Secara amnya, ibu yang bersalin secara pembedahan disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam, berdiet atau mencuba sebarang cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan C-Sec.

Ini kerana jika terlalu cepat, ia boleh menyebabkan komplikasi dan akan memberi kesan negatif kepada proses pemulihan anda.

Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer, Tip Paling Praktikal Untuk Ibu!

Berikut beberapa cara untuk kembali langsing selepas pembedahan C-Sec:

1. Pengiraan kalori dalam diet harian
Penyusuan susu ibu sememangnya membantu membakar kalori dengan banyak setiap hari. Namun ia juga membuatkan anda berasa cepat lapar.

Cara terbaik untuk memastikan perut kenyang dan dalam masa sama menjaga berat badan adalah dengan mengawal pengambilan kalori.

Antara petua kempiskan perut yang amat disarankan adalah untuk memilih hidangan sihat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan, salad dan daging tanpa lemak.

Pastikan pengambilan kalori tidak kurang 1,200 kerana ia boleh mengurangkan metabolisme dan menjadikan ia tidak produktif seiring objektif anda untuk menurunkan berat badan.

Ads

2. Berjalan antara cara kempiskan perut selepas bersalin czer
Berjalan kaki adalah salah satu senaman terbaik yang boleh dilakukan selepas C-section. Ia adalah senaman yang sangat ringan dan mudah, namun ia masih meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah.

Anda juga boleh melakukan aktiviti berjalan kaki ini sambil membawa bayi di dalam kereta sorong. Ini dapat membantu anda membakar lebih kalori kerana berat tambahan daripada kereta sorong tanpa memberikan tekanan berlebihan pada tubuh.

Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer, Tip Paling Praktikal Untuk Ibu!

3. Mulakan senaman mudah
Apabila sudah tiba masa yang selamat untuk bersenam, mulakan dengan melakukan jenis senaman mudah. Selain berjalan, aktiviti regangan adalah senaman mudah yang ajaib untuk dilakukan.

Regangan adalah berfaedah kerana ia boleh memecahkan sebarang tisu parut yang menyumbang kepada perut menggeleber.

Ads

Berikut tiga jenis senaman yang boleh anda lakukan:

* Gaya Sphinx – Berbaring secara meniarap, kemudian cuba angkat dada dan kepala beberapa inci dari lantai
* Gaya Bridge – Baring secara telentang, bengkokkan lutut dan kemudian cuba angkat badan secara perlahan-lahan. Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat
* Senam aerobic

Setiap gerakan di atas berfungsi untuk meregangkan perut sambil menguatkan lantai pelvis. Senaman di atas tidak agresif, tetapi jika merasai sebarang kesakitan, berhenti dengan segera!

Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer, Tip Paling Praktikal Untuk Ibu!

Ads

4. Penggunaan belly wrap
Doktor biasanya akan mengesyorkan penggunaan belly wrap selepas pembedahan untuk melindungi luka. Alat tersebut sebenarnya turut menawarkan manfaat lain.

Penggunaan belly wrap ini sedikit sebanyak turut membantu ‘mengetatkan’ perut dan menghalang pembentukan sel lemak tambahan.

Anda disaran memakainya setiap masa kecuali ketika makan, tidur atau ketika menggunakan tandas. Kalau di Malaysia, khususnya orang Melayu, mungkin lebih dekat dengan penggunaan bengkung malah kini terdapat pelbagai jenis bengkung moden.

Fungsinya tidak jauh berbeza, iaitu membantu untuk mengempiskan perut serta menyokong dan menguatkan otot pada bahagian tersebut.

Kesabaran merupakan petua paling penting ketika berusaha menurunkan berat badan selepas C-Sec. Ini kerana ia bukanlah satu proses yang berlaku dalam sekelip mata.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI