“Cepatlah Sedar, Ramai Tunggu Puteh.” Kanak-Kanak 2 Tahun Koma Tercekik Roti

Share

Sering kali kita dengar kisah kanak-kanak cedera ketika di bawah jagaan pengasuh akibat dari kealpaan serta kecuaian yang kadang kala boleh membawa maut.

Terbaru perkongsian dari Marrya Marrysa Rohani mengenai keadaan anak saudaranya, Nia Adreana binti Nasir, 2 tahun yang koma tercekik roti dimakannya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan berada di rumah pengasuh di Kedah.

Marrya Marrysa Rohani yang memuat naik status agar orang ramai mendoakan kesembuhan anak saudaranya dan kembali sedar. Difahamkan anak kecil itu masih lagi tidak sedarkan diri sehingga ke hari ini.

“Makteh harap puteh kuat cepat2 sedar…
Semua orang tengah tunggu puteh sedar .”

Kepingan roti yang menyebabkan Nia tercekik

Semua mendoakan kesembuhan buat Puteh

” Semoga dipermudahkan segalanya..”

Biarpun kejadian ini sebagai satu takdir tetapi ibu bapa di luar sana perlulah berhati-hati dan dapat mengambil iktibar serta memantau anak-anak kecil ini bagi mengelakkan dari perkara seperti ini dari berlaku tanpa pengawasan orang dewasa.

Sumber: Marrya Marrysa Rohani &OMM

IKLAN