
Setiap kali musim raya, pasti ibu ayah akan berdepan dengan satu persoalan yang sama. Apa cara terbaik untuk menguruskan duit raya anak-anak? Ada yang memilih untuk menyimpan dalam akaun bank, ada juga yang memberi sepenuhnya kepada anak untuk belajar mengurus sendiri. Tidak kurang juga yang membahagikan kepada beberapa bahagian untuk kegunaan harian dan simpanan masa depan.
Namun, satu perkongsian menarik daripada seorang ibu, Eina Shukry, membuka perspektif berbeza. Beliau memilih untuk menukarkan sebahagian duit raya anak kepada emas sebagai satu bentuk simpanan jangka panjang. Bukan untuk kegunaan diri sendiri, tetapi sebagai pelaburan masa depan anak-anak.
“Inilah cara saya simpan duit anak-anak.
Saya ada seorang anak lelaki dan buat masa sekarang saya tidak memilih untuk simpan duit anak lelaki dalam bentuk gold bar. Ini pilihan saya, bukan pilihan anda. tapi inshallah depan hari saya akan simpan gold bar.
Ada yang kata, beli emas pakaikanlah untuk anak perempuan. Bagi saya tidaklah gemar pakaikan emas untuk kanak-kanak kerana tahap bimbang dan khuatir itu sangat tinggi. Potensi untuk putus, hilang, dicuri itu mungkin ada. Jangan terlalu percaya pada keadaan sekeliling dan saya kenal anak saya.
Sepanjang saya pakaikan barang kemas kepada mereka, sudah banyak kali putus dan hampir hilang. Jadi saya memilih untuk tidak pakaikan buat masa sekarang sehingga mereka pandai jaga sendiri.
Nak letak dalam bank, duit itu tak beranak. Tapi bila es convert into emas, Insya allah makin lama makin beranak duit ini. Harga emas kan makin naik sekarang ni jadinya tak rugi invest on emas, demi masa depan anak-anak dan demi apa-apa emergency depan hari. who knows tapi mintak jauh sangat.
Kita sebagai ibubapa jangan main ambil je hak mereka. Terangkan elok-elok kenapa buat begitu.
Tapi sebelum es convert, es akan tanya mereka ada apa-apa tak yang mereka perlukan sebelum es convert semua ni. Sebab ni kan duit mereka, so biarlah mereka enjoy beli apa yang mereka mahu dan mereka mintak charger fast charging sorang satu, so es dah tunaikan alhamdulillah.”
Perkongsian ini sebenarnya memberi satu mesej penting kepada ibu ayah. Mengurus duit raya anak bukan sekadar simpan, tetapi juga tentang mendidik mereka memahami nilai wang. Dengan menukar kepada emas, ibu ayah bukan sahaja melindungi nilai simpanan daripada susut, malah berpotensi menambah nilainya dalam jangka masa panjang.
Emas juga dianggap sebagai aset yang lebih stabil berbanding wang tunai. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, nilai emas cenderung meningkat dan ini memberikan kelebihan kepada simpanan jangka panjang anak-anak.
Kesimpulannya, tiada satu cara yang betul atau salah dalam mengurus duit raya anak. Namun, menjadikannya sebagai satu bentuk simpanan bijak seperti emas boleh menjadi langkah yang lebih strategik untuk masa depan mereka.
Yang penting, lakukan dengan niat yang betul dan didikan yang seimbang supaya anak bukan sahaja mempunyai simpanan, tetapi juga celik kewangan sejak kecil. Dengan pendekatan yang betul, duit raya anak boleh menjadi permulaan kepada masa depan kewangan yang lebih kukuh dan terjamin.
Sumber: Eina Shukry