Dalam dunia keibubapaan hari ini, ramai ibu ayah rasa tertekan bila anak belum pandai membaca, terutama bila nampak anak orang lain dah boleh baca buku cerita dengan lancar. Tapi sebenarnya, setiap anak ada masa dan gaya belajar yang berbeza.
Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, beliau berkongsi 7 cara ajar anak membaca yang boleh dijadikan panduan berguna untuk ibu ayah lain. Katanya, jangan sesekali paksa anak atau stres, sebab tekanan hanya akan buat anak hilang minat untuk membaca. Bahaya tau!
Nak tahu macam mana cara dia ajar anak sampai pandai membaca dengan santai? Jom tengok satu-satu.
1. Bacakan Buku Sejak Kecil (Read Aloud)
Mulakan seawal mungkin seawal 6 bulan pun dah boleh bacakan buku cerita. Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam suasana yang sering dibacakan buku dan selalu berkomunikasi akan memiliki kosa kata yang lebih banyak.
Sebelum ajar anak membaca, biar dulu mereka pandai bercakap dan faham arahan. Menurut pakar terapi carakerja (OT), bawah umur 2–3 tahun tak perlu ajar ABC atau 123 lagi, cukup fokus pada perkembangan asas dulu.
Ads
2. Dengar Lagu & Menyanyi Bersama
Irama dan lagu bantu stimulasi otak anak. Bila anak menyanyi sambil menari, dua-dua belah otak aktif! Kalau guna fonik, boleh guna lagu popular seperti “Abu Ada Ayam” atau lagu ABC. Janji anak enjoy!
3. Bermain Dengan Huruf
Setiap huruf boleh dijadikan aktiviti menyeronokkan. Contohnya, huruf A untuk ayam — guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Biar anak kupas kulit telur tu sendiri.
Aktiviti begini bantu kuatkan motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-tangan. Boleh juga buat “game tabur huruf”: sebut bunyi huruf dan suruh anak cari yang betul. Seronok dan efektif!
4. Gabung Bunyi (Phonics Blending)
Kalau guna fonik, ajar anak gabungkan bunyi seperti /beh/ + /aa/ = ba. Kalau ikut kaedah suku kata pun sama konsep — ‘b’ kawan dengan ‘a’ jadi “ba”.
Ads
Ibu ini siap DIY guna muka Hello Kitty, letak huruf satu-satu untuk anak belajar! Nak versi comel lagi, boleh cari flip-card menarik di pasaran.
5. Aktiviti Suku Kata
Bila anak dah boleh gabung dua huruf, teruskan dengan aktiviti suku kata. Contohnya bahagian tubuh: Da-hi, Pi-pi, Da-gu, Ka-ki.
Anak lebih cepat tangkap bila belajar sambil melihat, menyentuh dan bermain — bukan hanya melalui buku. Katanya, dia suka “bawa keluar” isi dari buku jadi benda nyata yang anak boleh pegang dan rasa.
6. Membaca Di Mana-Mana
Bila anak dah boleh membaca sedikit, jadikan membaca sebagai rutin bersama. Contohnya, ibu baca satu ayat, anak sambung ayat seterusnya. Tampal poster bacaan di tempat yang mudah dilihat — dinding, peti ais, ruang tamu. Membaca bukan hanya di buku, tapi di sekeliling kehidupan anak.
Ads
7. Jangan Stress, Jangan Drill – Make It Fun!
Pesan ibu ni, “Please jangan stress!” Bila kita tegang, anak pun boleh rasa. Bila kita paksa, minat mereka hilang. Cuba fikir aktiviti yang menarik minat anak, peluk dan puji selalu.
Katanya, setiap hari dia cuma luangkan 5–15 minit untuk aktiviti membaca. Selebihnya, main, main, dan main! Tahu-tahu saja, anak dah boleh membaca dengan lancar.
Cara ajar anak membaca bukan melalui paksaan, tapi melalui kasih sayang, komunikasi, dan keseronokan. Semoga perkongsian ini bantu ibu ayah di luar sana faham bahawa perjalanan membaca anak tak perlu stres — yang penting, enjoy the process dan raikan setiap kemajuan kecil mereka.
Anak kecil kita yang masih tidak pandai bercakap biarpun usia sudah menjangkau tiga tahun dan ke atas sememangnya amat merisaukan. Namun sebelum kita merujuk kepada yang lebih pakar, apa kata lihat perkembangan anak kita dahulu.
Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Nurul Sheriena Musa, lihat dan nilailah perkembangan asas anak dahulu dan semak samada anak sememangnya terlambat atau ada sebenarnya kurang faham dengan sekeliling dan situasi sehingga menyebabkan dia lambat bercakap. Ini yang boleh mak ayah periksa lebih dahulu.
SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas?
Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau kebolehan untuk bercakap? Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja.
Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama sama bantu anak anak yang ada Isu ‘Speech Delay’
Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:
1️. Kesediaan Sensori
Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita. Sebab mereka sibuk mencari Stimulasi Sensori yang lain. Melompat lah, berlarilah, menggigitlah..
jadi nak pandang mata kita dan dapatkan Eye Contact akan mencabar.
2️. Kawalan Tingkah Laku
Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.
Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui Verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?
Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk ‘pause’ nyatakan emosi melalui perkataan kan.
Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa apa.
3️. Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.
OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.
4️. Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi. Oral Motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.
Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan di mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak
5️. Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari Kemahiran Kognitif.
Anak akan faham duduk maksudnya apa.
Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.
Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘duduk atas kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.
Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak anak ‘Speech Delay’ ini.
Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg. Kita nampak ais di atas tak nampak ais di bawah yang jauh lebih besar.
Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko Speech Delay macam yang diterangkan di atas tu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai orang menggunakan petua letak susu dalam mata anak bila anak sakit mata, masalahnya adalah ia betul?
Jangan hanya ikut sahaja tanpa usul periksa. Bimbang nanti ia akan memudaratkan kesihatan dan nikmat penglihatan yang telah dikurniakan. Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi dari UiTM Private Specialist Centre telah mengulas tentang enam mitos tentang mata yang banyak berlegar dalam masyarakat kita. Kebanyakannya ia salah dan tidak tepat. Berikut ialah perkongsian beliau;
MITOS #1: BETUL TAK BAYI SAKIT MATA KITA BOLEH LETAK SUSU IBU?
Ok kalau bayi sakit mata kita tak boleh letak susu ibu. Ia adalah mitos. Memang dalam susu ibu ada antibodi. Tetapi, antibodi bukanlah antibiotik. Walau pun ada antibodi dalam susu ibu, jika bayi kita terkena sakit mata, kita perlukan antibiotik.
Dalam susu ibu juga ada banyak bahan makanan. Contohnya gula. Gula ini kuman pun suka dan boleh menyebabkan lebih banyak kuman membiak. Maka adalah tidak sesuai sama sekali meletakkan susu ibu dalam mata anak yang terkena sakit mata.
JANGAN LETAK SUSU IBU DALAM MATA ANAK YANG SAKIT MATA.
MITOS #2: KALAU KITA INTAI ORANG MANDI, KITA BOLEH DIJANGKITI KETUMBIT KE?
Tidak, kalau kita intai orang mandi kita tak akan dapat ketumbit, tapi kita dapat dosa. Ketumbit bukan disebabkan mengintai, ketumbit berlaku kerana tersumbatnya kelenjar Meibomeian.
Ia berlaku apabila ada kekotoran atau solekan yang tidak bersih dan menyebabkan kelenjar tersebut tersumbat. Nama ketumbit dalam istilah perubatannya ialah stye atau chalazion.
MITOS #3: PANDANG ORANG SAKIT MATA BOLEH BUAT KITA DIJANGKITI?
Pandang orang yang sakit mata tidak menyebabkan ia berjangkit. Ini adalah mitos. Sakit mata terjadi disebabkan oleh virus. Jadi ia akan tersebar disebabkan oleh sentuhan. Contohnya orang yang sakit mata berair mata, dia mengelap dengan tisu dan membuangnya merata-rata, orang lain tersentuh tisu pula. Maka hanya dengan sentuhan ini ia boleh tersebar.
Ia tidak akan tersebar hanya dengan pandangan mata/ memandang orang yang sakit mata. Satu lagi mitosnya ialah memakai cermin mata hitam untuk elak ia berjangkit. Itu juga tidak boleh mengelakkan daripada terjadinya berjangkit. Selalulah cuci tangan, bukan pakai cermin mata hitam atau elak memandang orang yang sakit mata.
MITOS #4: KALAU PAKAI CONTACT LENSE (KANTA LEKAP) BOLEH SAKIT MATA TAK?
Ya, memakai kanta lekap boleh menyebabkan sakit mata jika
1)Memakainya terlalu lama.
2)Tidak jaga kebersihan.
Jika mahu pakai kanta lekap, pastikan anda tidak memakainya terlalu lama dan jaga kebersihan tangan, kanta lekap itu sendiri dan bekas penyimpanannya.
MITOS #5: MATA BERDENYUT , ADA ORANG RINDU KAT KITA?
Mata berdenyut bukan sebab orang rindukan kita tetapi gangguan saraf. Saraf tersebut berdenyut sendiri tanpa diberitahu oleh otak. Kadangkala ia boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti Bell’s Palsy atau pun ada gangguan saraf pada saraf ke tujuh. Jika keadaan ini berterusan, anda perlu berjumpa doktor. Tapi jika ia berlaku sekali sekala itu biasa.
MITOS #6: BETUL KE RABUN BOLEH DIWARISI MELALUI KETURUNAN?
Betul. Rabun jauh boleh diwarisi melalui keturunan terutamanya dari kedua-dua ibu bapa kepada anak.
Sudah ramai ibu yang semakin peka tentang kebaikan susu kambing kepada anak-anak. Selain kaya dengan pelbagai nutrisi, susu kambing juga mempunyai kebaikan tersendiri berbanding susu lembu.
Selain mempunyai kalsium yang tinggi, pengambilan susu kambing secara berterusan juga mampu membantu mencegah pereputan tulang atau osteoporosis. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino yang diperlukan tubuh.
Berikut antara khasiat susu kambing yang baik untuk si kecil anda:
Menguatkan tulang
Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 220mg kalsium. Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang.
Sistem Imun Kuat
Susu kambing dapat membina sistem imun yang kuat. Kaya dengan khasiat nutrisi seperti nukleotida, asid sialik dan vitamin C dan E. Susu kambing juga dapat membantu si kecil anda sihat dan menjalani waktu kecil mereka dengan gembira.
Kandungan Nutrisi Semula Jadi Yang Tinggi
Kandungan nutrisi semula jadi yang tinggi dalam susu kambing tidak memerlukan proses yang banyak untuk menghasilkannya. Dengan nutrisi semula jadi juga membuatkan susu kambing mudah dicerna.
Mudah Untuk Dihadam
Kehadiran ‘fat globules’ yang kecil dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam. Asid lemak yang terkandung di dalam susu kambing hanya 1/3 daripada susu lembu. Oleh kerana itu, ia senang untuk dihadam dan mengurangkan risiko untuk anak mendapat sembelit. Protein yang terkandung dalam susu kambing juga lebih mudah untuk dileraikan, dihadam dan menyerap pada tubuh manusia.
Meningkatkan Kesihatan Otak
Kajian menunjukkan kehadiran lipid MFGM semula jadi. Susu kambing juga mempunyai DHA, AA dan taurina yang membantu perkembangan otak
Karihome Formula Susu Kambing No. 1 Di Malaysia
Justeru itu dengan kebaikan yang terkandung di dalam susu kambing, pemilihan susu kambing Karihome adalah pilihan terbaik ibu dan ayah untuk si kecil anda.
Susu Kambing Karihome merupakan formula susu kambing No.1 di Malaysia. Ia merupakan susu kambing pertama di Malaysia yang mengandungi formula kanak-kanak pelbagai jenis. Selain itu susu kambing Karihome juga merupakan susu yang diluluskan oleh organisasi kesihatan terkemuka seperti CODEX dan KKM.
Karihome adalah satu-satunya formula susu kambing di Malaysia yang mengandungi ujian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing dapat menyokong kenaikan berat badan dan pertumbuhan anak-anak. Ia terbukti secara klinikal SELAMAT untuk diminum oleh kanak-kanak dan dapat menyokong pertumbuhan.
Antara khasiat yang terkandung dalam susu kambing Karihome:
Mengandungi 13 vitamin dan 12 mineral yang dapat memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.
Mempunyai kalsium semula jadi
Mengandungi asid lemak semula jadi dan bermanfaat seperti (asid linoleik konjugat) CLA yang sangat penting untuk pertumbuhan anak-anak.
Bukan sahaja mengandungi khasiat lengkap untuk si kecil anda, Karihome juga adalah produk yang diimport sepenuhnya dari New Zealand.
Apa yang membezakan Karihome daripada susu kambing formula yang lain adalah sumber susu kambing yang segar daripada ladang sendiri. Lokasi ladang yang berdekatan dengan kemudahan pembuatan dan pembungkusan memberikan kelebihan untuk memelihara kesegaran susu.
Susu yang segar merupakan kunci utama kenapa susu kambing Karihome mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.