Setiap ibu bapa inginkan terbaik buat anaknya. Begitu juga dengan pelakon Rita Rudain. Walaupun Rita sibuk dengan dunia lakonan dan komitmen kerja yang tak menentu, dia tetap utamakan tanggungjawab sebagai ibu.
Dalam kesibukan jadual, tetap mencari masa untuk pantau pelajaran anak-anak, ambil tahu perkembangan mereka kerana bagi Rita, kejayaan sebenar adalah bila anak-anak membesar dengan ilmu, akhlak dan kasih sayang yang cukup.
Malah kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak lelaki Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, sering menjadi perhatian dan pujian warga maya.
Baru-baru ni, Rita ada share satu teknik belajar yang anaknya guna. Kapsyen yang ringkas tetapi menarik perhatian ramai. Namun tak sangka, ramai pula yang komen kata teknik tu sebenarnya memang berkesan ada yang dah cuba, dan nampak perubahan pada anak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Moktar berkongsi tentang teknik pembelajaran anak sulung, Airit Rayyan Rizqin. Lebih menarik, rupanya ,gaya belajar Rayyan yang santai dan bersahaja rupa-rupanya teknik yang berkesan untuk belajar
“Kisah malam tadi. Macam-macam cara belajar, Dag macam cakap seorang-seorang.
“Tak sampai 30minit dia kacau kucing pula. Lepas tu tinggal buku atas meja.
Ads
Namun, siapa sangka hantaran yang nampak biasa-biasa itu, perkongsian seorang ibu mengenai kegigihan anak untuk belajar telah menarik perhatian seorang kaunselor terkenal.
Hantaran tersebut menarik perhatian Coach Azizul, seorang kaunselor terkenal, yang berkongsi pandangannya melalui satu thread di akaun @coachazizulofficial. Beliau menjelaskan bahawa gaya belajar Rayyan sebenarnya selari dengan satu teknik psikologi yang terbukti berkesan.
“Rayyan sebenarnya menggunakan Teknik Jeda yang diperkenalkan oleh Dr Marthy Lobdel, pakar psikologi. Teknik ini menyarankan pelajar untuk belajar selama 30 minit dan berhenti selama lima minit untuk rehat singkat. Tujuannya adalah untuk ‘mengecas’ semula minda,” terang Coach Azizul.
Menurutnya, waktu rehat itu boleh diisi dengan aktiviti ringan yang menyeronokkan seperti bermain dengan haiwan peliharaan. Selepas itu, pelajar boleh menyambung semula sesi pembelajaran dengan lebih segar.
Ads
Beliau turut menjelaskan perbezaan antara Teknik Jeda dan Teknik Pomodoro, satu kaedah pengurusan masa popular dalam kalangan pelajar.
“Teknik Pomodoro diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada 1980-an, manakala Teknik Jeda berasal daripada Dr Marthy Lobdel, profesor psikologi dari Pierce College, Washington. Konsep Dr Marty lebih kepada belajar dengan bijak, bukan belajar lebih lama,” tambahnya lagi.
Rita turut menghargai penerangan tersebut dan berkongsi satu lagi kisah menarik tentang Rayyan. Menurutnya, seorang guru pernah menceritakan pengalaman melihat Rayyan tertidur sewaktu menunggu giliran dalam ujian hafazan al-Quran. Namun selepas dikejutkan, dia dapat menyambung hafazannya dengan lancar.
Ads
Rita berkata Rayyan sering memberitahunya bahawa tidur dan ulang kaji saat akhir adalah cara paling berkesan untuknya mengingati pelajaran.
“Saya selalu tanya dia, ‘Bila nak belajar? Mommy tak nampak pun Rayyan study. Dah nak exam ni.’ Tapi dia jawab, ‘Rayyan kena tidur dulu, baru boleh ingat. Study last minute baru lekat.’”
Untuk makluman, Rayyan kini menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam program Ulul Albab dan sering menerima Anugerah Pengetua atas pencapaiannya yang cemerlang.
Selain akademik, Rayyan juga aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak dan olahraga. Baru-baru ini, dia berjaya memecahkan beberapa rekod kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam, termasuk rekod yang telah bertahan selama dua dekad.
Kehadiran sepasang cahaya mata telah melengkapi kehidupan Amar Baharin dan Amyra Rosli. Keluarga kecil ini begitu low profile dan tidak banyak berkongsi kisah kehidupan mereka di media sosial melainkan hal-hal tertentu sahaja.
Apa yang menarik perhatian ramai, nampaknya anak-anak Amyra dan Amar ini semakin comel apatah lagi anak sulungnya Aqeef Anaqi yang dilihat semakin bersemangat badannya manakala si adik, Ayra Aryssa banyak ikut muka mommynya.
Terbaru dalam perkongsian di instagram Amar dan Amyra, kelihatan mereka sekeluarga telah menyambut hari lahir yang ke-3 untuk Ayra. Sambutan yang dilakukan itu hanya sederhana saja tetapi sangat bermakna.
Dalam perkongsian itu Amyra menitipkan doa agar Aryssa membesar menjadi anak solehah.
“Happy Birthday anak solehah. Semoga menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan berbakti pada mommy daddy, membesar menjadi seorang yang menyenangkan dan disenangi orang ramai serta berjaya dunia akhirat.”
Sementara itu, bagi Amar pula, sebagai seorang bapa, dia turut mengharapkan anak perempuannya itu sentiasa dalam perlindungan Allah dan diberi kesihatan yang baik.
“Happy Birthday Adik..
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk adik. Diberi kesembuhan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan, amin.”
Doa yang dititipkan oleh Amyra dan Amar itu telah mendapat reaksi positif daripada rakan dan peminat kedua-duanya dan turut mengharapkan Aryssa sentiasa dalam rahmat Allah sepanjang masa.
Bahkan ramai juga yang menyatakan, makin Aryssa besar, makin iras muka mommynya. Dengan mata yang bulat tu, seolah-olah melihat Amyra Rosli seperti zaman kanak-kanak.
Apa-apa pun semoga Aryssa terus sihat membesar dan menjadi kebanggaan mommy daddy suatu hari nanti.
Anakanda Sultan Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah kini menjadi perhatian ramai apabila wajah tampan serta personaliti sopannya mula tular di media sosial. Remaja berusia 17 tahun ini adalah putera kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Baru-baru ini, beberapa gambar serta video Raja Azlan yang dikongsikan di aplikasi Threads menarik perhatian netizen. Rata-rata kagum dengan penampilan segak beliau yang disamakan dengan pelakon Korea popular, Ahn Jae-hyun. Malah, ada yang berkongsi pengalaman bertemu dengannya dan mengakui tertarik dengan ketinggian serta auranya yang menawan.
Meskipun masih di usia remaja, pesona Raja Azlan jelas terserlah melalui keperibadiannya yang sederhana tetapi penuh keyakinan. Sebagai seorang pewaris keluarga diraja, gaya yang dibawanya tetap mencerminkan nilai kesantunan serta didikan yang baik daripada kedua-dua ibu bapanya.
Apa yang lebih menarik, netizen bukan sahaja memuji ketampanannya, malah ramai kagum dengan karisma yang dimiliki. Walaupun tampil sederhana, kehadiran beliau tetap memberi impak sehingga ramai remaja menjadikannya sebagai inspirasi gaya hidup.
Fenomena ini memberi gambaran bahawa kejayaan membesarkan anak bukan hanya terletak pada rupa paras, tetapi juga pada pembentukan akhlak dan nilai murni sejak kecil.
Tidak hairanlah mengapa Raja Azlan Muzaffar Shah kini mencuri tumpuan ramai. Bukan sekadar seorang anak diraja yang berwajah kacak, tetapi juga seorang remaja yang menampilkan personaliti sopan, penuh karisma dan wajar dijadikan contoh oleh generasi muda.
Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan dan amalan jarak sosial kepada anak sebelum prasekolah dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dibuka semula dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi.
Apatah lagi, anak pastinya teruja bertemu kembali rakan yang ‘terpisah’ sejak kira-kira tiga bulan lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, kemudian diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.
Meskipun, prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengelak jangkitan COVID-19, ibu bapa seharusnya berperanan membantu memudahkan tugas guru untuk membiasakan anak mengamalkan normal baharu di institusi pendidikan awal itu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengumumkan pembukaan semula semua prasekolah dan TABIKA bermula 1 Julai ini dengan SOP terperinci dijangka diumumkan KPM dalam masa terdekat.
Ia membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM; 7,887 prasekolah swasta; 1,781 TABIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 TABIKA kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad, berkata kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan itu.
“Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat.
“Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus.
“Jadi, mereka lebih mudah faham jika kita (guru) minta lakukan,” katanya kepada Bernama.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.