Selepas pantang anak ketiga, Diana Amir akui kehidupannya kini dah lengkap dengan kehadiran dua anak perempuan dan seorang lelaki.
Walaupun sedikit kelam-kabut menguruskan anak-anak, Diana gembira melihat ketiga-tiganya membesar sekali.
Berkongsi perkembangan terbaru, Diana menjelaskan ketiga-tiga anak bezanya dua tahun. Walaupun masing-masing kecil tapi senang diurus. Ramai juga yang bertanya macam mana saya jaga stamina.
“Tiada apa rahsia pun, cuma saya sentiasa fikir yang positif sahaja. Ini antara yang saya amalkan sejak dari anak pertama lagi. Tiap kali rasa penat, perkara pertama saya tenung wajah mereka. Masa tu barulah dapat kekuatan semula.
Ads
“Kedua saya sentiasa beristighfar bila datang perasaan yang bukan-bukan. Alhamdulillah berkesan.
Ads
“Saya nak anak-anak gembira lalui kehidupan zaman kanak-kanak tanpa disekat kebebasannya. Jika mereka lakukan kesalahan tetap kena tegur supaya jadi peringatan,” katanya.
Sementara itu, bila orang tanya bab berat badan, setiap ibu pasti akan risau lagi-lagi lepas bersalin. Alasannya sebelum mengandung badan cantik, lepas lahirkan anak terus susah nak dapatkan berat ideal.
Ads
Bagi Diana perkara ini bukan satu masalah besar. Ya Diana pun lepas lahirkan anak ketiga masih perlu turunkan lima kilogram lagi untuk dapat berat ideal.
Cuma apa yang Diana amalkan adalah banyakkan minum air kosong setiap hari dan makan kurma. Memandangkan Diana menyusukan anak, sebolehnya tak mahu jejaskan pengeluaran susu.
“Kalau orang lain diet betul-betul, Diana tak adalah sampai macam tu. Bagi Diana pemakanan tetap kena jaga juga. Kalau semua kena hadkan kasihanlah anak,” kongsinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagus dan bersistematik sekali seorang ibu ini kongsi cara packing beg sebelum masuk ke hospital untuk lahirkan anak.
Panduan ini sangat berguna kepada yang baru pertama kali bergelar ibu atau boleh juga kalau ia kelahiran yang kedua dan seterusnya.
Bila semua persiapan dibuat dengan teratur dan sistematik ia dapat mengurangkan masalah tertinggal barang atau tercicir dokumen yang penting sewaktu kecemasan masa melahirkan sudah tiba nanti.
Rasa nak sharing sebab kebetulan nampak ramai pregnant mommies around Iz yang tengah tunggu masa nak bersalin.
Ada yang pregnant anak ke-2, 3 mungkin dah expert, tapi untuk first time mommy bolehlah guna ni as guide.
CHECKLIST KEPERLUAN BABY & MOMMY
Kalau first time mom, advisable to start prepare & pack your hospital bag masa 7 months lagi (just in case “terearly” delivery, and u dont know what to expect).
Orang tua-tua pesan jangan beli barang baby awal sangat, start beli bila 6-7 bulan ke atas.
Boleh beli sikit-sikit, phase by phase ikut kegunaan dan budget ya mommies.
Its a long sharing session thread yang panjang tak ingat dunia for mommies out there.
Good luck to all mommies and daddies Hope this helps. Early preparation is very good because the struggle is real.
HOSPITAL BAG
Buat 2 bags: 1 for Labour Room & 1 for Ward Room usage after delivery REGISTRATION/ DOCUMENTS
Wajib bawak ke mana-mana sahaja bila dah almost due date. Bak kata nurse buku pink tue dh mcm IC awak, bawak kemana sahaja anda berada.
1. Buku Pink Check-up
2. IC: Isteri & Suami
3. Kad Nikah/ Sijil Nikah
4. Duit Deposit Hospital/ Cash in Hand (jika perlu): suruhla hubby spare siap-siap dalam wallet kot-kot nak gi atm machine tak sempat time kalut-kalut.
HOSPITAL BAG
[Buat 2 bags: 1 for Labour Room & 1 for Ward Room usage after delivery]
Boleh asing siap-asing baju baby utk en. hubby bagi pada nurse bila mommies dh masuk labour room. (1 pc each item je).
Utk mommies keperluan masa contraction, sementara nak tunggu bukaan 6cm ke atas dan ditolak ke Labour Room. Different people different experience, so always be prepared.
[LABOUR ROOM – MOMMY] 1. Maternity/Overnight Pad (2-3 pcs): Iz biasa xbeli yg maternity, dah biasa beli overnight 32-35cm. 2. Baju + Kain Batik/Skirt (1 set) 3. Sweater (1 pc): Kot2 sejuk 4. Panties/ Disposable Panties (1-2 pcs) 5. Nursing Bra/ Nursing Pad (1 pair) 6. Face Towel/ Towel 7. Toiletries Mini Kit (1 set): To freshen up 8. Energy Bars (3-5 pcs): I usually bought Snickers/ Mars/ Kurma sng nak makan and sugar bagi energy 9. Selusuh (VCO): I start taking VCO 1-2 spoon/day masa 33 weeks pregnancy and sapu pd bhgn perineum 10. 3-in-1 (1-2 sachets): Milo/ Horlicks Cereal, ikutla apa yang mommies suka 11. Selipar (1 pair): yg waterproof but comfy; sng masuk keluar toilet 12. Socks (1 pair): kot2 sejuk 13. Minyak Panas 14. Tissue (1 pack) 15. Al-Quran/ Doa-doa mudahkan bersalin 16. Telekung 17. HP/ Charger/ Powerbank
[LABOUR ROOM – BABY] 1. Baju Lengan Panjang (1 pc): For Newborn prefer yg ada button depan sbb baby ada tali pusat, sng utk pakaikan 2. Seluar Panjang (1 pc) 3. Mitten & Booties (1 pair): Kalau baju & seluar takde attached Mitten & Booties 4. Newborn Diapers (1 pc) 5. Towel 6. Blanket/ Napkin: Iz prefer blanket ada hoodies siap2, kalau x prepare baby hat 7. Toiletries (Mini Kit): Biasanya hospital x guna pun, so i just prepare travel sachet Head to Toe tue je
And preparation utk brg lepas dah deliver, for 1-2 nights at hospital ward at least.
[WARD ROOM] Prepare extra set same as checklist for Labour Room. Cuma additional: 1. Baby Wipes
2. Baby Pillow
3. Toiletries (Shampoo/ Body Wash/ Minyak Telon/ etc.)
4. Cotton Balls
5. Cotton Buds
6. Nursing Butter
7. Pinggan/ Gelas/ Sudu/ Garfu
8. Thermos
9. Laundry Bags (2 unit): Letak baju kotor
Semoga dengan panduan yang sistematik dikongsi oleh ibu ini dapat membantu para ibu terutama yang baru pertama kali nak bersalin buat persiapan rapi supaya tidak kelam kabut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lompat, panjat sana sini dan jatuh itu lumrah anak kecil yang sedang lasak bermain. Dalam pada membiarkan anak aktif, namun berhati-hatilah. Anggota tubuh yang perlu dikisahkan ibu bapa di rumah adalah kepala kerana banyak bahayanya.
Aktif macam mana pun, sebaiknya elakkan anak bermain hingga boleh mengundang bahaya pada bahagian kepala. Ada banyak kerisauan yang perlu mak ayah berikan perhatian. Perkongsian dari Pn Wawa Shauqi ini mak ayah perlu lebih peka.
Ingat tak bulan lepas? Anak saya muntah-muntah & dan tak bermaya lepas jatuh. Jatuh kepala dulu. 3 kali di tempat yang sama pernah jahit. Haih! Taknak jadi dah.
Waktu tu, dah lah hospital jauh. Sepanjang perjalanan saya menangis bila nampak anak yang tadinya aktif, tiba-tiba lemah, pucat dan muntah-muntah.
Sebelum ni, dah beberapa kali terjatuh. Almaklumlah, anak jantan. Aktif dia tak boleh bawak bincang. Bawak bincang, bertahan 10 saat, lepas tu melompat balik. Cuai seminit, macam-macam boleh jadi.
Tapi hikmahnya, waktu di hospital, banyak benda yang saya dapat belajar dari doktor yang merawat. Ada beberapa kemungkinan yang jadi pada anak bila mereka jatuh kepala dulu:
* Berlaku kecederaan pada kulit, atau trauma melibatkan tengkorak dan paling serius, sehingga menjejaskan bahagian otak. Baca pun dah ngilu.
* Benjol disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia boleh hilang dengan sendiri. Cuma memakan masa.
Kalau lebamnya kecil di dahi, nampak warak sikit. Kalau besar, redholah sekejap anak nampak macam flowerhorn.
* Berlaku hentakan pada tengkorak. Bila ada keretakan, anak berdepan dengan risiko jangkitan kuman.
Jom kenal pasti apa tanda-tanda kemungkinan berlaku pendarahan dalaman : * Pengsan * Hilang ingatan * Muntah-muntah * Mengadu sakit kepala * Tak dapat bercakap dengan betul * Berlaku perubahan perangai * Mata hitam tak sama saiz * Telinga dan hidung keluar darah.
Ini baru bab jatuh di kepala. Ada banyak lagi risiko kecederaan yang anak kita hadapi. Patah tulang, dihimpap tv, dipatuk ular, disengat sernagga, dihimpap perabut, terkena air panas, sawan, sesak nafas dan banyak lagi.
Tak semua orang rumah dekat dengan hospital. Sebeb itu perlunya semua mak ayah ada ilmu bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan awal dapat menyelamatkan nyawa anak kita.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Allah uji ikut kemampuan kita. Itulah yang jadi prinsip kepada ibu arwah adik Muhammad Firdaus Shafiy yang telah dijemput Allah pada 30 Disember tahun lalu.
Coretan ibunya, Puan Nurul Syazwani Zaini benar-benar mengambarkan walaupun diberi ujian yang cukup besar tapi sentiasa positif dan percaya akan ada manisnya dipenghujung.
Tanggal 2 Jun 2017 ibu disahkan mengandung anak kedua ibu, Muhammad Firdaus Shafiy. Ibu telah pergi ke Klinik Kesihatan (KK) seawal usia kandungan 8 minggu. Setiap tarikh temujanji yang diberikan oleh KK akan ibu akan hadir tanpa gagal.
18 Minggu Kandungan Doktor Sahkan Ada Kelainan
Sehinggalah ketika kandungan berusia 18 minggu, ibu diminta oleh doktor untuk melakukan ujian ultrabunyi.
Kerisauan bermula dua hari kemudian ketika ibu mendapat panggilan dari KK yang meminta ibu untuk datang segera ke KK untuk mengulangi ujian ultrabunyi.
Selepas ujian ultrabunyi dilakukan untuk kali kedua, keempat-empat doktor bersetuju bahawa terdapat keabnormalan pada struktur otak Firdaus. Hasil perbincangan, doktor di KK tersebut terus membuat surat rujukan ke Jabatan O&G Hospital Melaka.
Tarikh temujanji untuk bertemu doktor pakar O&G di Hospital Melaka telah tiba. Sekali lagi ibu di nasihatkan untuk melakukan ujian ultrabunyi dengan lebih terperinci. Ketika itu doktor pakar mengesahkan bahawa penemuan doktor di KK adalah benar. Sekali lagi ibu di rujuk kepada doktor pakar Fetomaternal di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Di Hospital Tuanku Jaafar, ibu telah melakukan ujian ultrabunyi dan amnioncentesis (ujian air ketuban). Setelah meneliti keadaan fizikal Firdaus dari ujian ultrabunyi, doktor mengatakan kemungkinan Firdaus menghidap Sindrom Patau atau Sindrom Edward. Ia hanya boleh disahkan melalui keputusan amnioncentesis kerana kedua-dua sindrom ini mempunyai ciri tersendiri pada bilangan kromosom tertentu.
Melalui ujian amnioncentesis doktor dapat melihat sama ada terdapat abnormaliti pada DNA bayi atau tidak. Hasil dari ujian tersebut mendapati DNA Firdaus adalah normal. Setelah itu, doktor pakar Fetomaternal tersebut mengesahkan bahawa Firdaus mengalami kondisi Holoprosencephaly (HPE).
HPE adalah merupakan kondisi yang mana otak gagal untuk terbahagi kepada dua hemisfera. HPE juga dikelaskan kepada tiga kategori iatu Alobar HPE, Semilobar HPE dan Lobar HPE. Diantara ketiga-tiga kategori ini, Alobar HPE adalah kategori yang paling teruk yang mana struktur otak tersebut 100% gagal untuk terbahagi kepada dua. Selain dari struktur otak yang abnormal terdapat juga beberapa ciri fizikal lain antaranya adalah sumbing lelangit dan/atau bibir, microcephaly, hydrocephaly, tiada batang hidung serta kedudukan/struktur mata yang abnormal.
Mengikut kajian, majoriti kanak-kanak HPE dikatakan akan meninggal ketika dalam kandungan atau sejurus selepas mereka lahir.
Bagi Pilihan Untuk Teruskan Atau Gugur Kandungan
Setelah bayi dalam kandungan ibu disahkan mempunyai masalah Holoporosencpehaly, doktor pakar dari Jabatan O&G Hospital Melaka memberitahu bahawa ibu mempunyai pilihan sama ada mahu teruskan kandungan atau gugurkan kandungan. Namun ketika itu, ibu dan ayah bersetuju untuk meneruskan kandungan.
Sehinggalah usia kandungan ibu mencecah 38 minggu, ibu sudah dapat merasakan sakit untuk bersalin. Tarikh keramat tersebut adalah 27 Januari 2018. Ketika di Patient Assessment Centre (PAC), ibu dipanggil oleh doktor. Doktor memberitahu semua kemungkinan yang bakal terjadi.
Mampu Bertahan Lama
Alhamdulillah, Firdaus mampu bertahan lebih lama dari jangkaan doktor. Kali pertama ibu melihat keadaan Firdaus, ibu jadi sayu. Firdaus lahir dengan keadaan fizikal yang istimewa. Sumbing lelangit dan bibir, tiada batang hidung, microcephaly serta hypotelorism. Ibu diminta oleh doktor untuk menemani Firdaus untuk tinggal di dalam NICU untuk belajar cara untuk memberi susu melalui Ryles’ Tube.
Sepanjang seminggu kami di NICU, Firdaus baik-baik sahaja. Ketika Firdaus berusia 2 hari, doktor telah melakukan imbasan CT scan dan mengesahkan bahawa Firdaus mengalami kondisi Alobar Holoprosencephaly. Dengan kondisinya begitu, doktor-doktor meminta ibu dan ayah untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.
Genap umurnya seminggu, Firdaus dibenarkan untuk discaj. Dan sejak dari itulah Firdaus sering diserang sawan dan dystonia (kejang). Hampir setiap hari dia akan diserang sawan dan dystonia. Selain itu, dia juga mempunyai masalah untuk tidur dan ketidakstabilan suhu badan. Hal ini terjadi kerana Firdaus tidak mempunyai bahagian otak yang mengawal fungsi tersebut. Tapi ibu tetap menganggap FIrdaus seorang bayi yang hebat. Perkara seperti tidak tidur hampir 24 jam adalah pemandangan biasa bagi kami. Apabila dia tidak tidur, suhu badannya pasti boleh mencecah sehingga 42°C. Suhu badan yang tinggi pasti akan mengundang sawan dan dystonia.
Firdaus Kerap Sawan
Ketika umurnya 3 bulan, ibu mengambil keputusan untuk menunjukkan video ketika kejadian sawan dan dystonia berlaku kepada doktor. Setelah melihat video-video tersebut, doktor telah memberikan ubat untuk mengatasi masalah tersbut. Tetapi sekali lagi kami diuji. Firdaus mengalami alahan yang teruk terhadap ubat untuk dystonia. Kulitnya melepuh seakan-akan melecur hanya selepas 2 dos. Sekali lagi dia diwadkan. Doktor menghentikan ubat tersebut serta-merta sehingga menyebabkan Firdaus terpaksa menghadapi serangan dystonia yang semakin mengganas dari hari ke hari.
Selama dua bulan dia terpaksa menghadapi masalah dystonia. Alhamdulillah. Ketika umur Firdaus 5 bulan, doktor telah berjaya menemui ubat yang sesuai bagi menghadapi masalah Firdaus. Sejak dari itu, Firdaus sangat mudah dijaga. Masalah sawan dan dystonia hanya datang sesekali sahaja. Tidak sekerap dulu. Ibu bahagia sangat ketika itu. Lega.
Ibu Rasa Tak Sedap Hati
Tapi benarlah seperti apa yang sudah dikatakan dalam Al-Quran. “Kun Fayakun”. Dan pada tarikh yang ibu tak akan pernah lupa iaitu 30 Disember 2018, ibu merasakan akan ada sesuatu yang bakal terjadi. Pada jam 7 malam, ibu angkat Firdaus untuk dimandikan. Usai ibu selesai memandikan dia, hati ibu jadi berdebar-debar tanpa sebab.
Ibu mula lihat kelainan pada dia. Dengan wajahnya yang tenang, ibu dapat rasa kaki dan tangannya sejuk. Beku. Saat itu naluri ibu kuat mengatakan sudah sampai masa untuk Firdaus kembali kepada Sang Pencipta. Tanpa sedar ibu ucapkan, “Adik, adik dah penat ye?? Adik pergilah dik. Ibu redha. Ibu dah halalkan setiap titik susu yang adik minum. Ibu mintak maaf sebab ibu tak mampu jaga adik sebaik mungkin”.
Firdaus Pergi Dengan Tenang
Ibu habiskan ayat itu dengan perasaan yang kosong. Dengan kuasa Allah, apabila selesai ibu ucapkan ayat keramat itu, dada Firdaus berombak kuat. Selang beberapa saat, ibu terdengar selaan nafasnya yang terakhir. Dan ketika itulah baru ibu kembali ke alam nyata. Air mata ibu mengalir laju tanpa dapat dikawal.
Kenduri kesyukuran yang telah dirancang pada 27 Januari 2019 tetap ibu teruskan. Namun, ia bertukar menjadi Kenduri Tahlil. Setiap apa yang Allah sudah aturkan pasti akan ada kemanisan di hujungnya. Rindu pada Firdaus tak akan pernah hilang. Tapi ibu gembira sebab ibu tahu yang Firdaus sudahpun berbahagia di Jannatul Firdausi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.