Demam biasanya dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anak. Bagaimanapun, demam yang disebabkan jangkitan kuman serius adalah kecil. Namun demam yang biasa dialami anak-anak adalah dari jangkitan virus.

Sebagai ibu bapa pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu sangat tinggi dan anak yang sebelum ini aktif dan ceria menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit serius sebelum ini.

Perkongsian dari Dr Hana mengenai cara betul yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bila anak demam boleh dijadikan panduan supaya lebih peka dan cepat bertindak.

Cara Cepat Turunkan Suhu, Jerlum Dan Angkat. Jangan Biar Tuala Atas Kepala AnakDemam Virus
-Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
-Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
-Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik
-Lama mana demam? Bergantung pada “kekuatan” virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa
-Kekuatan virus takleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik vitamin C-rich food.

IKLAN

Monitor
-Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
-Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
-Kalau demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
-Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit-birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.

Ubat Demam
-Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
-Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.

Cara Cepat Turunkan Suhu, Jerlum Dan Angkat. Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

IKLAN

Jerlum
-Buat juga tepid sponging. Jerlum dengan air.
-Air suhu bilik je pun OK
-Pastu dah jerlum dengan tuala basah, jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak nanti haba lagi terperangkap tak leh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia. Cara yang betul, jerlum dan angkat. Jerlum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak

Denggi
-Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
-Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik.

IKLAN

Ruam
-Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
-Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
-Tapi kalau takut ruam lain seperti campak, ruam sebab denggi, dan sebagainya, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa.

Sumber: Dr Hana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI