
Google Gemini boleh jadi penyelamat bila mak ayah paling buntu nak siapkan jadual sekolah anak. Selalunya jadual nampak biasa saja, hanya diprint hitam putih tanpa warna. Memang membosankan.
Bagi menaikkan semangat anak, apa kata cuba bantuan teknologi AI seperti Google Gemini. Dengan Google Gemini, jadual sekolah anak boleh diubah menjadi lebih comel, tersusun dan mudah difahami. Anak pun mesti teruja setiap kali tengok jadual sendiri!
Menariknya, proses menggunakan Google Gemini ini sangat mudah dan tak memerlukan kemahiran reka grafik yang rumit. Hanya guna gambar jadual asal dan satu prompt khas, hasilnya memang lain macam!
Mak ayah tak perlu pandai guna aplikasi design yang kompleks. Cukup sekadar telefon pintar dan capaian internet, Google Gemini akan bantu susun semula jadual sekolah anak dengan gaya yang lebih menarik dan ceria.
Layari dan buka aplikasi atau laman web Google Gemini menggunakan akaun Google anda. Pastikan anda sudah log masuk supaya boleh gunakan fungsi muat naik gambar.
Ambil gambar jadual sekolah anak (sama ada dalam bentuk kertas atau screenshot daripada WhatsApp sekolah), kemudian upload ke dalam ruangan chat Google Gemini. Pastikan gambar jelas supaya Google Gemini boleh membaca teks dengan tepat dan tidak tersalah tafsir subjek atau waktu.
Letak prompt khas yang diberikan ini:
Prompt 1
Transform the uploaded image (Image 1) of a kindergarten / primary school class timetable into a 3D cartoon style inspired by Pixar combined with a ROBLOX-inspired playful game world vibe.
Keep the exact timetable layout, table shape, grid lines, row and column positions, text content, font size, wording, and alignment unchanged.
Add adorable 3D chibi-style kid avatars (original designs, blocky proportions inspired by ROBLOX avatars but with soft Pixar-like facial expressions), wearing cute school outfits and small game accessories (caps, backpacks, badges).
Decorate with playful game-world elements: floating coins, stars, clouds, soft neon platforms, low-poly buildings, friendly robots, confetti particles—placed around the timetable without covering any text.
Background: colorful 3D game-like city or playground world with soft sky gradients, rounded shapes, bright cheerful lighting, child-friendly atmosphere.
Art style: 3D cartoon, Pixar-inspired soft lighting and materials (smooth skin, glossy eyes), ROBLOX-inspired playful geometry, pastel + vibrant accents, high resolution, clean composition, readable text.
Important: Do NOT change any text, language, timetable structure, grid, or proportions. Only enhance visuals and background while preserving readability.
Prompt 2
Transform the uploaded image (Image 1) of a kindergarten / primary school class timetable into a 3D cartoon kawaii style inspired by ROBLOX avatars.
Prompt 3
Create a print-ready poster version of the transformed timetable (based on Image 1) in 3D kawaii ROBLOX-inspired style.
Maintain the exact original timetable layout, grid, text content, font size, and alignment from Image 1.
Output format: 300 DPI, CMYK color mode, A4 and A3 poster ratio, clean margins with safe print bleed.
Ensure text is sharp, high contrast, and readable; grid lines remain crisp.
Art style: glossy 3D blocky kawaii cartoon, cheerful pastel lighting, professional classroom poster finish.
Untuk dapatkan hasil terbaik daripada Google Gemini, pastikan gambar jadual tidak kabur dan tidak dipotong. Lagi jelas gambar, lagi tepat AI boleh membaca maklumat.
Gunakan arahan yang spesifik dalam prompt. Nyatakan warna, gaya tulisan, susunan jadual dan elemen tambahan yang diinginkan. Google Gemini akan ikut arahan dengan lebih tepat jika mak ayah beri penerangan yang jelas.
Akhir sekali, jangan takut untuk cuba beberapa kali. Jika hasil pertama kurang memuaskan, ubah sedikit arahan dan minta Google Gemini hasilkan versi lain sehingga dapat yang paling sesuai dengan citarasa anak.
Mudah saja kan? Dengan bantuan Google Gemini, jadual sekolah anak bukan saja lebih tersusun, malah boleh jadi sumber motivasi harian yang menyeronokkan. Anak lebih bersemangat, mak ayah pun rasa puas hati!