Besar cabarannya bila membawa anak bercuti pada tempoh masa dan jarak yang panjang. Pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel antara yang tidak terkecuali berdepan dengan cabaran ini.
Difahamkan, Syamel dan Ernie kini sedang bercuti ke London bersama anak serta ahli keluarga yang lain.
Menerusi perkongsian Ernie di Instagram, ibu muda ini memberi bayangan akan cabaran yang dilalui dengan penerbangan yang lama ke London itu.
“Our 1st time flying with Khawla. I guess we are okay?
“Or is it okay not to be okay? Ke tudung ibu yang tak ok tu?,” tulis Ernie di ruangan kapsyennya.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan kongsi Ernie lagi, anaknya yang sedang aktif membesar itu cukup sukar untuk diajak bergambar sepanjang berada di sana.
“Menghadapi hari hari ku bersama anak gadis. sungguh challenging nak ambil gambar sama,” kongsi Ernie lagi.
Ads
Semuanya kerana Khawla yang kini berusia setahun lebih itu cukup aktif dan mahu berjalan sendirian.
Malah beberapa perkongsian Ernie di Insta Story juga memperlihatkan keaktifan Khawla sepanjang bercuti di London. Memang lincah.
Semoga Khawla terus sihat membesar dan menceriakan ibu dan ayahnya.
Ads
Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumahtangga pada 22 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Ibu mana yang tidak terkesan bila anak sakit, lagi-lagi bila terpaksa mendahulukan kerjaya dikala anak sakit. Rasa bersalah teramatlah menebal dalam diri. Inilah yang dilalui oleh Dr Malar Santhi Santherasegapan.
Dr Malar yang merupakan seorang doktor di Jabatan Kecemasan dan Trauma di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang mengakui turut melalui hal yang sama dengan ibu-ibu yang lain yang mana terpaksa bekerja dengan rasa bersalah kerana mengenangkan anak yang sedang sakit.
Tak mudah namun inilah yang perlu dilaluinya apa lagi kini bergelar influencer. Ikuti perkongsian kisahnya.
Ini luahan hati perasaan peribadi saya. So kalau kalian malas nak baca boleh teruskan scroll. Macam ni.
Acapkali apabila saya ditemuramah, soalan yang paling popular diajukan adalah, “Macam mana Dr Malar bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga? Macam mana Dr Malar balancekan waktu kerja dan waktu family, sehingga dapat title Nona SUPERWOMAN health influencer?”
Setiap kali soalan ni ditanya, saya tak reti cemana nak jawab. Sebab hakikatnya, saya tak pernah berjaya BAHAGIKAN atau BALANCEKAN kerjaya dan keluarga.
Contohnya semalam saya dijemput oleh HRD Corp untuk majlis kemuncak National Training Week yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia.
Saya dijemput atas caapcity sebagai seorang pempengaruh media sosial, dan HRDF Certified Trainer. Bunyinya macam dah “gah” sangat kan? Macam Dr Malar ni hebat sangat kan?
Tapi the truth is, pada waktu yang sama, moment yang sama, anak lelaki saya, Si Avigh berada di hospital bersama Mr Hubby. Avigh dah demam hari keempat semalam.
Tiga hari pertama dia demam dan sakit, Mommy dia rawat sendiri. Tapi Jumaat malam Sabtu tu, memang suhu dia tinggi tak turun turun. Nafas pun sedikit laju, tapi bukan tahap kecemasan.
So pagi-pagi saya dah bincang dengan Hubby yang saya tak boleh skip event ni, lagipun dah keluar poster dengan nama dan gambar saya.
Hubby tenangkan saya sambil berkata, “Its okay, you pergi attend event tu. I boleh bawak dia pergi ke hospital. Kita both parents, so tanggungjawab ni semua kita share, bukannya i tolong buat kerja Mommy. It is shared responsibility, today is Papa’s share okay”.
Begitulah lebih kurang bunyi pujukan suami saya sebelum saya keluar rumah ke PICC manakala, Papa bawak Avigh ke Columbia Asia Hospital – Cheras.
Saya dah call dan inform Dr Kenneth, pediatrician dia siap-siap. So, i know Avigh will be in good hands, tapi rasa bersalah sebagai seorang ibu masih tebal.
Yes, ketika saya berada di majlis gilang gemilang, dikerumuni followers untuk bergambar, anak saya sakit di hospital, dan sedang menerima rawatan. Im a terible Mom!
Walaupun minda saya terganggu waktu tu, walaupun hati saya remuk waktu tu, saya masih tersenyum dan beramah mesra dengan hadirin di majlis, sementara Mr Hubby mengisi tempat saya sebagai seorang ibu di hospital. So, adakah saya superwoman? TIDAK!
Adakah saya berjaya membahagikan masa dan tenaga di antara kareer dan keluarga? TIDAK! Tiada seorang pun ibu mampu berbuat demikian, termasuk saya.
Jadi, kalau anda seorang IBU yang rasa bersalah kerana lebihkan masa dengan keluarga sehingga tak fokus terhadap kerjaya, KITA SAMA!
Kalau anda seorang IBU yang rasa bersalah kerana lebihkan masa dengan kerjaya sehingga terkurang masa dengan keluarga, KITA SAMA!
Kita semua ibu yang terkejar kejar di antara keluarga, kerjaya, rutin harian, kesihatan diri, jaga parents, parents in law, tolong kawan, adik beradik dan macam macam lagi tanggungjawab dalam hidup ini yang memang tiada siapa boleh BALANCE-kan, namun kita semua buat sekadar yang kita mampu, dan sebanyak yang kita mampu!
Motherhood is not about perfection! Its about striving to give our hundred percentage and yet be unapologetically imperfect! 💖
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bukan mudah untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Perlu berusaha keras dan rajin bekerja. Normal sebagai ibu ayah untuk kita bekerja lebih masa demi mencari rezeki halal buat anak-anak. Tak kisahlah bekerja sebagai apa sekalipun, jika tuntutan kerja memerlukan kita memberi sepenuh komitmen itulah yang akan kita buat.
Hidup sebagai artis mungkin nampak glamor tetapi banyak pengorbanan yang perlu dilalui. Bila sampai masa sibuk, mungkin terpaksa bekerja seharian sehingga susah nak berjumpa dengan anak.
Begitulah yang dikongsikan oleh pelakon jelita, Fazura, apabila dia dan suami menjalani penggambaran sehingga jam 2.30 pagi. Perkara ini sudah tentu bukannya perkara yang mudah buat pasangan ini kerana mereka akan sentiasa bersama Nur Fatima Aisya biar di mana-mana sekalipun.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon serta ahli perniagaan ini melahirkan rasa syukur kerana mempunyai anak yang sangat memahami kerjaya dia dan suami.
“Kisah semalam.. lama tak shoot bersama, 2:30 pagi baru wrapped. Balik rumah.. anak dah tidur. Tapi Alhamdulillah.. she’s such an understanding daughter.. faham mommy and daddy “work work”. Soon nak bawa Fatima pergi jalan-jalan. Dia siap tanya pagi tadi “Nanti nak pergi mana mommy? Nyamma nak jumpa animals and nak lollipop” 😂💖”.
Ingin reward anaknya, tambah isteri kepada Fattah Amin ini lagi mereka sudah merancang untuk bercuti bersama-sama. Fatima juga sempat bertanya kepada Fazura ke mana mereka ingin bercuti kerana dia mahu melihat haiwan dan lolipop.
Bijak betul awak ni Nyamma! Semoga awak terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang sentiasa menyenangkan kedua orang tua. Kecil-kecil lagi dah faham situasi Mommy dan Daddy, awak memang betul-betul anak yang bagus!
Ini kisah setahun yang lalu, menariknya ia dikongsikan oleh seorang wanita yang mengandungkan kembar tiga. Judit Minda yang berasal dari Norway berasa terkejut dengan berita yang diterimanya kerana dia diberitahu oleh doktor kandungannya membawa tiga orang bayi!
Seperti ibu-ibu lain yang dimaklumkan mengandung kembar, begitu jugalah dengan Judit. Yang berbezanya wanita ini terkejut dan agak ‘takut’ kerana dia bukan sahaja hamil kembar tiga. Dia sendiri juga ada dua orang adik-beradik kembar. Bermakna, dia juga kembar tiga!
“Keluar dari bilik doktor, saya diserang panik dan saya menangis setibanya di kereta. Saya dan suami ambil sedikti masa untuk memproses maklumat yang baharu doktor beritahu,” kata Judit.
Ibu itu menyedari akan hakikat kesukaran mengandungkan kembar, bukan sahaja dari segi fizikal kerana membawa tiga bayi dalam satu masa, tetapi juga risiko kehamilan kembar. Menurut TODAY, Judit memberitahu yang dia mengalami alahan dan mabuk teruk sepanjang 20 minggu terawal kehamilannya.
Dia juga dilaporkan mengalami masalah dengan hati yang dikenali sebagai tachycardia. Pada usia kandungannya 31 minggu, darah mengalir kepada bayi dan menyebabkan wanita ini mengalami kesukaran bernafas sepanjang tempoh mengandung.
Pada 29 Januari yang lepas, Judit menyambut kehadiran tiga bayinya, Filip, Henrik dan Amelia. Sembuh daripada kelahiran tersebut, adik-beradik kembarnya, Sofia dan Szilvia datang membantu agar Judit dapat membiasakan diri dengan kehidupan baharunya.
“Adanya mereka di sisi saya sememangnya menjadi penguat semangat dan buat saya mampu mengharungi segala kepayahan. Tiada satu perkara sukar pun yang akan saya hadapi sendirian. Saya ada dua orang yang menakjubkan ini untuk sentiasa membantu saya,” kata Judit di laman Instagramnya.