Selepas Bersalin

Caesarean Apron: Kenapa Perut Masih Buncit Walaupun Dah Diet & Bersenam

Share

Caesarean apron sering menjadi persoalan dalam kalangan ibu yang bersalin secara pembedahan, terutama apabila perut masih kelihatan buncit walaupun sudah diet dan bersenam.

Ramai wanita yang melalui pengalaman bersalin secara pembedahan Caesarean sebenarnya berdepan perubahan tubuh yang bukan sekadar fizikal tapi juga emosi.

Lepas bersalin, ramai ibu berusaha keras nak kembali sihat  jaga makan, bersenam, turunkan berat badan. Tapi ada satu perkara yang buat ramai wanita tertanya-tanya kenapa perut masih nampak “buncit” di bahagian tertentu, walaupun badan lain dah kembali normal?

Lebih memeningkan, buncit itu hanya muncul di atas parut pembedahan. Bukan sebab gemuk. Bukan sebab tak jaga diri. Tapi tetap tak hilang.

Perkara ini sebenarnya sangat biasa berlaku dalam kalangan wanita yang bersalin secara Caesarean. Namun ramai tak tahu punca sebenar  dan akhirnya menyalahkan diri sendiri.

Menurut perkongsian seorang doktor, Dr. Khabbab Jamalludin di Facebook miliknya, keadaan ini ada penjelasan perubatan yang jelas  dan ia bukan tanda kegagalan menjaga badan.

CAESAREAN APRON BUKAN KEGEMUKAN

Korang atau isteri korang ada macam buncit di bahagian perut tapi hanya di atas parut operasi ‘Caesarean Section’ ?

Dah exercise, jaga makan, BMI ok, bahagian lain badan ok- tapi tetap tak hilang ?

Kemungkinan besar ia adalah ‘Caesarean Apron’.

Normalnya, lemak dibahagian perut ada dua lapis dan ia dipisahkan oleh satu lapisan tisu yang agak tegang iaitu Scarpa Fascia yang antara fungsinya memastikan pertumbuhan lemak sekata; lapis demi lapis.

Lapisan ini dipotong ketika operasi Caesar.

Ini menyebabkan hilangnya ‘pagar pemisah’ antara lemak atas dan bawah.

Keadaan tisu yang longgar ini menyebabkan wujudnya dinding parut tebal yang memisahkan bahagian lemak di atas dan bawah parut melintang caesar tersebut.

Lemak bahagian atas tumbuh dalam bentuk gumpalan akibat ‘retraction’ serta halangan pada parut tersebut.

Sebab itu kalau pun ibu ibu tak gemuk, “buncit” caesarean apron ini tak hilang hilang.

Jadi buat para ibu yang ada; usah risau dan susah hati ya.

Anggap itu sebagai tanda dan pengorbanan kalian sebagai seorang isteri & ibu.

Cadangan Perubatan Untuk Kurangkan Risiko Caesarean Apron

Untuk para doktor Obgyn,

Kalau sebelum ni kita hanya jahit balik Scarpa fascia yang kita potong jika lemak lebih 2cm (elakkan jahit tisu lemak ya) bagi mengelakkan ‘seroma formation’ yang boleh menyebabkan ‘wound breakdown’, mungkin lepas ini kita boleh cuba rutinkan jahit semula Scarpa pada setiap ibu ibu caesar kita untuk mengurangkan risiko terjadinya ‘Caesarean Apron’ ni

Hakikat Perubahan Tubuh Selepas Bersalin

Hakikatnya, tubuh wanita selepas bersalin memang berubah  dan tidak semua perubahan boleh “dipulihkan” hanya dengan diet atau senaman.

Kadang-kadang, ia adalah kesan struktur dalaman tubuh yang telah melalui proses besar demi melahirkan nyawa.

Jadi buat ibu-ibu yang pernah tertanya, “Kenapa perut aku tak sama macam dulu?”  ketahuilah, anda tidak keseorangan. Dan yang paling penting… itu bukan kegagalan.

Itu tanda tubuh pernah berjuang.

Sumber: Khabbab Jamalludin

Published by
Nor Yusoff