Marahkan anak tak bermakna itu penyelesaian cepat untuk bagi anak dengar cakap. Sebaliknya ia boleh buat anak kita lagi menyimpan dendam dan melawan.

Cuba perhatikan apabila anak sering di marah, apa tindak balas anak selepas itu. Ya memang akan takut, tetapi kesannya anak boleh melawan balik, tiru balik apa kita buat padanya dan ada juga yang penakut seolah akan terus berdiam diri.  Kesannya tak elok untuk perkembangan anak.

Perkongsian dari seorang ibu, Najibah Mustaffa mengenai kesilapannya yang terlalu cepat marah dan tengking sehingga bagi kesan pada anak tetapi mujurlah cepat tersedar.

Pernah lah dulu-dulu. Acapkali juga bila anak-anak buat kesalahan. Ibu ini marah beria. Siap tengking. Padahal kesalahan tu kecil sahaja.

Terpecahkan pinggan mangkuk. Habiskan mandian sebotol yang tak sampai 24 jam beli. Tak kemas katil. Bergaduh adik-beradik.

Cakap Elok-Elok Masa Marah Anak. Jika Ibu Ayah Asyik Tinggi Suara Lagi Kuat Melawannya 

Walhal buat silap adalah proses setiap manusia lalui. Bila ingat balik, allahu teruknya lahai perangai ibu ni yang tak mampu kawal emosi sendiri. Nak anak terdidik emosinya, tapi ibu pun kelam kabut. Zaman baru jadi ibu, tak ada ilmu.

Kesan marah tengking ni teruk sangat rupanya.

Ibu perasan Aqilah anak sulung, bila kena marah dia diam sahaja. Wajah tak ada perasaan. Mata kebil-kebil. Bila ibu tanya, tak jawab. Kita pun jadi lagi nak marah.

Afiqah anak nombor dua pula, bila kena marah nampak takut-takut. Nak bercerita apa yang berlaku pun nampak anak matanya melilau.

IKLAN

Afifah anak nombor tiga jarang kena marah. Tapi sekali kena marah memang menangis terus. Teresak-esak!

Amirah anak nombor empat ibu tak ada lah marah. Kalau berlakon marah, dipukulnya muka ibu. Siap cakar pun ada!Huhu.

Cakap Elok-Elok Masa Marah Anak. Jika Ibu Ayah Asyik Tinggi Suara Lagi Kuat Melawannya 

Sehinggalah ibu terbaca perkongsian Dr.Taufiq Razif tentang anak-anak yang selalu kena marah ni. Siap tengking, pukul pun ada.

Mereka akan jadi 3F ini.

Fight. Melawan.
Flight. Penakut
Freeze. Beku. Kaku

Allahu. Bila jumpa perkongsian Dr. Taufiq ni terus insaf dan rasa syukurnya jumpa ilmu berharga ini. Lepas-lepas tu bila rasa nak marah anak terus ingat kesan 3F ini.

IKLAN

Bukan tak boleh marah langsung. Membesarkan anak-anak ini banyak cerita dan dramanya kan. Tapi ada caranya..

Contoh hari tu adalah mereka 4 beradik makan di dapur. Prangggg! Dengar ada bunyi sesuatu pecah.

Ibu tunggu sahaja. Datanglah Afiqah anak nombor dua. Dia selalu jadi orang tengah apa-apa hal pun.

“Ibu, tadi kitorang kat dapur. Tak sengaja terpecahkan cawan”. Wajahnya takut-takut.

Ibu tanya. “Dah buang yang pecah?”

Dah. Jawabnya.

IKLAN

Ok. Nanti ibu sapu. Lain kali hati-hati.

Okay. Jawabnya dengan suara ceria.

Cakap Elok-Elok Masa Marah Anak. Jika Ibu Ayah Asyik Tinggi Suara Lagi Kuat Melawannya 

Sebenarnya mudah sahaja. Terbuat salah adalah proses. Yang penting, ajar anak apa solusi selepas buat salah tu, dan apa pengajarannya.

Anak-anak macam kita juga. Ada emosi. Ada sekeping hati. Yang jika dimarah selalu, disakiti selalu. Jadilah hati itu luka. Emosi tercalar. Fizikal mungkin ok, tapi dalamannya rosak. Dan sudah tentu akan beri kesan kepada pembentukan karektornya nanti.

Sekarang, bila ibu sudah jarang marah anak macam dulu-dulu. Anak-anak lebih mudah diurus dan mendengar kata. Emosi ibu pun lebih tenang.

Ibu pesan kepada diri selalu. Dalam rumahtangga. Guna kata-kata yang baik. Banyakkan bahasa kasih sayang.

Kasih sayang. Selalu banyak kebaikan

Sumber: Najibah Mustaffa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI