Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak-anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah.
Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank.
Tak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya, aplikasi Bank Islam (BIMB) kini telah menambah ciri khusus iaitu berfungsi untuk tukar duit raya secara atas talian.
Penukaran ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Bank Islam dalam menjalankan urusan perbankan dengan lebih pantas dan efisien serta meningkatkan pengalaman secara keseluruhan.
Cara tukar duit raya guna aplikasi Bank Islam
Ads
1. Log masuk ke akaun anda menggunakan aplikasi BIMB seperti biasa. Kemudian, klik di bahagian ‘Jom Tukar Duit Raya’ seperti yang tertera di bawah.
Ads
2. Pilih negeri dan cawangan yang anda ingin ambil duit raya berkenaan.
4. Sebelum Klik ‘Submit’, pastikan semua maklumat anda betul.
Pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari dan akan dihantar melalui emel. Perkhidmatan ini boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025.
Tinggal lagi beberapa hari sahaja, penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah bakal menyambut kelahiran anak keenamnya.
Namun sehingga kini, bapa penyayang itu masih belum menjumpai nama untuk anak perempuan yang bakal dilahirkan secara pembedahan pada 1 April nanti.
Bapa kepada lima cahaya mata ini sebelum ini membuka peluang kepada peminat untuk turut sama berkongsi nama anaknya.
Malah menurut laporan BH Online, Jamal dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah pun menerima kira-kira 100 nama tetapi belum memilih yang sesuai.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” kata Jamal berkongsi.
Bapa kepada Zaki Yamani dan Yamani Abdillah itu juga berharap perkara terseebut dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anak keenamnya yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan,” katanya lagi.
Dalam pada itu kata Jamal lagi, dia dan isteri sepakat memilih tarikh 1 April untuk kelahiran anak keempatnya bersama isteri bersempena tarikh perkahwinannya.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” ujarnya.
Terdahulu, Datuk Jamal Abdillah mendirikan rumah tangga bersama Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Niat seorang bapa membawa anak-anak mandi untuk bersuka ria bertukar menjadi tragedi apabila dia ditemui lemas selepas menyelamatkan anaknya yang berusia tujuh tahun daripada hampir tenggelam di Sungai Lebir, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Lebir, Gua Musang.
Kejadian bapa lemas di Sungai Lebir itu berlaku dalam sekelip mata ketika mangsa cuba menyelamatkan nyawa anaknya yang dipercayai dihanyutkan arus deras sungai berkenaan. Walaupun berjaya menolak anaknya ke kawasan cetek, mangsa sendiri gagal menyelamatkan diri.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, ditemui lemas kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pelbagai agensi keselamatan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata operasi SAR bermula sekitar jam 9.45 pagi dengan penglibatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurut beliau, mayat mangsa ditemui di kawasan yang dipercayai sebagai lokasi terakhir mangsa tenggelam, dengan kedalaman air dianggarkan sekitar lima meter. Keadaan arus sungai yang deras menyukarkan usaha mencari dalam tempoh awal.
“Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.
Kes bapa lemas di Sungai Lebir ini sekali lagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya mandi di sungai, terutamanya ketika paras air tidak menentu dan arus deras.
Ketua BBP Gua Musang, Nor Azizi Che Noh, berkata mayat mangsa ditemui oleh pasukan PPDA kira-kira tiga meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat timbul sebelum tenggelam semula.
Menurutnya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang selepas mangsa berjaya ditemui dan disahkan meninggal dunia. Pasukan penyelamat turut berdepan cabaran seperti air keruh dan dasar sungai yang tidak rata.
Isteri mangsa, Nor Asikin Abu Bakar, 41, berkata suaminya membawa tiga orang anak serta seorang anak saudara ke sungai untuk mandi, manakala beliau berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Beliau memaklumkan hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh salah seorang anak yang turut berada di lokasi kejadian. Menurutnya, anak-anak mereka masih mengalami trauma akibat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu.
“Anak saya masih trauma, kerap menangis dan memanggil-manggil ayahnya sejak semalam. Mereka sangat rapat dengan arwah,” katanya dengan nada sebak.
Kejadian bapa lemas di Sungai Lebir itu memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa yang tidak menyangka aktiviti santai bertukar menjadi peristiwa duka.
Saksi kejadian, Muhammad Lohman, 49, berkata mangsa sempat timbul ke permukaan air sebanyak dua kali sebelum akhirnya hilang daripada pandangan.
Menurutnya, mangsa kelihatan bergelut melawan arus deras selepas menolak anaknya ke tempat selamat. Orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu, namun gagal kerana arus terlalu kuat.
Sebelum ini, media melaporkan seorang bapa dikhuatiri lemas selepas terjun menyelamatkan anaknya yang berusia tujuh tahun. Walaupun anaknya berjaya diselamatkan, Mohamad Fakarudin akhirnya tenggelam dan dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Lebir.
Kejadian ini menjadi peringatan buat orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di sungai, terutamanya melibatkan kanak-kanak dan kawasan yang berisiko tinggi.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana tak luluh hati bila anak yang dihantar dalam keadaan ceria, kini pulang tak bernyawa. Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan muka dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin. Kehilangan ini bukan sahaja meruntun jiwa keluarga, tetapi membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya keselamatan anak kecil di bawah jagaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kejadian 11.30 pagi (9 Disember 2024) disedari pengasuh wanita berusia 27 tahun apabila mendapati bayi berkenaan dalam keadaan terlentang dengan selimut menutupi mukanya.
Bapanya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia dihubungi isterinya, Ainol Izzah Raslan, 25, pada 11.40 pagi sambil menangis teresak-esak yang memaklumkan kejadian.
Katanya, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya memaklumkan keadaan anak tunggal mereka yang tidak sedarkan diri.
“Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir anak sudah biru, serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.
“Ibu saya kemudian membawa anak ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan doktor memaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, petang tadi.
Nazrul Nizam berkata, beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya,” katanya.
Ketika ini, jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.