Cabaran RM10 SSPN X PA&MA Latih Anak Simpan Duit. Bagusnya!

Share

Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu ayah seharusnya menyediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Salah satunya adalah menyediakan simpanan untuk pendidikan mereka. Anak-anak boleh dilatih sedari mereka kecil untuk membuat simpanan sendiri. Macam mana tu?

Bukan sahaja ibu ayah, tetapi anak-anak juga boleh diajarkan untuk mula menyimpan sejak mereka kecil. Dengan cara ini, anak-anak akan belajar menghargai nilai duit.

Bagi menggalakkan anak-anak untuk membuat simpanan sendiri, SSPN X PA&MA telah mengadakan sebuah peraduan yang dipanggil CABARAN RM10 SSPN X PA&MA. Caranya mudah saja! Berikan anak-anak RM10.00 dan berikan mereka kebebasan untuk menggunakan duit itu.

Anak-anak bebas untuk membelanjakan duit tersebut, tetapi harus ada simpanan juga. Menarik kan?

Cara nak sertai :

  1. Pergi ke laman Facebook Pa&Ma untuk mendapatkan template seni khas untuk peraduan ini.
  2. Muat turun dan cetak template tersebut.
  3. Minta anak-anak untuk hiaskan template seni tersebut mengikut kreativiti mereka. Boleh tulis, tampal gambar, lukis atau buat apa sahaja supaya template tersebut nampak menarik.

  1. Kemudian ambil gambar template seni tersebut. Muat naik di laman Instagram anda atau mereka sendiri dengan menggunakan tanda pagar:

#cabaranrm10sspnxpama

#kempenbukbukubaru

#lovesspn

#majalahpama

Senang saja bukan? Dengan cara ini anak-anak dapat menyimpan duit dengan cara yang lebih kreatif. Mereka juga bersemangat untuk kekal konsisten menyimpan kerana mendapat sokongan penuh dari ibu ayah.

Salah satu contoh cara anak-anak boleh hiaskan template seni ini. Kreatif!

Template seni paling menarik akan dipilih sebagai pemenang. Nak tahu apa hadiahnya?

Tempat pertama – Akaun SSPN bernilai RM250

Tempat kedua – Akaun SSPN bernilai RM150

Tempat ketiga – Akaun SSPN bernilai RM100

10 x hadiah saguhati – Akaun SSPN bernilai RM50

Jangan tunggu lagi, muat turun template seni di SINI sekarang dan sertai peraduan CABARAN RM10 SSPN X PA&MA!

IKLAN