Peningnya berhadapan dengan anak talkative. Tanpa seminit pun masa tidak diisi dengan pertanyaan demi pertanyaan dari mulutnya. Habis idea mama dan papa untuk menjawab setiap pertanyaan si anak. Awas, jangan dek kerana pening menjawab, mama papa mengabaikan mereka. Buruk kesannya.

Menurut Pn Noor Asyikin Ahmad yang berpengalaman lebih 14 tahun sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak, anak-anak talkative yang banyak bertanya seharusnya tidak dibiarkan tanpa jawapan. Jawablah, kerana ini yang terbaik untuk perkembangan anak kita.

Cakap Tak Berhenti & Asyik Bertanya, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bantulah Anak Talkative!

Istilah talkative memberi maksud ‘peramah’ suka atau gemar bercakap. Ibu bapa mungkin pernah berhadapan dengan situasi anak yang banyak bercakap dan bertanyakan pelbagai soalan tanpa henti. Dari satu soalan, kemudian kepada soalan dan seterusnya kepada soalan yang lain. Apa? Kenapa? Bagaimana? Di mana? dan Siapa?

Contoh: “Ibu kenapa bunga merah?” “Kenapa tanam di sini?” “Ibu kenapa mesti mandi?” “Kenapa ibu tak mandi?”.

Mengapa kanak-kanak talkative bertanya banyak soalan?.

Menurut pakar, kanak-kanak yang aktif atau banyak bercakap mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Mereka berada di dalam dunia dewasa di mana mereka memerlukan maklumat setiap hari dan kadangkala pertanyaan mereka itu sebenarnya menunjukkan mereka keliru apa yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri. Lalu mereka akan terdorong untuk mengetahui sesuatu perkara.

CIPTA BONDING
Anak talkative lebih dilihat daripada sudut positif bila mana ibu bapa dapat membantu mereka memahami mana yang betul dan mana yang salah. Ini berlaku apabila ibu bapa berhadapan dengan situasi anak talkative, mereka mendengar, memberi idea atau respon setiap pertanyaan anak-anak ke arah kebaikan.

Anak-anak talkative juga mampu memberi kesan yang positif untuk komunikasi dan membuatkan perhubungan dan ‘bonding’ antara ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih positif. Ini kerana kanak-kanak ini sentiasa “terjah” dengan pelbagai soalan demi soalan yang agak mencabar, jika tidak menjawab mereka akan terus bertanya.

Cakap Tak Berhenti & Asyik Bertanya, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bantulah Anak Talkative!

IKLAN

Jika ibu bapa menipu pastinya akan merasa bersalah dan sebaliknya jika menjawab yang benar mereka akan bertanya soalan yang lain. Jelas, di sini dapat dilihat sentiasa wujud komunikasi yang baik dan membina malah ibu bapa juga dapat memberi panduan, jawapan yang dapat meransang minda anak-anak sekali gus menjadikan hubungan ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih baik dan akrab.

Kanak-kanak talkative juga sentiasa bertenaga dan bersemangat, ibu bapa harus pandai menyalurkan tenaga dan semangat anak-anak dengan cara yang betul. Dengan ini ia dapat membantu mereka untuk pelbagaikan sesuatu yang baru.

Contohnya seperti mencipta satu hobi yang baru kepada anak-anak seperti mewarna, melukis dan membuat aktiviti kolaj dan sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling. Kepetahan bercakap dan mengutarakan soalan petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka.

Selain itu, kebaikan kanak-kanak talkative ini memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka melalui sifat atau perasaan ingin tahu dan galakkan daripada ibu bapa. Ada kajian yang mengatakan bahawa ibu bapa yang sering menggalakkan anaknya bercakap atau bertanya, akan memberi impak yang positif untuk pembelajaran mereka.

Cakap Tak Berhenti & Asyik Bertanya, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bantulah Anak Talkative!

IKLAN

Mereka akan lebih kreative dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan banyak pertanyaan dan persoalan sebelum mencuba dan mencari jalan penyelesaian. Semua ini bermula dengan sifat ingin tahu serta gemar bercakap dan mengutarakan soalan.

Selain itu juga, kanak-kanak yang talkative mampu menambah perbendaharaan kata. Contohnya bayi berumur 12 bulan masih tidak mampu bercakap dengan banyak, tetapi mereka mampu untuk memahami sehingga 60 perkataan dalam tempoh sehingga 18 bulan. Perkembangan bahasa mereka berlaku dengan drastik. Oleh itu ibu bapa perlu bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya, maka makin banyak bercakap atau bertanya, makin banyaklah mereka tahu dan belajar.

Namun demikian baik tetap ada ada buruknya. Melayan anak-anak bercakap memang boleh menjadi sukar disebabkan memerlukan ibu bapa mendengar mereka sepanjang masa. Dan kerap terjadi anak-anak akan menyampuk atau mencelah semasa orang dewasa bercakap. Jadi ibu bapa harus lebih banyak bersabar bila berhadapan dengan situasi anak-anak yang talkative. Jika kita menghalang mereka dari bercakap sesuatu, ada kemungkinan akan wujud jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Selain itu juga kita akan membunuh semangat dan perasaan ingin tahu mereka. Jadi ibu bapa jangan malas menjawab!!

Cakap Tak Berhenti & Asyik Bertanya, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bantulah Anak Talkative!

KESAN PSIKOLOGI DAN JANGKA MASA PANJANG
Teori Piaget ada menyatakan tahap kesedaran deria motor ini melibatkan kanak-kanak yang berusia satu hari sehinggalah umurnya mencecah dua tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu untuk membentuk skema bahasa dan struktur kognitif mereka sendiri. Mereka turut membentuk simbolik bahasa mereka yang tersendiri.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah bayi berumur 12 bulan walaupun tidak mampu bercakap dengan banyak, tetapi mampu untuk memahami 60 perkataan dalam tempoh sehingga 18 bulan. Ini menunjukkan perkembanagan bahasa berlaku dengan drastik dan ibu bapa perlu bersedia dengan sifat talkative anak-anak dan soalan-soalan yang bakal diberikan.

Tahap pemikiran praoperasional menurut Teori Piaget pula berlaku pada tahap umur kanak-kanak mencecah dua tahun sehinggalah usia tujuh tahun. Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka. Kanak-kanak yang berumur empat tahun boleh menyoal sehingga 437 soalan dalam sehari!.

Cakap Tak Berhenti & Asyik Bertanya, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bantulah Anak Talkative!

Sekiranya anak anda berumur 3 hingga 4 tahun, pada peringkat inilah kita boleh kembangkan kemahiran membaca mereka. Telah terbukti bahawa kanak-kanak yang talkative suka bercerita dan mengada-adakan cerita mereka sendiri. Ini menunjukkan mereka suka membaca sesuatu yang baru. Justeru itu, ibu bapa boleh membantu anak-anak mengembangkan hobi membaca mereka.

Jelas dengan perkongsian ini menunjukkan kanak-kanak yang talkative suka meneroka apa yang ada di persekitaran dan suka bercakap melalui perasaan ingin tahu mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau pendidik kita harus memberi panduan, galakkan dan jawapan yang dapat meransang minda anak-anak kita.

Artikel berkaitan: Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah, Jangan Biasakan Sepah, Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main Walaupun 1 Mainan!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI