Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil dilapor hilang selepas tidak pulang ke rumah.
Menurut laporan, calon SPM ini dilihat terakhir kali selepas dia pulang apabila tamat sesi persekolahan di Kepong sejak Selasa.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.11 malam di Balai Polis Kepong oleh bapa mangsa.
Tambah Timbalan Ketua Polis juga, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian sukan putih iaitu kemeja T sukan dan seluar tracksuit.
Ads
Ibunya, Rozita Nordin, 49 meminta orang ramai agar turut mengesan di mana kedudukan Jaffan memandangkan anaknya itu bakal menduduki peperiksaan SPM yang sedang berlangsung.
“Tolong, kami sudah cari merata. Dia anak yang baik, bukan budak nakal, kami sekeluarga risau sangat.
“Setiap hari saya hantar anak saya ini dan adiknya ke sekolah. Waktu pulang pula kami upah pemandu teksi yang sudah lama membantu mengambil anak saya sejak zaman abangnya lagi”
Ads
“Semalam pemandu teksi itu tunggu anak saya bersama adiknya, lebih sejam juga tunggu tapi Jaffan tidak keluar dari kawasan sekolah sebelum pakcik teksi ini hubungi saya untuk maklumkan,” ujarnya.
Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali terakhir dilihat oleh rakannya di sebuah stesen minyak di Segambut.
Ads
Rozita berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu semalam.
Susulan itu, usaha mengesan mangsa sedang dijalankan selepas satu kertas siasatan telah dibuka mengikut kategori Orang Hilang.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehingga semalam jumlah kes baharu yang dicatatkan di negara bertambah 170 kes. Dengan itu menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,987 dengan lima kes kematian baharu dicatatkan. Daripada lima kematian tersebut, empat daripadanya merupakan pesakit lelaki dan seorang perempuan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar kematian kaum lelaki akibat wabak COVID-19 di negara ini adalah lebih tinggi berbanding wanita.
Ia termasuk faktor kehadiran jemaah lelaki di Himpunan Tabligh di Sri Petaling serta aktiviti kumpulan itu yang banyak berada di luar rumah.
“Persoalan kenapa lelaki yang meninggal dunia berbanding wanita, iaitu 75 peratus lelaki dan wanita 25 peratus. Dalam himpunan di Sri Petaling kebanyakan adalah lelaki. Kita dapati kes kematian paling tinggi ialah mereka yang hadir di Sri Petaling iaitu lebih 30 peratus. Itu satu faktor.
“Kedua, mungkin lelaki banyak aktiviti luar banding wanita. Namun yang pasti, mereka meninggal dunia 50 peratus adalah lebih 60 tahun ke atas jadi risiko dia semakin tinggi. Lebih daripada 85 peratus daripada mereka yang meninggal dunia ada penyakit lain contohnya kencing manis, darah tinggi dan jantung,” tambahnya lagi.
Ujarnya, mereka yang mempunyai penyakit lain akan mempunyai gejala yang lebih teruk berbanding mereka yang tiada penyakit.
“Itulah antara faktor yang menyebabkan kes kematian lelaki itu tinggi,” ujar beliau.
Usahawanterkenal, Datuk Seri AliffSyukriakhirnyaakurapabilaanakperempuannya, Qadejah El Zahra, berjaya ‘memujuk’ untukmemilikiseutas jam tanganmewahberjenama Cartier.
Bapakepadaenam orang cahayamatainipercayabahawamembahagiakananak juga adalahsatubentukrezeki yang patutdikongsi.
Menerusisesisiaranlangsung di TikTok, Aliffdilihatbersamaanak-anaknyasedangmempromosikanprodukjualansambilberceritatentang jam eksklusiftersebut.
Tambahnyalagi, hadiahitubukansekadarsimbolkemewahan, tetapitandakasihsayang dan penghargaan buat anak yang menjadikekuatan dan sumberinspirasidalamkehidupannya.
“Sejujurnyasayatakmampunakbeli. Tetapisayabeli juga sebabanak-anaksayaadalahkekuatansaya.
“Saya bekerjakeras, adarezeki pun untukmereka juga..takbanyaktapisedikit.
“Walaupunsayagarang dan tegas, semuainiuntukanak-anaksaya.
“Sebenarnyasebeluminidiakenamarahsebabpakai jam mama dia,” kongsinyaberceritamengenaipemberian jam yang mulatular di media social.
Rata-rata warganetmulamenekaharga jam mewahitu yang didakwabernilaipuluhanriburinggit. Bagaimanapun, usahawanberusia 37 tahuntersebutengganmendedahkanhargasebenar.
“Ini salah satubarangimpian Cess.
“Takbolehberitahuharga. Nantiada orang kata kami adaperasaanriak dan takbur pula.
Terdahulu, anakkepadausahawansensasi, Datuk Seri AliffSyukriiaituQadejah El Zahra berkongsiberitagembiraapabilabapanyamerealisasikanimpiannyauntukmemilikiseutas jam tanganjenama Cartier yang mencecahhargapuluhanribu.
Menerusihantaran di TikTok, Qadejah yang mesradisapa Cess memuat naik video unboxing jam tangan cartier selepas netizen memintakemaskini (update) terbaharudaripadanya.
“Berjaya paw abah dan betul-betuldapatbeli,” ujarnyaringkas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, tragedi tidak datang dalam bentuk jeritan atau kemalangan besar. Ia datang dalam senyap, dalam tawa kanak-kanak, dalam permainan yang kita anggap biasa-biasa sahaja.
Itulah yang berlaku kepada seorang budak 7 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan di bahagian kemaluan, dipercayai akibat digigit lintah ketika bermain di kawasan sawah di Sungai Rambai, Jasin Melaka.
Kejadian yang menyentuh hati ini berlaku pada Ahad lalu apabila mangsa menyertai satu program dan bermain di kawasan sawah. Bagi kanak-kanak, tempat itu kelihatan seperti dunia penuh keseronokan, namun hakikatnya menyimpan risiko yang tidak disedari.
Menurut maklumat awal, ibu mangsa membawa anaknya ke Hospital Jasin selepas kanak-kanak itu mengadu kesakitan serta mengalami pendarahan.
Sumber berkata, polis menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari selepas pihak Wad Kecemasan Hospital Jasin menghubungi mereka.
Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada bahagian kemaluan mangsa. Namun, keadaan tersebut cukup mencemaskan sehingga pihak hospital menghubungi polis sekitar jam 1 tengah hari bagi mematuhi prosedur standard.
Lebih meruntun perasaan, ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam ketika berada di kawasan sawah tersebut.
Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar. Hasil pemeriksaan perubatan tidak menolak kemungkinan pendarahan berpunca daripada gigitan lintah.
Menurut sumber, ibu mangsa turut memaklumkan anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam ketika berada di kawasan sawah itu.
Pihak perubatan turut mengesahkan bahawa tiada unsur kecederaan trauma atau jenayah seksual dikesan. Laporan polis dibuat semata-mata untuk melengkapkan prosedur perubatan yang ditetapkan.
PENGAJARAN: INFO TAMBAHAN
Lintah merupakan sejenis parasit yang hidup di kawasan lembap seperti sawah dan paya. Air liurnya mengandungi bahan anticoagulant yang boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan walaupun luka gigitan kelihatan kecil.
Kejadian budak 7 tahun dikejarkan ke hospital ini bukan tentang menyalahkan mana-mana pihak. Anak-anak bermain kerana mereka ingin mengenal dunia. Mereka tidak tahu membezakan antara selamat dan bahaya.
Bagi mereka, selagi orang dewasa berada di sekeliling, semuanya dirasakan baik-baik sahaja. Namun, alam semula jadi tidak berfikir seperti itu.
Lintah bukan sekadar makhluk yang menjijikkan. Gigitan lintah boleh membawa risiko pendarahan serius, jangkitan dan dalam kes tertentu boleh mengancam nyawa, terutama kepada kanak-kanak yang tubuhnya masih kecil dan rapuh.
Kejadian ini wajar dijadikan peringatan kepada semua ibu bapa dan penjaga.
Lokasi permainan anak-anak perlu sentiasa dipantau, terutamanya kawasan berisiko seperti sawah, sungai, paya atau semak.
Pakaian anak juga perlu lengkap dan sesuai, termasuk pemakaian seluar dalam walaupun sekadar bermain untuk tempoh yang singkat.
Selepas bermain di kawasan terbuka, pemeriksaan badan anak perlu dilakukan bagi memastikan tiada gigitan serangga atau parasit yang terlepas pandang.
Jangan pernah rasa bersalah untuk menjadi ibu bapa yang “terlalu risau”. Lebih baik anak merajuk kerana ditegah, daripada kita menanggung penyesalan seumur hidup.
Anak itu tidak bersalah. Ibunya juga tidak berniat. Namun, kejadian ini cukup sebagai peringatan bahawa satu kelalaian kecil boleh bertukar menjadi detik yang menggetarkan jiwa.
Kadang-kadang, tugas kita sebagai ibu bapa bukan sekadar membenarkan anak bermain, tetapi memastikan mereka pulang dengan selamat.