
Penggunaan baby carrier kini semakin menjadi pilihan utama ibu ayah moden. Praktikal, mudah, dan membuatkan bayi sentiasa dekat di dada, itulah kelebihan yang menjadikan baby carrier kegemaran ramai. Namun, tahukah mama papa bahawa cara mendukung bayi dengan baby carrier yang betul sangat penting bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan pinggul dan tulang bayi?
Ramai ibu bapa beranggapan asalkan bayi nampak selesa, maka cara penggunaan mereka betul. Tapi hakikatnya, posisi yang tidak tepat boleh menyebabkan tekanan pada bahagian sendi pinggul bayi hingga membawa kepada masalah Developmental Dysplasia of the Hip (DDH), iaitu keadaan di mana tulang paha bayi terkeluar daripada soket pinggul. Jika tidak dikesan dari awal, ia boleh menjejaskan cara berjalan anak dan dalam jangka panjang, meningkatkan risiko artritis (keradangan sendi).
Ramai Ibu Ayah Tak Sedar Salah Guna Baby Carrier
Menurut pemerhatian pakar, ramai ibu bapa tanpa sedar membiarkan kaki bayi tergantung lurus ke bawah ketika menggunakan baby carrier. Walhal, kaki bayi sepatutnya berada dalam posisi “frog leg” atau bentuk huruf M, di mana lutut sedikit terbuka dan lebih tinggi daripada punggung. Posisi inilah yang membantu sendi pinggul bayi berkembang dengan sempurna.

Antara tanda bayi mungkin mengalami masalah pada pinggul termasuklah pergerakan kaki yang tidak seimbang, sukar memakaikan lampin, bunyi ‘klik’ pada bahagian paha, atau apabila anak mula berjalan, kelihatan seperti tempang atau satu kaki lebih panjang daripada yang lain.
Cara Guna Baby Carrier Yang Betul Untuk Keselamatan Bayi
Bagi memastikan si kecil berada dalam posisi yang selamat dan selesa, mama papa boleh ikut panduan berikut semasa menggunakan baby carrier:
- Pilih jenis carrier yang ergonomik. Pastikan baby carrier menyokong kaki bayi dari lutut ke lutut, bukan hanya di bahagian punggung. Elakkan narrow-based carrier atau hip seat carrier kerana ia boleh memberi tekanan pada pinggul.
- Pastikan posisi ‘M’ semasa mengendong. Lutut bayi perlu sedikit terbuka dan lebih tinggi daripada punggung. Paha juga perlu disokong sepenuhnya untuk mengelakkan tekanan berlebihan.
- Gunakan jenis sesuai mengikut umur bayi. Untuk bayi baru lahir, gunakan ring sling atau wrap yang lembut dan menyokong kepala serta leher bayi. Soft structured carrier pula lebih sesuai bila bayi sudah mempunyai kawalan kepala yang baik.
- Elakkan ‘front facing’ terlalu awal. Bayi kecil sebaiknya menghadap dada ibu supaya tulang belakangnya mendapat sokongan semula jadi. Menghadap ke depan terlalu awal boleh menyebabkan overstimulation dan menjejaskan postur bayi.
- Pastikan bayi cukup dekat. Gunakan prinsip “close enough to kiss” — kepala bayi cukup dekat untuk mama mencium ubun-ubunnya tanpa tunduk terlalu jauh. Ini menandakan posisi bayi sudah betul dan selamat.

Babywearing Dengan Ilmu & Kasih Sayang
Memang seronok bila si kecil tenang dalam dakapan dan mama papa dapat bergerak bebas. Namun, babywearing perlu dilakukan dengan penuh ilmu supaya manfaatnya dapat dirasai tanpa memudaratkan kesihatan bayi.
Jika bayi kelihatan tidak selesa, menangis lama, atau pergerakan kakinya tidak seimbang, jangan tunggu lama — segera bawa untuk pemeriksaan doktor. Ingat, mencegah jauh lebih baik daripada mengubati.
Dengan cara yang betul, baby carrier bukan sekadar memudahkan urusan harian, tetapi juga mengeratkan hubungan antara ibu, ayah dan anak tersayang.

Tip Pa&Ma Buat Ibu Ayah
Sebelum membeli baby carrier, semak label sama ada ia disahkan “hip-healthy” oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI). Ini tanda bahawa rekaannya selamat dan sesuai untuk perkembangan si manja anda!
BACA LAGI : Tak Semua Baby Carrier Sesuai Dengan Bayi. Cuba Kaedah Menggendong Wrap Dan Ring Sling
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!






“ Aisy juga menjalani rawatan fisioterapi, cara kerja dan sebagainya di hospital rehabilitasi Cheras sejak berusia 5 bulan. Selain itu, Aisy juga mengikuti terapi pasir dan terapi kuda di RDA DBKL. Segala rawatan ini akan diteruskan untuk membantu Aisy mendapat kualiti hidup yang terbaik,” kongsi Siti Jalena yang mengakui memerlukan sekurangnya RM1000 sebulan untuk perawatan Aisy.


