Chantiq 3 Tahun Puasa 22 Hari & Kini Solat Sendiri. Netizen Puji Didikan Jozlynn!

Share

Chantiq, anak pelawak & penyampai radio, Johan dan Ozlynn Wati ini mencairkan hati netizen. Pada usia 3 tahun sudah boleh berpuasa selama 22 hari!

Nur Latifah Chantiq Hanania yang dilahirkan 25 November 2014 merupakan anak keempat pasangan ini. Dalam posting Instagram, Ozlynn mendedahkan rupanya Chantiq sudah pun berpuasa 22 hari pada usia 3 tahun.

Perkongsian video solat Chantiq ini juga menunjukkan bacaan solatnya  lancar. Bertuahlah ayah ibu ini kerana bijak mendidik anak seimbang dunia & akhirat. Sebelum tiba bulan Ramadan, Ozlynn melatih mereka berpuasa sunat.

Ibu ini juga turut memberi tip agar sentiasa memberitahu sebab kewajipan dan kelebihan puasa kepada anak-anak. Lama kelamaan ini akan menjadi kebiasaan dan tidak berat untuk ditunaikan apabila ‘wajib’ melakukannya nanti. Ibadat solat juga ditekankan dengan mengerjakannya secara berjemaah.

TERLEPAS SOLAT BERJEMAAH

Dia terlepas solat jemaah sb lepas sahur tadi dia guling2 pastu terlelap.. so dia mandi lambat dan kena lah solat sensorang.

BATUK, KALAU TAK TAHAN BERBUKA KAT SEKOLAH

dia batuk arini.. so dah pesan kat dia.. kalau tak tahan boleh berbuka kat sekolah.. so kita tengok la macam mane.

TAHUN LEPAS UMUR 3 TAHUN PUASA 22 HARI

macam last year dia dapat puasa 22 hari.. kira bagus jugak la sb dia 3 tahun boleh puasa.. cuma nk tengok tahun nih mcm mane.. kami tak paksa.. tapi kami didik dorg n terangkan kenapa kita berpuasa n apa kelebihan orang berpuasa.

KALAU TAK LARAT JANGAN PAKSA, INI PROSES PEMBELAJARAN

normal.. bebudak kadang bagitau banyak kali pun depa kadang tak paham jugak.. xpe… jangan lelah.. bagi semangat.. kalau tak larat jangan paksa tau.. sebab nih salah satu proses pembelajaran.. jadi takde la nanti dah cukup “waktu” kena puasa solat.. baru nak praktis.. so untuk ibu-ibu good luck ok..

Netizen memuji tindakan Ozlynn. Masing-masing kagum dengan Chantiq yang sudah boleh solat sendiri & berpuasa.

AJAR SOLAT DULU BARU AJAR PUASA

AJAK PUASA SUNAT DULU SEBELUM TIBA RAMADAN

KAGUM CARA OZLYNN

BAGUS AJAR DARI KECIL

MIRAFILZAH PUN PUJI

SOLEHAH & PENYEJUK MATA MAMA PAPA

DAH BOLEH SOLAT SENDIRI MENGIKUT TERTIB

TAHNIAH BUAT IBU AYAHNYA

IKLAN