Cara Kenalkan Telur Kepada Bayi: Panduan Selamat Minggu ke Minggu Untuk Ibu Baru

Share

Masih ada ibu yang belum tahu langkah sebenar nak kenalkan telur kepada bayi. Sebenarnya, menu telur boleh mula diberikan kepada si manja berusia 8 bulan ke atas, asalkan dilakukan secara berperingkat dan dengan cara yang betul.

Telur antara makanan super untuk bayi kerana ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, zat besi, kolin, vitamin D dan lemak sihat. Ini semua ini penting untuk perkembangan otak dan tubuh si kecil. Namun, kerana bimbang risiko alergi, ramai ibu bapa memilih untuk menangguhkannya. Sebenarnya, kalau diperkenalkan dengan langkah yang selamat, telur boleh jadi makanan harian yang sangat bermanfaat untuk bayi.

Langkah Selamat Cara Kenalkan Telur Kepada Bayi

Berikut dikongsikan 9 langkah penting untuk kenalkan telur kepada bayi secara selamat dan berperingkat:

  • 🥚 Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur (1 kali seminggu)
  • 🥚 Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur (2 kali seminggu)
  • 🥚 Minggu 3: 1 biji kuning telur sahaja
  • 🥚 Minggu 4: 1 biji kuning telur (2 kali seminggu)
  • 🥚 Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur (1 kali seminggu)
  • 🥚 Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur (2 kali seminggu)
  • 🥚 Minggu 7: 1 biji telur penuh
  • 🥚 Minggu 8: 1 biji telur penuh (2 kali seminggu)
  • 🥚 Minggu ke-9 dan seterusnya: Bayi boleh makan sebiji telur penuh tetapi tidak lebih daripada 3 kali seminggu.

Kenapa Perlu Mula Dengan Kuning Telur?

Kuning telur lebih selamat kerana tidak mengandungi protein yang boleh mencetuskan alergi. Sebaliknya, putih telur mengandungi empat jenis protein utama yang boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah bayi. Jadi, penting untuk ibu memperkenalkannya satu per satu dan memantau reaksi anak dengan teliti.

Tanda Bayi Alergi Telur

  • Ruam merah di sekitar mulut atau pipi
  • Bengkak di bibir, lidah atau muka
  • Muntah, cirit-birit atau sakit perut
  • Gatal-gatal atau kesukaran bernafas

Jika tanda-tanda ini muncul, hentikan pemberian telur serta-merta dan bawa bayi berjumpa doktor.

Tip Tambahan Untuk Ibu Ayah

  • ✨ Masak telur hingga betul-betul masak (elakkan telur separuh masak).
  • ✨ Campurkan telur dengan puri sayur atau bubur untuk rasa lebih lembut.
  • ✨ Jangan campur dengan makanan baru lain supaya mudah kesan jika ada alahan.
  • ✨ Jika keluarga ada sejarah alergi makanan, dapatkan nasihat doktor sebelum memperkenalkan telur.

Dengan langkah berperingkat dan pemantauan rapi, ibu ayah boleh bantu bayi kenal makanan baru dengan selamat. Telur bukan sahaja menjimatkan dan mudah disediakan, malah membantu bayi mendapat tenaga serta nutrisi penting untuk membesar sihat dan kuat.

Artikel Pa&Ma:

Telur bukan musuh bayi, malah boleh jadi makanan ajaib jika diperkenalkan dengan ilmu dan kesabaran. Yang penting, ibu ayah jangan panik dan ingat setiap anak berbeza, dan setiap langkah kecil itu membawa anak anda semakin dekat dengan pemakanan sihat!

BACA LAGI : Anak Alergik Telur, Buatkan Puding Karamel Tanpa Telur Ni, Paling Senang!

Published by
Nana