
Penggunaan baby carrier kini semakin menjadi pilihan utama ibu ayah moden. Praktikal, mudah, dan membuatkan bayi sentiasa dekat di dada, itulah kelebihan yang menjadikan baby carrier kegemaran ramai. Namun, tahukah mama papa bahawa cara mendukung bayi dengan baby carrier yang betul sangat penting bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan pinggul dan tulang bayi?
Ramai ibu bapa beranggapan asalkan bayi nampak selesa, maka cara penggunaan mereka betul. Tapi hakikatnya, posisi yang tidak tepat boleh menyebabkan tekanan pada bahagian sendi pinggul bayi hingga membawa kepada masalah Developmental Dysplasia of the Hip (DDH), iaitu keadaan di mana tulang paha bayi terkeluar daripada soket pinggul. Jika tidak dikesan dari awal, ia boleh menjejaskan cara berjalan anak dan dalam jangka panjang, meningkatkan risiko artritis (keradangan sendi).
Menurut pemerhatian pakar, ramai ibu bapa tanpa sedar membiarkan kaki bayi tergantung lurus ke bawah ketika menggunakan baby carrier. Walhal, kaki bayi sepatutnya berada dalam posisi “frog leg” atau bentuk huruf M, di mana lutut sedikit terbuka dan lebih tinggi daripada punggung. Posisi inilah yang membantu sendi pinggul bayi berkembang dengan sempurna.
Antara tanda bayi mungkin mengalami masalah pada pinggul termasuklah pergerakan kaki yang tidak seimbang, sukar memakaikan lampin, bunyi ‘klik’ pada bahagian paha, atau apabila anak mula berjalan, kelihatan seperti tempang atau satu kaki lebih panjang daripada yang lain.
Bagi memastikan si kecil berada dalam posisi yang selamat dan selesa, mama papa boleh ikut panduan berikut semasa menggunakan baby carrier:
Memang seronok bila si kecil tenang dalam dakapan dan mama papa dapat bergerak bebas. Namun, babywearing perlu dilakukan dengan penuh ilmu supaya manfaatnya dapat dirasai tanpa memudaratkan kesihatan bayi.
Jika bayi kelihatan tidak selesa, menangis lama, atau pergerakan kakinya tidak seimbang, jangan tunggu lama — segera bawa untuk pemeriksaan doktor. Ingat, mencegah jauh lebih baik daripada mengubati.
Dengan cara yang betul, baby carrier bukan sekadar memudahkan urusan harian, tetapi juga mengeratkan hubungan antara ibu, ayah dan anak tersayang.
Sebelum membeli baby carrier, semak label sama ada ia disahkan “hip-healthy” oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI). Ini tanda bahawa rekaannya selamat dan sesuai untuk perkembangan si manja anda!
BACA LAGI : Tak Semua Baby Carrier Sesuai Dengan Bayi. Cuba Kaedah Menggendong Wrap Dan Ring Sling