Adakalanya arahan kita yang terlalu panjang ditambah dengan emosi yang bermacam-macam membuatkan anak langsung tidak fokus dengan arahan yang diberikan oleh mak ayah. Dek kerana tidak faham, dan berkecil hati, sudahnya anak tidak berjaya melakukan arahan yang kita berikan.

Bukan anak tidak dengar cakap tetapi sebaliknya mungkin semua ini berpunca dari kita yang tidak pandai memberi arahan. Anak-anak perlukan ayat ringkas dan jelas. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Barulah anak makin dengar dan mula memperbaiki dirinya, sekaligus arahan yang diberikan oleh mak ayah.


Ada masanya kita mungkin geram bila si kecil tu

– tak dengar cakap kita
– nak kena marah marah dulu, barulah anak patuh pada arahan
– asyik ulang kesilapan yang sama walaupun kita rasa dah tegur banyak kali

Percayalah, anak kita tu sebenarnya tak sengaja pun nak buat kita naik angin. Boleh jadi kita ni yang
– tak konsisten dan tak tegas
– asyik berubah pendirian
– atau pun kita sendiri yang duk buat benda yang selama ni kita larang anak buat.

Namun menurutnya lagi, mungkin ada waktunya, kita sebagai mak ayah yang tersalah teknik ketika memberi arahan. Ini yang dikongsikan oleh beliau lagi.

IKLAN

Mungkin jugak selama ni kita yang tersilap cara masa berikan arahan kat anak
– kadang tu kita nak suruh anak mandi je pun
– tapi semua benda kita nak pesan sekaligus
– cabut baju, lepas tu letak dalam bakul pakaian
– masuk bilik air cepat, mandi elok-elok jangan melompat-lompat
– pulas air shower tu jangan kuat sangat
– sabun badan rata-rata lepas tu gosok gigi

Akhirnya si kecil kita jadi keliru. Minda dia konfius sebab dia masih belum mampu nak proses semua perkara yang kita suruh tu dalam satu masa.

Sebab tu kalau nampak anak kita tak patuh dengan arahan, elakkan cepat nak tengking dan marah anak tapi

– cuba baiki balik arahan kita tu dengan perkataan yang lebih jelas dan pendek

IKLAN

– bercakap dengan emosi yang tenang dan terkawal

– cepat cepat tunjukkan cara yang betul bila anak buat silap

– jangan tunggu lama-lama baru nak tegur sebab anak mungkin dah terlupa kesalahan dia tu

IKLAN

Banyakkanlah bersabar dan maafkan kesalahan anak anak kecil kita. Minda mereka masih lagi dalam proses nak berkembang.
Percayalah, bimbingan dan tunjuk ajar yang kita berikan tak akan sia sia dan itulah sebenarnya yang buatkan anak anak kita rasa lebih disayangi dan dihargai.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Artikel berkaitan: Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati

Cuba Check Kita Marah Anak Sebab Mendidik Atau Ikut Perasaan Kerana Penat

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)