiran dan kebolehan membuat keputusan.

Bukan Penting, Tapi Sangat Penting Kalau Nak Pertumbuhan Otak Anak Berkembang Baik.  Ini Makanan Wajib Ambil!

So, lepas ni bila nak makan, cek-cek apa dalam pinggan kita. Jangan lupa perbanyakkan sayur dan buah supaya khasiat dalam makanan yang kita makan tu diserap dengan lebih efisyen. Kalau tak, sayang juga, beli makan berkhasiat banyak-banyak, badan tak mampu serap, kan!

Kongsikan hantaran ini supaya lebih ramai yang dapat info bermanfaat ni.

Sumber: Wawa Shauqi Page

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Bukan Penting, Tapi Sangat Penting Kalau Nak Pertumbuhan Otak Anak Berkembang Baik.  Ini Makanan Wajib Ambil!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI