Serba boleh! Itu istimewanya adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang tular kerana kepetahannya bercakap sehingga digelar wartawan cilik selepas memuat naik video penemuan seekor ular sawa secara langsung di media sosial.

Bukan Saja Wartawan Cilik, Tapi Cekap Masak Di Dapur! Adik Haziq Serba Boleh

Pandai memasak, pernah terima tempahan

Namun, sebalik sifat keanak-anakan itu, Muhammad Haziq akan bertukar menjadi ‘dewasa’ apabila dia mula masuk dapur dan memasak pelbagai menu serta juadah makanan sama ada untuk dijual atau dimakan bersama keluarga.

Difahamkan, jika memasak dia tidak membenarkan sesiapa masuk ke dapur kerana ‘tugas’ itu akan dilakukannya seorang diri dan hasil air tangan kanak-kanak terbabit kemudian akan dikongsi bersama ahli keluarga serta jiran.

Muhammad Haziq yang menghidap penyakit talasemia sejak lahir berkata, dia pernah menerima tempahan untuk membuat roti dan burger Malaysia daripada doktor yang merawatnya untuk dijamu kepada kakitangan hospital.

Bukan Saja Wartawan Cilik, Tapi Cekap Masak Di Dapur! Adik Haziq Serba Boleh

“Saya memang gemar memasak dan mempelajarinya melalui saluran Youtube seorang chef tempatan dan akan berkongsi video masakan yang ada antaranya turut dijual kepada pelanggan.

“Minat saya ini diketahui guru serta rakan-rakan di sekolah hingga ada yang memanggil nama saya Chef Haziq,” kata murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau.

IKLAN

Selain memasak, minat menanam dan pelihara haiwan 

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, dekat sini, kanak-kanak terbabit turut menunjukkan kemahirannya memasak kambing perap menggunakan sos ciptaan sendiri.

Menurutnya, selain memasak dia juga turut menanam sendiri sayur seperti kangkung dan bayam di belakang rumah serta gemar memelihara kucing dan arnab.

Antara masakan kanak-kanak terbabit ialah kek marble, garlic bun serta pelbagai lagi menu malah donut dihasilkannya turut diletakkan di kedai kuih untuk dijual.

Bukan Saja Wartawan Cilik, Tapi Cekap Masak Di Dapur! Adik Haziq Serba Boleh

IKLAN

Belajar dari Youtube

Sementara itu, ibunya Nur Shakila Zainol, 33, berkata dia dan suami tidak tahu yang anak sulung daripada dua beradik berkenaan memiliki kelebihan memasak yang hanya dipelajari melalui Youtube.

“Bagaimanapun, kami hanya mengikut apa yang diminatinya dengan memberi sokongan dan bagi saya masakan paling sedap yang dimasak anak ialah nasi ayam dan siakap tiga rasa. Jika teringin, kami akan minta anak masak namun dia tidak akan membenarkan sesiapa masuk ke dapur selagi juadah dimasaknya belum siap,” katanya.

Bukan Saja Wartawan Cilik, Tapi Cekap Masak Di Dapur! Adik Haziq Serba Boleh

Muhammad Haziq mula meraih perhatian apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau dengan turut membuat ulasan secara langsung sehingga tular di media sosial.

IKLAN

Bukan Saja Wartawan Cilik, Tapi Cekap Masak Di Dapur! Adik Haziq Serba Boleh

Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu dikatakan menarik kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas berita.

Kredit: Metro & Astro Awani

BACA [Jangan Biar Anak Belajar Sendiri. Kena Join Sekali, Barulah Dia Cepat ‘Tangkap’ & Teruja!]

Bukan Saja Wartawan Cilik, Tapi Cekap Masak Di Dapur! Adik Haziq Serba BolehTak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI